Wednesday, September 28, 2016


Jom Bali - Part 2

Assalamualaikum,

Jom sambung jalan-jalan Bali.
Ni citer Day 1 kat Bali, eh Day 2 sebenarnya.. – 30 Januari 2016. 
Day 1 habis masa tggu flight yg delay ittew... 


Ok, ni view dalam bilik POP! Hotel Legian Dewi Sri Bali.
Nak chk-out dah.
Katil queen je dia bagi, terpaksa lah tidur melintang masing2..
Kaki terjuntai2 la kaedahnya.




Kul 9 pagi dah terpacak kat lobi hotel.. nk breakfast.
Lepas breakfast tu checkout sesiap.
Supir pun dah sedia menunggu kat lobi.
Supur kitorang ni nama dia Roy.
Memula Kak Lynn deal dgn Supir Arip.
Tah malam td katanya kena balik kg, sbb bapaknya sakit.
Tu yg dia tak boleh nk bawak kitorang hari ni.
Makanya dia pass la bagi kat si Roy ni.
Ok la.. x kisah la..


So, lepas sesi kenal mengenal lebih kurang dgn Roy ni, bermula la perjalanan kami di Bali.
Memula kitorang ke Kedai Batik.
Nama kedai ni Pertenunan Mutiara Gal Bali.
Kedai ni banyak jual baju2 batik.
Beg2 yg mcm corak2 songket tu pun ada.
Beg2 tu kat sini je ada taw. Kat tempat lain takde jual.
So, kalo berkenan, baiklah beli terus kat sini.
Mcm kitorang aritu, sampai kena patah balik hari last tu sbb nak beli baju batik & beg songket. Huhu…


Blkg kedai Pertenunan Mutiara Gal bali - menuju ke pintu keluar

Seterusnya kami ke ladang kopi luwak.
Yg tempat kitorang singgah ni nama dia Bali Pulina.
MasyaAllah, cantik nye lahai tempat ni.
Pokok2 herba sume ada.
Pastu ada la sekor dua luwak kat dalam reban tu.
Boleh la amik2 gambo.
Bila masuk kat dalam ni, tak tau nk amik gambo kat area mana.
Sbb sume sudut mmg cantik weyhh!










Pastu akan ada sorang pelayan yang akan entertain kita.
Dia akan terangkan pasal pembuatan kopi2 kat sini, especially kopi luwak ni la.
Mcm mana proses pembuatan kopi tu.
So, dengar la dengan gembira. Hehe…
Dorang mcm ada buat tempat utk kita amik gambar, dari proses menjemur, mensangai biji kopi tu, menumbuk kopi dan sbg nya.

Proses sangai kopi



Proses menumbuk biji kopi

Now dia bawak kita ke tempat menjamu dan merasa kopi2 yang ada kat sini.
Kopi2 tu dia bagi kita minum free tau.
Share2 la tapinya. Ada 9 jenis kopi yang dihidangkan.
Tapi kopi luwak tu kalo korang nk rasa, kena la bayar ye. 50k rupiah sajo. Haaa.. Yang tu kitorang tak rasa. Tak gamak rasanya. Hahaha…

Stesen buat kopi



8 jenis kopi yang disediakan utk dicobain..

Pada Kak Lynn ok la rasa kopi2 dia ni.
Yang paling Kak Lynn suka, Vanilla Coffee & Choc Coffee.
Awok suka Ginger Tea & Ginseng Coffee.. katanya rasa mcm teh kat SPA.
Cikta Kak Lynn tak sure dia suka apa.
Hari tu dia ada cakap, tapi dek kerana lmbat nau nk upload cerita Bali ni, maka terlupa sudaaa… Mahap Cikta.

