Tuesday, March 29, 2016


Happy Birthday Yasmin !

 
 
Assalamualaikum,

 
Let’s party!
Party sangat.. haha…


Ok, ni actually Yasmin punya birthday celebration.
Birthday dia 14hb Mac aritu – yg ke 9 tahun.
Kejap je masa berlalu..
Pejam celik pejam celik, dah 9 tahun Kak Lynn jadi ibu.
Eh cop, Kak Lynn?? Tetiba plak Kak Lynn.. hahaha..
Ntah ler, terasa diri ni semakin dimamah usia diknon.
Tua sudah diriku ini.
Boleh la eh panggil Kak Lynn.. supaya beringat skit yg hawak tu dah tuo.
Bukan budak2 zaman alam remaja lagi khen…
Semakin menginjak usia dah ni. Kuikuikui…

Takde jemput sape2 pun, adik beradik kitorang jer.. which is pak & mak sedara dia la .. serta sepupu2 nya.
Sangat last minute & very short notice.
Nak buat makan2 Sabtu malam, Sabtu tengahari tu baru whatsapp adik beradik, boleyy..?
 

Tapi cake dah order sesiap.. hari Selasa dah oder dah.
Cuma tak decide lagi nak buat waktu bila Sabtu tu.
Nak buat tghari, ptg atau malam.
Ikutkan MP pagi Sabtu tu ada game bola kat Bangi – hari Jumaat kata game cancel plak. Alhamdulillah.
Awok pun takde.. malam baru ada.
Mak pun balik kg, tapi balik ari jer la.. malam gak baru ada.
Angah plak malam takde, pegi miaga.
Tak ke pening..?
 

So, last2 buat malam je la.
Pagi tu pegi NSK beli barang2 nk masak.
Ingat nak ke pasar Selayang tu, tapi MP plak malas nk mencari parking.
So, ke NSk je la katanya.
Ehmm.. kempunan hakak nak makan pucuk meranti.
Ingat nak masak meranti sama labu masak lemak.
Labu je la seketul2 dalam kuah lemak tu.. takde la merasa meranti.
Huhu..

 
Balik dari NSk tu pegi plak ke Taman Malati.
Angah ajak gi Jualan Amal BAK Tailor tu.
So-so je la.  Ntah… aku takde la gila masuk situ.
Takde la nmpk baju sume nk beli. Biasa2 je kot.
Ada la jumpa 1 baju yg seswai utk Kak Lynn, tapi baju Yasmin plak takde, mmg tak la Kak Lynn beli.
Kang menjadi orkestra plak dari dalam kereta membawak ke rumah nnti.
Tak pasal2. Baik la tak payah.


Balik, siap2 kan bahan utk masak ptg kang.
Kul 3:30 kuar balik, pegi amik kek plak.
Sib baik Kak Zai kata jumpa kat Tesco Rawang jer.
Kalo tak kena amik kat Tasik Puteri woo.
Kak Lynn mmg regular customer ngan Kak Zai ni.
Kek dia sangat sedap & harga sangat affordable.
Rupa jangan cakap la.. mmg tip top melethopp!!
Me loikee. Walau pun kena amik kat Tasik Puteri, mak sangguppp koo!!

 
Balik dari amik kek tu, Yasmin cakap nk buat party pack plak.
Haiii la anak, macam2 taw!
Kasi betis nak peha!
Sabo je la mak pak ko ni kak min oii.
MP yg lembut hati tu terus je ke kedai along kat Selayang tu.
Beli jajan. So, pilih la 3-4 barang utk masuk kan dalam party pack tu.
 

Menu malam ni takde la hebat sangat pun.
Buat macaroni jer.
Pastu jiran belakang bagi nasi impit besar 2 ketul & kuah lodeh & kuah kacang.
Ok la tu.. cun sangat.
Goreng nugget.
Beli Domino’s pizza 2 papan.
Air sarsi & teh o panas. Siap sudaaa...
 

Ada jugak menu nasi putih utk org yg tak makan macarena macaroni tu.
Tu yg masak sayur labu masak lemak ngan ayam sambal.
Jadi la kan…. Buat ada-ada..


Balik rumah terus suruh Yasmin kemas rumah, kemas bilik dia, kemas luar, sapu sampah sume.
Kak Lynn bersilat kat dapur.
Tengah2 masak kat dapur tu, nmpk Yasmin pegi kat peti ais, amik pensel. Mmg Kak Lynn ada letak post-it notes & pensel kat tepi peti ais tu.
Senang utk catatan brg apa yg habis, yg perlu dibeli.
Hehe.. intai2 gak apa yg si Yasmin ni tulis, rupanya dia tick checklist.
Hamagaddd!!! Siap ada checklist kooo…
Apa yg Kak Lynn nampak, dia tick kategori;
        Makanan
        Party pack
        Cake
Haaa… tu je yg sempat aii skodeng. Kuikukui…

 
Alhamdulillah, semua setel mengikut masa.
Kul 8 sume dah ready.
Dlm 8:30 mlm awok dah datang diikuti dgn yg lain2.
Makan2 dulu, later baru kita potong kek.
Sambil2 tu dorang layan citer Dilwale.
 


Audience hall 1

Audience hall 2
 
Birthday girl

Muka puas hati! SRK pun meraikan hari jadinya! :D
 
Kanak-kanak riang
 
Good dinasour
 
Cantik kan..?!
 

Nice kan kek tu?

Good dinasour. Hehe… comel jer.
Arlo & Spot.
 

Kpd korang yg nak oder kek mcm ni, meh Kak Lynn bagi details.
Contact jer Kak Zai di talian 019-2883083
Whatsapp je pun bole.. senang kan..
Atau boleh je visit blog Kak Zai ni.. mypu3cakehouse.blogspot.com
Tapi laa ni Kak Zai tak banyak upload gambo2 kek terbaru.
Tapi takpe, korang kalo ada nk oder kek, whatsapp je Kak Zai tu.
Bagi je gambo kek cemana yg korang nak.
InsyaAllah, Kak Zai boleh merealisasikan impian korang. Hehehe…
Whatapp la dulu tanya ye, sbb hari2 mmg byk je org oder kek.
Utk wedding doorgift pun ada jugak Kak Zai ni buat.
Korang roger2 je la.
But please bear in mind, kek kena collect sendiri kat Tasik Puteri, Rawang taw. :P

 
Kalau rajin nanti Kak Lynn share kek2 yang Kak Lynn tempah kat Kak Zai ni.
Memang vogidavasss…
 

Ok, harap sikit sebanyak dapat membantu korang yg tgh mencari idea utk besday party anak2.
Takde la party sangat pun, tapi bole la.. menggembirakan hati anak2 kita tu.
 
 
Penutup majlis.. nk gak bergambo dgn kek kakak.. :)


Till then, xoxo.

 

 
 
 


 

No comments:

Post a Comment