Thursday, May 10, 2012

Jalan Jalan.. @ Fraser's Hill


Jom bercuti !
Kita ke Fraser’s Hill pulak.
Alhamdulillah, kali ni dapat banglo.
Memula plan nk gi ngan family aku je.

Ni first time dapat banglo.
So, aku cam.. ok ke tak ek banglo tu?
Seram tak? *anasir2 sister ngesot bermaharajalela di minda*

Bukak system resort, tgk apartment ada kosong.
Apa lagi, aku terus masuk system, then awarded taim2 tu gak.
MOTIP: Kalo banglo agak menyeramkan, maka akan ku pindah ke apartment.
Kalo nak turun, apa kejadahnye kan?
So, backup plan la ni.
Riso beb, sbb aku & wok ada baby.
Agak2 mlm kang menangis gaya ala2 mengilai, ca alip bot la.

Pikir punya pikir, aku rasa rugi lak kalo apartment tu dibiarkan kosong.
Plus aku pun ritu dah tepon caretaker tu, tya banglo tu ok ke ?
Haha… dia kata ok, saya dok belakang banglo tu je.
InsyaAllah takde apa2.
So, aku pun cakap ngan MP, jom kita ajak mak, kakak, eda & sape2 la yg nk ikot.
MP ok je.
Finally, mak & kakak je 1 family yg folo.
Ok lettew.

Ok, ho ho lets go.

Jom anak2..
Seawal 7 pagi aku dh kuar rumah.
Cekpoin pertama, pegi rumah kak zai si pembuat kek.
Kek2 aku yg gojes2 tu sume hasil dari ayer tangan kak zai ni la.
Kek tu utk yasmin, saje je wat belated birthday.
Menggembirakan anak2.

Jumpa angah, wok, mama, mak & kakak sume kat pekan Batang Kali.
Sempat la ngeteh dulu sebelum mak MP sampai.
Pastikan anda mengisi minyak sebelum memulakan pendakian ini ye.
Kat ateh tu nanti mana nak di cekau nye pam minyak.
Memang takkan jumpa la kan.


Senyum sume.... :)

Alaaa.. tomey tomey..

Ok, by 9.30 we’re heading up to Fraser’s Hill, bebeh.
Perjalanan mengambil masa dlm satu jam suku je kot.
Dekat kan? Tak jauh pun.
Cuma biasala, jalan panjat bukit, stended la kona2.

Alhamdulillah, MP & anak2 sume tak mabuk.
Sebelum naik tadi, mama sempatlah beli ubat tahan muntah.
Mama tu bukan boleh jalan belok2 skit.
Mula la mabuk.
Sib baik kitorang adik beradik tak de yang terkena penyakit keturunan ittew.
Hahaha…

Agak2 dalam 15 minit gak la aku dah sampai atas tu, bayang 3 kete lagi tak kelihatan.
Aku dah cuak, mana lah dorang ni.
Tak kan sesat plak.
Jalan naik tu sehala je kot & takde simpang2 lain pun.
Rupanya anak kakak 2-3 org yg mabuk.
Harus lah benti tepi jalan kan.
Menguluarkan segala isi perut yang bergelodak tu.
Ok, sila tunggu dengan sabar.

Sambil tggu, jom kita posing dulu, yea..

Menunggu ketibaan 2 buah pesawat lagi

Pesawat ke-4 selamat mendarat

Jom bah amik gambo, nak update blog nih!!

Faris-Qisya-Yasmin
Now, kita terus ke banglo ye.
Wow! It’s soooo nice.
I loooiiike.

Wok dah siap masak nasi lemak dari rumah pagi tadi.
So, lunch dulu kat banglo sebelum aku hantar mak & kakak ke apartment.
Berehat2 kat apartment sebelum malam kang kembali ke banglo utk dinner.

Kat apartment


Penatnye Zara... Sampai tertido2 ye, dik..

Malam wat BBQ.
Plus aku masak spaghetti.
Nasi putih pun ada, lauknye togeh + tauhu masak lemak.
Nugget pun ada gak.
Tapi aku lupa nak bawak kicap.
Agak mengecewakan la di situ.

Ok, let’s celebrate.
Saje je aku gatals nak buat party ateh gunung ni haa..
Plan nak buat bedsay party tu petang.
So, ala2 garden birthday party la kunun2 nye.
Kalo petang, nampak la kehijauan alam flora kat dlm gambo tu kan.
Sejuk mata memandang.
Tu yg anak dara tu pakai baju gaun memalam buta tu.
Dah katanya plan nak wat petang kan ?
Harus la aku bawak baju mana yg nak pakai je.
Kosser nak merezab kan baju bebanyak.
Aku soh gak dia pakai baju tido je, takmoh plak.

Her : Kan ibu kata masa besday kak min nanti pakai baju ni.
Me : Memang la, tapi tu kalo besday kakak petang. Ni kan dah malam. Pakai baju tido je la.
Her : Ala, tapi kan ibu dah kata masa besday kak min nanti pakai baju ni. *ayat repeat ye*
Me: Tak pe la kak, baju tu kakak pakai esok la, esok kan kita nak gi jalan.
Her : Ala, tapi kan ibu dah kata masa besday kak min nanti pakai baju ni. *ayat repeat peat peat peat peat, ye*
Me: Ye la nak, sukati la… *kosser aku nak membantah*

Birthday girl..

Antara menu yang ada

Aii tok, tak payah la berposing ngan ayam tu

Kakak - Jemput makan

Biras ku a.k.a asben kakak

Ibu2 mithali sume ni tau..

Lepas makan, ada yang nak main ping pong.
Lantak la korang.
Susun je la meja tu.

Anak2, main musical chair je la ye.
Kelolaan mak long Julie & mak ngah & wok. *padahal sume tgh tggu turn nk men pingpong gak. Gasak la korang*
Aku tak campor.
Sbb kena jaga zara kat ataih.
Princess tu tido.
So, menegok dari kejauhan je la.. sob sob.

Meja dh siap susun. Apa lagiiii.........

MP & Jaz


Selepas memastikan tidornye bebetul lena, maka dengan senang hatinya aku pun turun utk join sesi bergambar & bergossips pulak.
Faris si drama king tu berapa kali beraksi hari ni tah.
Asikkk la jatuh tau ko nih Aish.
Pastu masa kitorang dok jadi kak nam memasing, faris cari mak dia.
Nak minta air sebab dia sedu.

Yang kakak boley plak.
Her: Eh.. letak benang kat dahi dia. Nanti elok selsema tu.
Me: Erkk, letak benang ke kalo selsema ?? Ni sedu la kak… hahahha…
Her : Eh ? Akak cakap apa tadi ?
Me : Kalo selsema letak benang. Yg lin tau kalo sedu je letak benang.
Her : Hahaha… saya salah la. Kepala pikir lain, mulut sebut lain.
Mari gelak beramai2.
Lawak la akak ni tau.

Kul 11 kot baru sume bersurai.
Plan esok, kita ke ladang kuda.
Yayy !! *ni pun menggembirakan anak2 jugak*

Esok punya citer, aku post kat next entry, yeah..
Dah penat menaip ni.


Samat malam ollss..

No comments:

Post a Comment