Lepas minum, jom menikmati pemandangan yang saujana mata memandang ni!
MasyaAllah, sekali lagi terkagum-kagum dgn bumi ciptaan Mu ini.
Cantik gila…
Siap ada pelantar2 bagai weyhh..
Tapi AWAS!!! Kalo korang ke hujungggg pelantar tu, korang akan rasa gegaran pelantar tu ye.
Dah la kat bawah tu bermeter2 ketinggian nya, ye. Dah mcm gaung hakak rasa.
Mcm nk gugur la jantong weyh!
Bila dah rasa gegaran tu, terus berderau darah, tp ko tak boleh jalan laju2 nk ke tengah pelantar tu balik, tak boleh lari..
Ko kena jalan slow2… kiranya berjalan dgn tenang la. Hahahhaa….
Dah la darah berderau, jantung berdegup kencang, takut, pastu kena jalan dengan tenang… boleh ke??




Ni la tempat yg akan buatkan jantung korang berdegup kencang - pelantar paling hujung.. cer pegi blkg pokok tu.. hehe...







Lepas minum2 kopi tu, kita ke kedai penjualan kopi dia pulak.
Kan tadi korang dah rasa minum kopi free tu kan, kalo ada rasa yg korang berkenan & nak beli, boleh la beli kat kedai dia ni.
Tapi harga agak mahal la.
Awok yg nak beli kopi coklat kot, terus tak jadi beli.
Sudahnya kitorang tak beli apa2 pun kat situ. :P

Ok, destinasi seterusnya ialah Kintamani.. sepatunya la…
Kinatamani, lepas tu Tegalalang.
Tapi dekat nak sampai atas tu, si Roy ni kata cuaca tak berapa elok.
Mendung.. mcm nak hujan kat atas tu.
Ye, mmg nmpk la langit mendung & gelap kat atas tu.
So dia tya samada kitorang nk proceed tak pegi Kintamani.
Biasala kitorang kan, kalo bab kena buat decision, mmg agak lembab masing2 pun. Wakakaka….

Si Roy tu pun cakap la, kalo nk pegi dia bawak jer.
Ya tapi terpulang kakak. Saya bawakkan aja kalau kakak mau pergi.
Tapi oleh sbb nak masuk dalam tu pun kena bayar, dia kata mcm rugi la… dah la kena bayar, tapi tak dapat menikmati keindahan alam.
Kitorang tya gak dia, kalo x pegi Kintamani, u nak ganti dengan apa?
Dia kata boleh la dia bawak ke Pendawa Beach.
Kak Lynn request nak Pendawa Beach & Padang2 Beach.
Dia kata tgk keadaan. Kalo masa sempat, bole je dia bawak.
So, deal!
Maka, turun la balik. Kintamani ni kat atas bukit taw.
Mcm Cameron Highland gitu.


Next ke Tegalalang.
Tegalalang ni tempat padi bertingkat.
Kalo pegi masa musim menuai lagi cantik katanya.
Nampak kuning jer semua.
Kat sini parking kita kena bayar.
Tak ingat berapa rupiah. Dalam 20k rupiah kot = RM6.50

Kat Tegalalang ni banyak jugak orang berjualan.
Baju, cadar, baju kait2 tu pun banyak.
Perhiasan rumah pun banyak, mcm cermin, patung2.
Harga pun ok kat sini.
Kalo nak beli songkok jawa tu bole beli kat sini.
Kat tempat lain takde ye.
Harap maklum.
Awok nak belikan utk bapak mertua dia.
Dah tya2 kat Tegalalang ni, tapi tak beli.
Sbb igt kat tempat lain ada.
Sekali cari2 kat tempat lain, nan hadoo.. maka sekian la.

Kejap je kitorang kat sini,
Sbb nak kejar masa kan…
Laju2 je jalan.


Padi bertingkek

Pacik blkg tu bukan ahli rombongan ye..

Antara kedai2 yg ada kat sini

Sepanjang perjalan ke sini, korang akan melalui Ubud.
Ubud ni mcm kawasan kampung la.
Tempat sejuk. Beli2 barang pun murah.
Barang perhiasan la.
Kitorang sempat la singgah beli piring kaca dari tanah liat.
Awok dengan Cikta beli cermin ajaib. Hahaha…
Ala.. cermin yg ada tampal2 kaca warna warni kat sekeliling tu.


