Tuesday, May 15, 2012

Jalan Jalan… @ Fraser’s Hill - Part 2


Mari sambung cite jalan2 yang tak habis lagi tu.
Lama betul ek ku peram cite ni.
Hehe..

Okay, pada hari kejadian.
Sesubuh hening aku dh bangun, kejut mak ngah skali.
Bersiap2 utk masak breakfast.
Aku tgk bilik wok dh kosong.
Ehmm… rajinnye laki bini ni gi berjoging, menghirup udara segar.
Turun bawah, rupanya memasing bergelimpangan depan tv.
Pasal si Qisya meragam.
Tu la… soh dok bilik bwh tu tak nak.
Eksen…
Tahan la berebut2 ngan icam.
Kalo dok bawah boleh je bwk buai tu masuk bilik, khenn..
Dogeeeey …

Ok, jom start masak.
Menu pagi ni nasi goreng kampung, kueteow goreng, nasi lemak sambal sardin. *nasi lemak smalam elok lagi, aku just buat sambal sardin je pun*
Belen ayam bbq smalam pun ada lagi, just panas kan je la.
Buat tambah2 lauk.
Ok, siyap, sila makan.

Siap masak awal dah.
Abah plak pi pasang dvd apa tah, dah memasing tak ley bergerak.
Sampai la kakak call, bitau dorang dh otw ke ladang kuda.

Apa lagi, bergegas le memasing.
Ada yang baru nak makan la, baru nak mandi la.
Hayooo.. cepat dol !

Zara tido la plak.
So, MP mem’volunteer’kan diri utk jaga zara. *eley, cam mami tak tau, nak tgk tv lettew*
Whateva.

Ok anak2, jom kita berseronok tanpa abah di sisi. *tak suke taw!*
Kita ke ladang kuda dulu ye, anak2.

Ayah dah macam polis pencen. Amacam, ada beran??

Kakak yang dah lama menunggu
Yasmin macam biasa, kalo jumpa kuda mmg eksaited.
Tak sah kalo tak ride kuda tu.
Fine, aku pun pi la beli tiket.
Harga tiket kat sini, dewasa RM5, kanak2 5 tahun ke atas RM4.
Kalo mak naik ngan anak2 bawah 5 tahun, harganya RM8.
So, faris tak ley ride sorang.
Mak ngah kena la nek kuda skali, ye.

Kuda bukan islam. Ada nandek lagi tuu... haha..

Kak min kalo soh posing, kat mana2 pun boleyy..

Mak ngah yang kejung , 1st taim nek kuda.. 

Ada 1 insiden kelakar yg berlaku masa tgh posing2 nak tangkap gambar.
Elok je mama, ayah, wok berposing membelakangkan track kuda tu.
Photog nye aku la.
Kunun nk dapat background santiks kan, aku nak tggu la kuda tu lalu kt blkg dorang, so nnti baru aku snap.
Taim kuda tu lalu je blkg dorang, skali dia mendegus kooooo.
Tak terperanjat kak tipah, mak jemah tu sume.
Menjerit2 la. Hahahaha..
Yang aku dh gelak bergolek2 sampai sakit2 perut.
Bengong si jibs, dia la yg paling kuat menjerit.
Anak ko kan dh biasa menyembor2 tu, nak terkejut apanya.
Sama je bunyik nye pun. *larik laju2*

Tgk dada memasing.. tgh menahan gelak lg tu.. yg ketara tgk muka wok. tahan napas...

Then, jaz & biras ku gi archery.
Kitorang tggu je kat atas tu.
Tempat archery tu kat bawah.
Maleh nak naik balik nnti.
Haha.. Pengumpul lems lems *sebut lemak* tegar kan.

Anak2 berposing kat tepi bukit

Tuuu haaa tempat archery. Jauh ke bawah..

Yeaaa.. sila menonggek naik tangga, ye.. Kakak maintain, siap bole pose lagi.. :)
   
Lepas ni nak gi clock tower & playground jap.
Mak & kakak balik apartment, bersiap2 sebelum ke banglo utk lunch. *habiskan breakfast tadi, malas nk tapau2 bawak turun*
Aku je bawak anak dara kakak 2 org tu.

Anak2 yang gembira

Anak dara kakak yang aku kidnap

Wahhh.. gembira betul korang kan..

Bila wok beraksi.. Mamat kat blkg tu ushaaa baeekk pya..

Ooo.. tgh amik gambo rupanya. Pulak ko yg lebey2 berposing..?? Hurmm..

Me & Wok - MakNgah, Me & Wok - Ni la susunan yg betul, Me, MakNgah & Wok-

Aku yang tanpa MP di sisi...
Ok, cukup la bergambar tu ye...
Jom balik, mngemas plak apa2 yang patut.
Cekaout kul 12 dolll..
Copekkkk !!

Kronologi gambar:
Ehmm, tinggi eh tangga ni. Cer la try naik...
- Uwaaa, sakit plotak, terantuk kat bucu pemegang tangga tu
- Ok, berjaya jugak naik, walaupun mata bergenang2. ishk..ishkk.. -

Ragam anak2. Geram tgk..

say cheeeseee..
Ok, time to go home.
Sayonara…..

