Friday, March 25, 2016

Jom Bali
Assalamualaikum,
 
Meh.. nak citer trip to Bali with cikta & awok.
Kitorang gi Bali hari tu sebulan la kat sana..
Ye lahh.. pegi on 29 Januari, balik on 2 Februari 2016.
Pegi Januari, balik Februari.. tak ke sebulan kat sana. Hehe..
 
Beli flight tiket hjg bln 12.
Book hotel sume setel bulan 1 centu.
Belasah jer la.. jom la jalan.
Mcm dah lama noo tak merasa berjalan ni weyh..
So let’s!!


 
 Flight kitrang on 29th tu dijangka berlepas pada jam 7:25 malam.
Gigih nk gerak dari opis kul 4:30 ptg. Nanhadooo
Nunggu cikta salin baju la, kemas bonet la, sudahnya kul 4:45 kot baru gerak.
Awok kul 4 dah sampai opis aku.
Kitorang pegi naik kete cikta.
Berdesup cikta ikut jalan sotkat.
Sampai kat TBS dalam kul 5:15 centu.
Sib baik senang je dapat parking.
Alpha.. submit! Hehe…
 
Plan nya nak naik uber ke KLIA2 tu.
Alkisahnya bila nk request uber from hp, haraaaammmm nak ada.
1 kete uber pun takde.
No cars available katanya.
Siot betul.
 
Ok, plan bertukar, naik ERL la kita.
Hambik ko, RM38 sehala ye..tu dari TBS..
Kalo dari KL Sentral RM55. Harap maklom.
 

Awok-Aku-Tudung biru tu bukan cikta taw

Alhamdulillah, tggu tak lama ERL pun sampai.
Sampai KLIA 2 dalam kul 5;45 kot centu. Just nice.
So, mari makan dulu.. isi perut.
Kengkonon makan malam terus la tu.
Sampai Bali nnti terus basuh muka basuh kaki, terus tido.
 
Ni 1st time aii berlepas dari KLIA2.
Mak aii… jauh nye perjalanan weyhh..
Daripada 1st gate balai berlepas tu ada la dalam sengah jam kot berjalan ke pintu2 pelepasan.. pintu yg terus masuk katebang tu.
Belom apa2 lagi kitorang dah naik shuttle nk pegi ke balai berlepas tu.
Ingatkan dah sampai.
Rupanya seksa baru bermula. Hahaha…
 

Jom naik shuttle! Ni shuttle sedang bergerak.
Lepas turun shuttle ni kena menapak jauh jugak taw.
Menapak sampai jumpa hall besar, pastu jmpa kastam, pastu baru lah menuju ke gate2 pelepasan tu.
 
Sampai2 kat gate tu, ramai orang dah beratur..
Tetiba ada pengumuman kata flight delay.
Yes! Gud job!!
Flight delay sengah jam.. so, dijadualkan berlepas pada pukul 7:45mlm.
Marilah menunggu dgn penuh kesabaran.
 
Tunggu punya tunggu punya tunggu, flight tak sampai2.
Syabbash bete!
Bila aku tya, katanya lambat skit.
Flight mmg sudah di udara, belum landing lagi.
Takpe, nnti kita akan bagi voucher makanan, kata petugas AA kat situ.
 
Sementara tu marilah kita berselpie..
Mcm2 gaya ada la.. awok siap sempat tenyeh lipstick lagi… semata2 utk tujuan bergambar. Sukati ko la wok.


Cikta bersama bantal tiupnya



Cikta sampai dah penat melayan awok gila bergambar..

Sudahnya, kul 11 malam baru berlepas u olls!
Sampai Bali kul 2 pagi.
Jumpa supir, kul 3 baru sampai hotel.
Kalo tau ceni, mmg tak la aku amik hotel malam tu.
Wat rugi jer, Huh!!
Muka sembab sume.. dh ngantuk..
 
kegelapan malam.. naik malam ni kat msia, esok baru sampai indon..
 
Awok plak, ada la 2-3 barang yg kena ‘rampas’ kat airport. Haha..
Kat Kastam KLIA2 tu, beg dia kena bedah siasat.
Makanya, shower cream LUX kena rampas.
Sbb nya lebih 100ml. walaupun isipadu kandungan sabun tu dah tinggal sikit, dia tak kira.
Dah kat botol tu tulis 250ml, dia rembat jgk.
Tak pedulik la tinggal separuh ke, tinggal sikit ke.
Masuk troli kastam jer. Sadakallahulazim.
 
Air tin nescafe yg belum bukak pun kena rampas setin.
Ikutkan dia bawak 2 tin air nescafe tu.
Nasib aku & cikta soh dia minum 1.. sbb aku rasa mmg mcm tak lepas bwk2 aitin ni.