Kat sini la singgah beli cermin ajaib & piring tanah liat


Ubud ni pun syurga lukisan.
Sepanjang jalan ada je galeri seni.
Kitorang singgah jugak satu dua galeri.
Tapi tak tanya harga pun.
Takut. Takut mahallllll….

Depan galeri lukisan

Sesuai sangat lukisan2 ni utk tadika2.. Awok servey2 dulu..

Ni zirafah jantan.. baekk pya dia usha Cikta.. wakakaka... jgn marah aaaa.....


Ubud ni jugak syurga perabot daripada kayu.
Cantik bak hang!!!
Cuma kitorang tak singgah jer.
Bole gila tgk dari tingkap kete tu weyhh!!
Kitorang tak singgh sbb takde apa nak cari.
And kalau beli pun camaner nk bawak balik kan..
So, takyah la singgah. Jimat masa.

Ok, turun lagi… kali ni pegi makan pulak.
Nama restoran ni Bebek Tepi Sawah.
Cantik jugak tempat ni. Kat Ubud.
Makan mengadap sawah padi. Ada la nampak segerombolan dua bebek-bebek kat sawah ni.
Itu pasal la namanya bebek tepi sawah.
Bebek tu ialah itik ye, kalau ada yang tak tau.
Tapi makanan kat sini mcm tak kena dengan tekak hakak. Hahaha..
Tapi telan jer la…

Nasi goreng-sate-keropok-cili kicap manis-sotong goreng tepong-timun & tomato

Ok, next.. kita ke Pandawa Beach.
Dari Ubud nk ke Pandawa Beach ni jauh jugak tau.
Siap tertido2 la dalam kete tu. Awok la yg tido2 tu.
Aii menten.. :P

Nak masuk Pandawa Beach ni pun kena bayar ye yolls..
Bayar berapa tu tak ingat. Tapi mmg kena bayar la.
Orang tak berapa ramai sangat. Senang gak la nk dpt parking.
Tapi panas bak anggg!! Huhu..

Sebaik mata memandang, Subhanallah… cantik nye lahai Pantai Pandawa ni.
Cantik sesangat!
Pantai ni boleh mandi, walaupun ombak dia besar, ada je org yg mandi manda dgn gembira.
Pastu kat sini ada aktiviti pantai.
Mcm canoe tu ada je kat sini.
Don’t worry, kalo korang tak pandai nk ber canoe tu pun xpe, dorang ajarkan.
Tapi sorry, tak tanya plak berapa dia cas.

Kitorang amik2 gambo je kat sini.
Kejap je.. dalam 20 minit je kot..
Pastu cau.

Let’s pictures do the talking..












Dilwale - Janam2 sangat gambo ni :D

Naik kete, ingat si Roy ni nak bawak kitorang ke Padang-padang Beach.
Beach yang cantik jugak katanya.
Tu yg nk menikmati keindahan dengan mata kepala sendiri tu.
Alih2 dia bawak kitorang terus ke Uluwatu.
Hurmm…


Kat pentas bertingkek2 kat blkg tu la tempat persembahan kecak tu


Ntah apa la motip aku bergambar kat sini pun tatau.. dinding je kot kat blkg tu.. 

Kitorang sampai kat Uluwatu tu dalam kul 5.40 ptg centu kot.
Kat Uluwatu ni kita tgk Kecak Dance.
Nak masuk Uluwatu ni kena bayar gak, nak tegok Kecak Dantu tu pun kena bayar.
Masuk Uluwatu tu x berapa mahal la kot.. x ingat.
Tapi nk tgk Kecak Dance tu kena bayar 100,000 rupiah = rm30++
Mahal weyhh… utk show 1 jam.
Tapi sbb dah sampai kan, ok la.. jom la tgk…

Memula jalan2 dulu amik gambar kat lereng2 tembok tu.
Masa beli tiket Kecak ni, nnti korang akan diberi 1 kertas.
Dalam kertas tu dia explain la kecak dance ni berkisahkan tentang  apa. So, sila baca. Kalo x baca nnti korang tak paham. Macam hakak. Wakaka…

