Wednesday, June 20, 2012

Mee rebus: Mangsa sembelih @ Satay Station



Lepas balik dari Bagan Lalang wiken ritu, singgah pasar mlm plak.
Cari menu utk dinner.
Dah habis round, aku tetap tak tau nak makan apa.
Tetiba cam tingin plak nak makan mee rebus kat satay station tu.
Ok, jom cargass.

Ekceli aku penah la makan mee rebus kat sini.
Not bad. Sedap gak la.
Tapi satay dia adalah mahal.
RM1 secocok.
Apa kejadahnye mahal cenggitu weyh?

And for me, satay dia takde la sedap mana pun.
Kecik je kot.. & not juicy at all.
Mmg aku rasa tak berbaloi la.
So so je.
Sedap lagi sate wak kat tmn selayang tu.
Kuah sate wak lagi sedap, derrr.
Baru 70 seng je.
Huh !
Thats the first & last la aku try sate kt situ.
No more.. unless org belanja.. ahaks!

Masa makan ritu, aku tgk la menu yg dia tampal kat dinding2 tu.
Berpinar2 bijik mata aku menengok nye.
Bapak mahal!!
Sup RM10.
Nasi putih RM1.80
Telor dadar RM2.50
Ko mampu???

Ye, walaupun aku mampu nak membayo, tapi tidak la kat kedai ni.
Ni namanya sembelih org.
Agak2 la nk charge org pun.
Aku pun miaga gak.
Biar untung sikit, asalkan ramai org.
Reti ??

Masa kedai ni baru bukak, kemain ramai umat manusia berpusu2 mkn sate kt sini.
Salah satu trick yg membuatkan aku nk try.
Sbb ramainye org kan.. sedap sgt ke sate dia ni?
Laa ni, mcm dah sendu skit la.
Mebi, sbb mahal la kan & plus xde la special ke hapa sate ko tu.
Ehmm.. no wonder la.

Ok, fine…
Kan dah melalut ni.
Sebenarnya nk cite pasal mee rebus dia ni.
Masa aku makan ritu sedap la gak.
Tu yg mlm ni tekak tu cam gatal je kan nak mkn mee rebus.
So, ku layan.

MP oder 2 bungkus.
Kita tapau je la.
Kang makan kat rumah *baeekk kanda*

Sampai rumah, nk boh dalam mangkok, ku tengok…
Makk aiii… banyak ni je mee ngko bagi.
Hamboii… banyak togey dari mee.
Ini sudah bagus.
Walau sesedap mana pun mee rebus ko tu, tapi kalo cenggini la portion nye…
Mintak mahap le..
Tak kan ku ulangi lagi berkunjung ke kedai kome.

Ater, menengok mee nye pun teman tak selera.
Teghasa leher ni bagai disembelih sembelih.. *saaakit ati (gaya ropie)*

Nah.
Kome tengok le sendiri ghope mee rebus RM6.90 nih.
Terliorrrr ???
Hah, sila le dapatkan di kedai berdekatan, ye.

Nampak cam byk kan??? Hakikatnye.. secoettt jer..


Ok, apa2 pun, ni pada pendapat dan citarasa aku la.
Depend la ngan pebret korang gak.
Duit korang, sukati korang la.
Tepok dada, tanya selera.. *urut dada kalo mahal*

Adios.








No comments:

Post a Comment