Sib baik ko minum 1 wok, kalo tak dua2 tin tu ko sedekah kat pacik kastam tu.
Alhamdulillah, takpe, melancong sambil beramal konsepnya.
Betulkan niat, betulkan niat. :P
Tu citer kat Kastam KLIA2. Setel.
 
Ni citer kat kastam Bali airport plak.
Wakakaka.. awok.. awok…
Awok lagi yg kena tahan dengan kastam.
Episod ke dua ni, beg dia kena bedah siasat jugak.
 
Punggah punya punggah punya punggah, terjumpa la kacip fatimah sachet tu.
Sampai 10 sachets ko bawak wok. Mana tak kena tahan?!
Hahaha… katanya sehari dia minum 2.
Kalo tak mata tak bole nk bukak.
Tu kira macam tangkal la…
Org kastam tu pun senyum je la..
Lain macam bangat orang malaysia ni.
Senyum2 pun dia cek jgk.
 
Dia belek satu2 sachet tu weyh.. kot2 ada lubang kan..
Mata tau ko bawak syabu ke ganja ke kan…
Pastu siap di scan tangan awok tu.
1st time ever nih.. haha…
Ok, setel crita episod ke dua ditahan kastam.
Jom carik supir plak.
Mmg dah janji dgn supir amik kitorang kat airport & htr g hotel.
Maka, terpandanglah nama ITALYNN yg dikibar2kan oleh supir tu.
Pasal nama pun ada kisahnya jgk. Masing2 tanak bagi nama sendiri kat supir tu.
Sudahnya kita letak la nama kita berdua je la cikta. Tahpahapetah kan..
Complicated betul la kitorang ni.
 
So now, he’s the one.
Tapi nape muka mcm lain ek?
Gambar profile whatsapp lain, yg muncul lain.
Hurmm.. musyhkil disitu.
Apa2 la… janji selamat sampai sudah.
Badan dah penat, mata pun dah ngantok.
 
Alhamduluillah, selamat berlabuh kat hotel jam 3 pagi.
330 pagi aku dah selamat berlayor.
Kitorang stay kat POP! Hotel Legian Dewi Sri Bali.
Actually POP! Hotel ni banyak tau kat Bali ni.
So, korang kalo nk book hotel, kena make sure bebetul POP! Hotel yang mana satu. Okeh!?
Pasal hotel pun pening nk pilih tau.
Drpd harga hotel tu masih murah, sampai dah naik harga pun still x ley nk decide which hotel to stay.
Teruk betul. Hahaha..
 
Nak book hotel pun siap google street weyh.
Tgk keadaan hotel tu dulu, dekat ke dgn jalan besar, kedai makan, supermart, etc etc.
Nak hotel mcm ala2 patlima bintang, tapi bayar harga rumah tumpangan. Mana maunyaaa…. Wakakakka…
Sudahnya, utk 1st nite, ni lah hotel pilihan kami.
Takde lah pilihan sgt pun, tp sbb dh penat carik kan, so tawakkal je la. Huhu…
Malam kedua dan seterusnya, kita dok hotel lain ye.

So, ni review hotel utk 1st nite – POP! Hotel Legian Dewi Sri Bali.
Hotel ni kecik jer.
Mmg rasa cam duduk dalam kotak.
Bilik air pun dlm kotak tu jugak.
Kiranya mcm kotak dalam kotak. Hahaha…
X enjoy betul mandi.
Pastu air kat hotel ni rasa payau.
Air yg kat paip tu tau.. air utk gosok gigi.
Rasa payau2 masin. Haishh…
Tak tau nk cite rasa dia camaner.
Tapi tak sedap la.
Sib baik la dok situ 1 malam jer..
Aircond pun so-so jer.. Tak sejuk sangat. Tapi, boleh la…
Eh tapi cop... kitorang komplen gak la malam tu, kata apsal la panas bilik ni. Tapi dek kerana sume dah penat, tidor jgk la..
Sekali esok pagi tu, nmpk remote aircond. Hahaha.. bunguks, malam tadi apsal la tak cari remote aircond tu kasi ejas temperature. So, rasanya aircond hotel ni ok, cuma kitorang je yg tak terpikir nk tgk temperature kat remote tu. Hehe...
Breakfast dia pun ala2 jer.
Ada roti bakar, nasi kuning, lagi 1 nasi sambal apa tah.
Ada pulut sambal gak..
Teh & kopi mcm biasa.
Yelah, dah nama pun hotel bajet kan..
I is redho.
 
Ok peeps, jom tido dulu.
Esok kul 9:30 nak jalan2 explore Bali.
Yayy!! So, till then xoxo.

 

No comments:

Post a Comment