Pastu kul 6 baru gerak ke tempat show tu.
Show ni for the first 30mins adalah boring.
Ni pada pendapat Kak Lynn la.
Akak mmg tak reti nk appreciate sejarah2 ni. Haha..
Kertas yg dia bagi tu pun baca gitu2 jer. :P




Lepas 30mins tu baru la mcm enjoy skit.
Ada la lawak2 skit.
Boleh la gelak.
Oh, dari tempat duduk kita kat situ, bole tgk sunset tau.
So, tips nye ialah korang kena duduk kat area yg bebetul mengadap laut.
Lps tu, duduk kat tepi laluan utk turun.
Sbb senang, 5 atau 10 mins sblm show abis, korang bole cau dulu.
Sbb kalo korang cau lambat, dikhuatiri jalan nak kuar dari situ jem.
Korang tau je la kan, Bali ni kan terkenal jugak dengan macet nya.
So, cecepat la berdar dari situ.
Dun worry, supir korang nnti konfem akan remind korang pasal jem ni. Hehe…









Lepas dari Uluwatu tu, sepatutnya kitorang ke Jimbaran.
Jimbaran ni adalah tempat dinner yg romantik mengadap pantai.
Dah kitorang pegi bertiga, nk romantik kejadahnya kan.
Lagipun makan kat situ mahal ler…
So, lupakan. See, dh skip jgk ni.

Lepas tu kitorang terus check-in hotel.
Utk malam ni dan seterusnya we olls stay kat JOCS Boutique Hotel & Spa kat Kuta.
Kalo gugel street hotel ni, mmg nmpk mcm rumah tumpangan weyh.
Scary pun ada gak. Tapi tawakkal je la.
Setel check-in, jom kuar pegi cari makanan for dinner.

Kitorang jalan kaki jer.. pegi Guardian Pharmacy.
Dari dalam kete tadi nmpk mcm dekat sangat Guardian tu.
Tapi bila jalan kaki, apsal la tak sampai2 ni.
Siap tanya-tanya orang lagi.
Katanya ke depan lagi sikit mbak, jalan terus aja.
Bila sampai, eh, apsal farmasi ni warna biru?
Nmpk dari dalam kete tadi macam warna oren..??
Mushykil betul. Belek2 la barang dalam tu.
Kak Lynn beli minyak rambut. Organic okeh!
Penah baca review myk rambut tu, katanya bagus.
So, bila dah jumpa ni, lets la coba & beli.
Ohh, ada promotion.. beli 1 normal price, 2nd pcs hanya tambah 20k rupiah jer. So, grab la..
Kak Lynn beli air milo gak 2 kotak. Wat breakfast esok pagi eh.


Lepas pegi Guardian, kitorang pegi cari makanan utk dinner plak.
Si Roy tu ada tunjukkan kedai tadi.
Katanya kedai nasi padang tu makanan nya sedap & harga pun tak mahal.
So, berjalan kaki la kita…
Boleh tahan gak la rasa food dia.
Sama je mcm nasi padang yang ada kat sini.
Nak kata sedap meletop-letop tu tak la. Tapi better la dari makanan kat restoran bebek di tepi sawah tu. Hahaha….

Review hotel JOCS..?
Nanti la cite.. masa nak check-out nnti Kak Lynn citer eh.
So now nk mandi2 dulu, berlengas badan dari pagi kan..
Mandi, susun atur barang2 dulu, then makan…

Ok la.. Nnti sambung part 3..
Bila tu, tak bole janji... hehe...

As salam...


1 comment:

  1. Assalamualaikum Wr.Wb
    Mohon ijin nak ikut promosi kat blog Tuan / Puan
    Jom ke BALI?
    Kami dari Maira Tours Bali menawarkan Bali private tour driver , pakej tour murah full day
    Untuk selengkapnya sila Contact : Call/WhatsApp +6282235160518 Website : www.mairatours.com

    ReplyDelete