Showing posts with label idaman hati. Show all posts
Showing posts with label idaman hati. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

It’s Arrived!!



Wau weeee….
Eksaited giler nih.


Huge box

Tadaaaa..... Olivia black.

Eh, ada lagi satu..? *wink*

Really nice.

Helena Rose... this one nice. Tantik, tite tuke... :))

Ready to go home.. 

Ok guys.
Penantian berakhir.
Cam lama kot menunggu... hahaha...

Last but not least, let me tell you, the leather smell is ohsem!



Wednesday, December 5, 2012

I’m Craving..



Yeeehaaaa...!!!
Tgh tggu my parcel tiba…

Helena Rose

Olivia Black

So, which one do I choose?

a)   Storksak Helena
b)   Storksak Olivia
c)    Kedua-dua nya sekali

I did ask MP, but the answer.. tak payah la…
Huwaaaa…

Ekceli, MP tak menjawap soalan pun.

Me:    Bah, COLOR apa yg cantik? *sambil buat muka kiut*
MP:    Nak buat apa? *sambil jeling2 berkerut2 dahi*
          Tak payah la…
Me:    *Diam dan terus berlalu pergi sambil bwk laptop letak atas meja balik*

Aku tya color je kot, terus kena reject.
Pity me, huh!

But, mlm tu aii x lena tidoq yolls.
Dok terbayang2 rupa paraas diaper bag yg menawan ittew.
Yesss, it’s a DIAPER bag.
Korang mesti ingat henbag kan?
Hehe… That’s why im craving like mad.
Mana nak carik diaper bag yg cool & stylish cam tu.

So, aku masuk balik website tu, then placed an oder(s) *whichever applicable.. hehe..*

Dear husband, sorry…
I cannot tahan my craving oredi.
Dah oder pun, now waiting for shipment.
Abah redha je la eh..  :))
Lebiu sooo much, darling!!

This wiken nak balik Muar jap, so aii can try and test this bag *if dapat b4 Friday la*
Sabar Lin.. sabar... :)


















Tuesday, September 25, 2012

Our Wish come true



Susulan dari n3 1 dan 2, maka tunggu je la panggilan daripada car dealer dengan penuh kesabaran.
Finally, 4 hari sebelum menjelang nye Syawal, our car dealer a.k.a En Nasir call MP.

Him:  Bang, kete dah bole amik esok.
MP:    Ooh, dah siap ke?
Him:  Dah, tapi cuma polish je saya tak buat lagi. Saya try buat esok pagi, tapi kalo tak sempat, maknanya saya hutang abg la – saya buat lepas raya.
MP:    Ok, boleh, takde masalah. So, esok lepas balik keje la saya jumpa En Nasir, ye.
Him:  Ok bang.

Weee… Alhamdulillah.
Impian menjadi kenyataan.
Syukur padaNYA.

MP dapat call tu sebelum buka puasa.
MP berbuka ngan kawan2 kat opis dia.
Aku plak berbuka ngan anak2 & wok anak beranak @ Sogo.

So, MP terus call aku bitau.
Maka, lepas berbuka tu, aku pun heret la anak2 aku yg 2 org ni nek tren.
Turun kat Sentul.
MP tggu kat situ.

Motip:
Nak pi survey kedai accessories.
Fine, ikutkan ajer.

Tya2, kautim rege sume mlm tu, esok tinggal bawak kete je.
Banyak gak modal yang dilaburkan.
Huhu…
Tinted, alarm, radio & paddle lock.
Hamagaddd… ber KKK hokkay.

Mahal gilers beli radio.
Aku ingat dalam 3-4 ratuih je.
Ini sampai ribu riban.. gilosss.
Tercekik2 aku bila diberitahu harga sebijik radio tu.
Lagi baik punya pun ada maaa.. ini harga kasi u.. *tot tet tot tet tekan kakisurat.. 3200*
Tak pengsan koo???

Tak payah kata aku.
Hamik yg ni je la *lebih murah dari 3200 tu kan*.

Aku pun bising2 kat MP..

Me:    Bah, mahalnye… Radio je kot.
MP:    Memang la mi, tapi ni macam2 ada.
Me:    Apa yang adanya?
MP:    Bluetooth, gps, bla bla bla…
*ntah, segala mcm la ada. Tapi yg pastinya bukan bole bancuh kopi teh pun. Tekan2, tadah je ngan cawan, nahhh.. dapat air kopi. Best la kalo camtu, khennn..*


Tu baru radio.
Alarm pun mahal gak.
Adeideideidei…
Wateva la yang oii.
Aii folooo..

Esoknya lepas keje, terus berdezupp ke sana.
Terus ke kedai accessories tu.
Tgk2 kete dh ada kat sana.
Tgh bikin.

Ok, sementara dorang kerjakan kete tu, jom cari juadah berbuka dulu.
Ni la dapatnya..


Teh ais 2 & sate 15 cucuk


Kerja2 pembikinan yg sedang rancak dijalankan..

Taraaa... No plate dah pasang.


Dlm kul 10 kot baru selesai sume.
Termasuklah penerangan oleh org kedai tu tentang penggunaan radio & alarm tu.
Lepas tu En Nasir plak xplain pasal kete ni.
Tayar spare kat ne, button ni utk apa, button tu utk apa, etc etc la.

Setelah meng hand-over kete lama kitorang tu, skali dia tya kunci spare takde ke bang??
Hahha…. Konfem la lupa kan.
Ok, esok la saya bagi, kata somi ku.
Fine.

Taim serah kunci spare tu, nampak la ni..


