Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Salam 2015

 
I haven’t been writing regularly like a good blogger should.

Haha… forgive me.

 

Perggh.. dekat setahun lebih tak menjengah sini kot.

Busy ya amat weyyhh..

 

Dalam pada tak menjengah sini, byk perkara yang dah terjadi & berubah dalam hidup aii.

 

Antaranya…

Rumah dah terjual kepada pembeli yang ehhmmm.. maleh nk cite.. sakitkan ati den yoo… Mula2 semuanya manis, bila sudah ku tabur budi, tuba yg ko balas. Awas ye kpd yg tgh deal dgn buyer yg nk membeli rumah kome tu. AWAS!

 

Rumah yang diduduki skang dah semakin baik. Alhamdulillah… Allah permudahkan segala urusan kami. Renovation pun siap dalam masa yang dijanjikan dengan harga yang affordable. Boleh la.. Kenduri doa selamat & sambut puasa hari tu pun alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancang. Syukur.

 

Kehilangan kawan baik… akibat breast cancer.

Kawan baik masa zaman aii keje legal firm lagi. Kenal arwah masa aii kat Shatar Tan & Chee tahun 2002 kot. Kawan, kakak, buddy yg sangat baik. Byk yang aii belajar dari arwah. Kami selalu bertiga, Kak Habidah & Kak Niza. Now tinggal la aii ngan Kak Niza jer. :(

Damailah disana Kak Habidah. Al-fatihah untuk mu.

 

Tok J & mak Chom pun dah tak berapa nk sihat dah skarang.

Mujur rumah aii laa ni kat blkg rmh dorang je.

So, boleh la kitorang tgk2 kan. Lgpun nk meringankan tanggungjwb MP, takde la asik xde masa nk g tgk org tua dia.

Now, balik lambat camana pun, mesti gi tgk gak mak ayah dia.

Alhamdulillah. Saya gembira. Berbaktilah kepada org tua kita selagi ada hayat dikandung badan. Insyaallah, doakan kami istiqomah, ye. Amin.

 

Bersih 4.0. Maaf, saya tak terlibat. Hahaha…

 

Ok peeps.. till wee meet again. XOXO

 

 

 

 

Thursday, April 25, 2013

Semangkok Soto & Secawan Teh ‘O






Yummyy..licious !
Sarapan di suatu pagi sabtu.
Lama dah ni..
Cuma tu la, kekangan masa menghalang aku utk menghapdet.
Ekekeke… kekangan masa lahhh sangat !
Wateva.

Jom.. wat julung2 kalinya aku nk share resepi.
Kalo rajin, salin.. kalo maleh, print je la..

Utk nasi impit :
Beberapa bungkus nasi impit ready made.
Ko rebus je la.. 2 jam gitu.
Ikut je arahan kat peket dia tu.
Kalo nk makan pagi wat sarap, seeloknya rebus malam.
So, semalaman bg dia rest.
Pagi dia dh sejuk, senang nk potong.
Ada paham ??

Utk kuah soto :
Rebuskan beberapa part ayam.
Air biar lebih takpe.
Lepas ayam dh masak, angkat ayam tu & toskan.
Air rebusan tu biarkan diatas api, then masukkan perencah soto.
Masak beberapa minit, then bole tutup api.

Apa bahan rempahnya ??
Aku pakai je rempah yg dh siap.
Hahaha… dasar pemalas.
Excuse me, bukan malas ok, tapi nk jimat masa.
Lgpun aku suka membantu perniagaan org2 kita ni.
Produk muslim lagi.
Me loiike !


Ok, komdian, ayam tu bole la disiat2 kecil2.
Tulang2 ayam tu jgn dibuang ye, masukkan balik dlm periuk kuah tu.

Pastu sambil2 ko tggu ayam tu empuk masa rebus tu td, bole la goreng kacang & tauhu.
Tauhu tu komdian dihiris nipis.
Nak potong dadu pun bole, tapi nnti bagak sgt la, x cantik atas pinggan nnti.
Pastu celur sawi yg dh dipotong2 & tauge.
Bole jugak racik2 kan cili merah.


Untuk cili kicap :
Hahhh.. bahan ni adalah sangat penting.
Kalo xde cili kicap ni, mmg x complete la soto aku tu.
Yang first time dengar, meh la try buat.
Memey sedak !! Make bertamboh2.

Caranya :
Tumbuk lumat beberapa tangkai cili padi kampung bersama seulas 2 bawang putih.
Masukkan dlm mangkok.
Pastu curahkan kicap lemak manis – byk pun xpe, sampai dia jd mcm berkuah.
Then masukkan serbuk perasa sikit.
Kacau2 rata… taraaaaaaaa… dah siap !


Now, bole pi amik mangkok.
Masukkan beberapa potong nasi impit dlm magkok tu.
Pastu, letak tauhu, sawi, tauge, kacang & ayam yg dh disiat2 td.
Curahkan kuah soto & letakkan 2-3 camca cili kicap tu.
Amik sudu garfu.
Tuang air teh o ke dlm cawan.
Tadah tangan, baca doa.
  
Selamat menjamu selera





Thursday, September 20, 2012

Misi ke JPJ



Hari tu aii dh cite loan dah lulus kan?
So, masa untuk mendapatkan no plate yang chanteek.
Beli kete bukan nye setahun sekali *aku la.. bukan nye kaya tahap dewa nk beli kete tetiap tahun*
So, moh kita ke JPJ.

Pepagi dinihari aku dh bertenggek kat atas moto.
Seawal kul 7:10 pagi kot kuar rumah.
Jalan kat KL ni, start kul 7 pagi dah jem.
Nice huh??

