Assalamualaikum
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Apabila mati seseorang manusia maka
terputuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu
yang dimanfaatkan oleh orang dan anak soleh yang mendoakannya"
Dari Riwayat Muslim
Aku terbaca kat AnnasEaskey.com. SubhanaAllah! *saya share ye, annas*
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai
graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di
situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi
kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan
daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif
yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat
gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema
yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron
menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah.
6.
Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7.
Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.
Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang
di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa
sejuk.
9.
Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang
paling dirahmati.
10.
Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan
terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran
darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga.
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang
umur.
13.
Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu
roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik
keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
selesai membaca? SubhanaAllah, betapa besarnya nikmat yang dikurniakan Allah! InsyaAllah, satu hari nanti aku akan kesana. betul atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui! Assalamualaikum
p/s: credit to AnnasEaskey.com, Alkhairi Mael and photos from Google
No comments:
Post a Comment