Aku, MP & Icam takde dlm gambar ni (tgh pi carik sepit rambut kak min). 

Masa amik gambar ni, aku agak sentaps ok dgn MP.
Aku tya mak ngah, mana sepit kak min?
Katanya kat blkg pintu bilik air bilik dia.
Aku soh la icam amik kan.
Pastu icam kata xde plak.
Yang lain2 tu dh standby posisi masing2.
Tinggal tggu aku je la.
Tetiba…

MP : Dah la mi, kalo xde tu x yah la… *dengan nada tinggi + muka yang garang (‘garang lah sangatt’ – tangan dibahu mata ke atas), hokay !!!! Dah la depan sume org plak tuhhh!*
Me : (dlm ati) apa ni? Ckp leklok x ley ke ? Nak marah2 pahal plak? Dah la abah angkat barang masuk kete je kan? Yg mengemas sume mami kan??? Kemas baju, kemas dapur, kemas barang sume mami kan??? Yg bawak anak gi jalan pun mami kan??? Yg patut marah mami la kan, sebab mami adalah super penat!! *sambil menjeling muka tak puas ati*

Terbantut sume plan aku nak bergambar cam hari raya.
Go family by family.
Mencik mencik mencik!!!
Dah la bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni.
Tah apa yg dia nak kejar tah.
Nak kata cuaca panas, tak pun.
Hisshhh, tak paham aku.
Pastu taim nak bergambar, aku pi la berdiri sebelah mak ngah.
Sebok plak panggil2 ai soh gambar kat sebelah dier, huh, x suka taw.
Aku rasa sume perasan aku tgh sentaps ngan MP.
Sume pun diam jer. Hahaha..
Sori la, tercalar skit kegembiraan pada hari ittew.

Ok tak muka aii?? Dapat disorok tak kesentapan ittew?? hehe..

Satu2 nye gambar yang ada icam. Aku dah berammmm pi pulang kunci.

Pastu dalam kete boleh lak dia buat biasa2 je ngan aku.
Ajak borak2 la, tya2 la.
Kosser aku nk melayan.
Dah la x say sori ke, pujuk ke.
Hisshhh, x paham aku.
Ke, aku yg emo terlebey? *dah taim utk luka lama berdarah kembali*
Mungkin la kot.

Sooo greenery... Kabus sepanjang perjalanan.. *sgt bagus utk terapi jiwa yang sedang kacau*

So, sepanjang perjalanan turun tu aku tidoooooo jer.
Aku tau MP ngantok, tapi AAK! *matik la jadi isteri derhaka kan*
Sampai la tiba kat empangan besar tu, MP benti.
Nak amik air bukit katanya.

Ok la, aku cam malas nk pjg2 kan rajuk.
Dinda maafkan kanda.
Nemai.
Tapi lengkali jgn buat lagi taw !! Promise ??!
Kak min pun dh bangun tido, aku soh la dia tadah air bukit tu.
Masuk2 kete je dia tya MP..

Her : Bah, bukuit tu bahasa inggeris kan ? Bahasa melayu apa ?
MP : Errkk, bukan la kak min. Bukuit tu sebenarnye bukit. Tu bahasa melayu la.

Hahah.. tu la, ajar lagi anak yg bukan2.

Ye.. ini la dia air bukuit
Sama tak muka? Taim ni rambut kak min ok skit.

Malam tu sambung lagi BBQ kat rumah mama plak.
Memandangkan brg basah ada belen lagi kan.
Kang simpan2 kang, tah bila la nak buat lagi.
So, adalah sangat bijak utk menghabiskan sume2 tu mlm ni jugak!

Wok & angah order dominos.
Sampai 6 regular ko.
Jenuh nak mengabiskan.
Ok la, utk mkn malam.
Makan reramai sambil sembang2.
  
Master chef. Ayoo icam, ayer2 keti sume gugur la... *seb baik aku makan yg MP masak*

Nyum nyum.. sedappp..

Kepuasan jelas terpancar di muka memasing

Tetiba zin tya, raya ni tak nak wat dodol ke?
Wahhh… best nye.
Boleh.. boley.. boley..
Harus la aku amik cuti 2-3 hari sebelum raya kan.
Eksaited.. seumur hidup x penah merasa pengalaman buat2 dodol sume ni dol.
Mesti best kan.
Pastu kata nak kemas besar-besaran + cat rumah mama la sume.
Aku ok je, tapi kena plan awal2 la kalo nk wat sume2 tuh.
Takmoh la wat taim2 puasa.
Mak tak sanggup nyah.

Ehmm.. baru bln 5 dah cite pasal raya kan ?
Bln 7 dah nak puasa balik.
Cepat betul masa berlalu.. *puasa dah abis ganti lom? erkk..*

Ok la, sekian cerita trip kali ni.
Next trip, we are planning to go….

THERE!!!
That will be on wok’s treat.
TQ bebeh… *lama betul ko nak melunaskan janji ko kan. Sampai dah beranak sorang la..*
Haha…

No comments:

Post a Comment