Seb baik la aii nek moto.
Kul 7:30 dah sampai Maju Junction.
Gigih naik lif ke tingkat 3 kot.

Borang aku dh sesiap isi.
Download je kat website JPJ tu.

Untuk korang yang bercita2 nak beli plate number, pegi la pagi2.
Senang, takde orang.
Aman damai, tenteram je rasa.

Kul 7:45 pagi aku sampai sana.
Amik nombor giliran, kejap je dah dipanggil.
Kul 8 pagi, dah selesai urusan.
Prosedur yang sangat senang.

So, tips untuk korang yang nak beli plate no.
Tak kisah la untuk moto ke, kete ke, lori pun boley..

1.            Dapatkan borang M.V. 10A kat website JPJ tu.
2.            Buat sesalinan IC & lesen memandu.
3.            Sesiap la list kan nombor apa yang korang nak beli tu.
4.            Pegi JPJ, amik nombor giliran.
5.            Sediakan bayaran RM10 untuk bayaran perkhidmatan.
6.            Kat sana ada screen besar, korang tgk la no apa yg tengah running.
7.            Sediakan bayaran RM200 untuk running number – Maksudnye, kata lah masa korang pegi JPJ tu, running number dia 3000-6000. No yang korang nak tu kata la 4684. So, bayaran yang dikenakan untuk nombor tu adalah RM200.
8.            Jika sekiranya korang nk beli nombor 6846, ianya bukan lah running number. Maka korang kena bayar extra RM100 kot (yg ni aku tak berapa sure, sbb aku amik running number aritu).
9.            Total yang perlu dibayar adalah RM210 (plus RM10 bayaran perkhidmatan)
10.         Tunggu makcik kaunter tu print resit & bole la bagi resit tu kat car dealer korang.

Nombor tu boley digunakan dalam masa 30 hari saje ye..
Maka, elok la kome2 tunggu loan approve dulu, baru ke JPJ ye.
Harap maklum.


C..C.. kul 7:56 dah selesai... No plate idaman korang akan tertera kat ataih tu ye..
Sila cek sebelum beredar.

Bagi resit & borang M.V.10A ni kat car dealer.

Selesai sume, tunggu je la kete korang kuar sehari dua lagi.
So, selamat melaram & enjoice ngan kete baru.
Lalalalalalala….

Amacam, senang kan?








Thursday, September 13, 2012

Cantik ke??



Tadi ada org call.
Tukang masak kat kantin tu..
Bila tgk nama dia, rasa cam nk jwb ke tak??
Hahaha… buruk pangai kan?
Bukan apa, takut nk mendengar kot2 ada masalah.
Salu dorang ni liase ngan MP je.

Dlm dok berkira2 tu, aku jwb gak la…
Skali dia tya..

Her:   Dik win (mak ngah) tu pakai skin care apa skang? Mukanya licin cantik skang.
Me:    Akak tya lah dia.
Her:   Udah ditanya. Katanya tanya sama Along. Muka Along pun lagi cantik sekarang. Licin macam tomato.. *boleyy??!! Hahaa..*

Kelassss ko jah!
Ada gak org perasan ek?

Tapi yg ketara muka mak ngah la.
Mmg dulu muka dia kusam gilers.
Laa ni dh cerah berseri.
Kalo nk dibandingkan, dulu mmg muka mak ngah tu bekerak & berkeladak sume la.
Yupp, siyes.

Tu dia baru pakai pertengahan puasa aritu kot.
Baru la dlm sebulan lebih.

Hari tu masa raya kantin tutup seminggu yg sederet tu.
Pastu naik keje balik, ada la few bdk2 kantin ni tegur mak ngah.
Cuti raya ritu pi buat botox ke?
Haha.. gilos.

Pastu aku ckp la, ko x jawap ke nyah?
Kalo dorang tya camtu, ko jwb je.. aah, Alhamdulillah.. ada la rezki lebih sikit bln posa ritu, tu yg boley enjet2 botox tu.

Ala biasalah, bebudak jantan kan, pantang nampak pompuan cun *erkk, cun ke skang?*
Betul, dulu takde pun yg pandang mak ngah tu taw.
Nk tegur2, gurau2 pun xde.
Laa ni ramai la plak yg tersengeh2, mintak no tepon segala la.
Bengong kan..

Aku plak dulu byk open pores.
Pastu byk jerawat2 halus tu.
Hayooo.. sakitnye mata bila pandang cermin.
Now, bila pakai skincare ni, sume tu dh berkurangan.
Kalo tak pakai bedak pun, tatap nmpk kulit muka tu mcm dh berbedak.
Fresh je gitu.
Plus glowing2, pinkish je pipi aii yg gebu ittew.. *lempang berkali2 sampai berpusing*

Ok ok, jangan riak.
Kang ditarik balik sume tu baru tau.
Fine.
Tapi bila org dh bertanya, harus la cerita kan.
Kang tak pasal2 kata kudukuit la, sombong la, khenn..


Memang berkesan la nampaknya skin care kitorang tu.
Nice..

Meh nak tepek skit gambar sebelum & selepas.


Sebelum & Selepas : Ketara kan perubahan.

Gambar kiri sebelum. Tengah & kanan selepas.
Gambar selepas tu adalah naked face, cuma calit lipstick jer.
Dulu kena pakai blusher segala. Laa ni tak payah lagi.. :))

So, ada yang berminat nk dapatkan skin care yg we olls pakai ni ke?
Sila la berurusan dengan saya, ye.. *wahh, dh boley jadi tokey besar dh haku nih*