Babai sweet heart... Nnti dapat tuan baru, jaga tuan kamu elok2 ye..
Jgn byk ragam ye..  :'((

Sedey la.. *sob, sob.. lap aimata*
Ni la our first car.
Yang telah berjasa selama hampir 7 tahun.
Kemana2 pun dengan dia.
Kete yang tak mendatangkan byk masalah.
Me looike.

Tapi lepas kena langgar dek lori @ Cameron Highland aritu, mmg dh tak sedap bwk.
Tu yang berkira2 gak nk amik kete baru.
Kalo tak, mmg ku lenjan je kete ni.
Pakai je la.. mmg xde masalah pun.

Tapi apakan daya, jodoh tak panjang untuk kita bersama.
Setakat ni je la ye.
Ada rezki sok, kita jumpa lagi.
Semoga dapat tuan yg lebih baik dari kami ye. :))

Ta-ta.













Thursday, September 20, 2012

Misi ke JPJ



Hari tu aii dh cite loan dah lulus kan?
So, masa untuk mendapatkan no plate yang chanteek.
Beli kete bukan nye setahun sekali *aku la.. bukan nye kaya tahap dewa nk beli kete tetiap tahun*
So, moh kita ke JPJ.

Pepagi dinihari aku dh bertenggek kat atas moto.
Seawal kul 7:10 pagi kot kuar rumah.
Jalan kat KL ni, start kul 7 pagi dah jem.
Nice huh??

Seb baik la aii nek moto.
Kul 7:30 dah sampai Maju Junction.
Gigih naik lif ke tingkat 3 kot.

Borang aku dh sesiap isi.
Download je kat website JPJ tu.

Untuk korang yang bercita2 nak beli plate number, pegi la pagi2.
Senang, takde orang.
Aman damai, tenteram je rasa.

Kul 7:45 pagi aku sampai sana.
Amik nombor giliran, kejap je dah dipanggil.
Kul 8 pagi, dah selesai urusan.
Prosedur yang sangat senang.

So, tips untuk korang yang nak beli plate no.
Tak kisah la untuk moto ke, kete ke, lori pun boley..

1.            Dapatkan borang M.V. 10A kat website JPJ tu.
2.            Buat sesalinan IC & lesen memandu.
3.            Sesiap la list kan nombor apa yang korang nak beli tu.
4.            Pegi JPJ, amik nombor giliran.
5.            Sediakan bayaran RM10 untuk bayaran perkhidmatan.
6.            Kat sana ada screen besar, korang tgk la no apa yg tengah running.
7.            Sediakan bayaran RM200 untuk running number – Maksudnye, kata lah masa korang pegi JPJ tu, running number dia 3000-6000. No yang korang nak tu kata la 4684. So, bayaran yang dikenakan untuk nombor tu adalah RM200.
8.            Jika sekiranya korang nk beli nombor 6846, ianya bukan lah running number. Maka korang kena bayar extra RM100 kot (yg ni aku tak berapa sure, sbb aku amik running number aritu).
9.            Total yang perlu dibayar adalah RM210 (plus RM10 bayaran perkhidmatan)
10.         Tunggu makcik kaunter tu print resit & bole la bagi resit tu kat car dealer korang.

Nombor tu boley digunakan dalam masa 30 hari saje ye..
Maka, elok la kome2 tunggu loan approve dulu, baru ke JPJ ye.
Harap maklum.


C..C.. kul 7:56 dah selesai... No plate idaman korang akan tertera kat ataih tu ye..
Sila cek sebelum beredar.

Bagi resit & borang M.V.10A ni kat car dealer.

Selesai sume, tunggu je la kete korang kuar sehari dua lagi.
So, selamat melaram & enjoice ngan kete baru.
Lalalalalalala….

Amacam, senang kan?








Wednesday, September 19, 2012

Loan kereta




Mai nak citer skit.
Tapi sebelum tu, aku nk ishtiharkan..
Bahawasanya saya tidak akan menulis tentang cite2 yang telah lepas.
Ini kerana banyakkk sangat cite nye.
Melainkan cite itu benar2 best.
Walaubagaimanapun, ianya tetap tertakluk kepada tahap kerajinan saya.
Hahahha… *Dush, dush.. !! Tumbuk sampai lebam*

Ok la.. jom start cite.
Haritu kana aku ada citer, yg MP dh wat full settlement utk kete kitorang tu kan.
Jadi, semangat untuk memiliki kete baru adalah sangat membuak2.

So, misi memburu kete idaman pun dimulakan.
Opps, tapi sebelum tu, masa memula pelancaran Proton Preve tu, kitorang dah booking.
Bulan 4 ritu yolls.
Katanya kete dapat dlm 2-3 bln camtu.
Fine, aii anak beranak pun sabooo menunggu.

Loan sume dh lulus.
Interest dia offer 2.85% kalo x silap.
Ok la tu kan.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, kete tak sampai2.

Aku paham la, kete baru kan, mmg beratur la nk menunggu.
Tapi masalahnye, salesman tu langsung tak call update kitorang, hokkay!!
Sampai laaaa ni dia tak call2.
Ater, dh nak masuk bulan 10 ni En Azhar oii.
Hangiin je aku.

So, masuk bulan 5 tak call, xpe.. bole tunggu lagi.
Bln 6 tak call, jom la bebeh, kita carik kete lain.

So, bln 6 tu try masuk 1 lagi loan, kali ni bukan Preve.
Yg ni ngan kawan MP plak.
Harga kete pada aku adalah mahal utk tahun 2007.
Ekceli, dh terdetik dlm hati aku, boley cay eke mamat ni kan.
Tapi MP kata, brader ni mmg dh lama jual kete.
So, bole pecaya la.
Lagipun kawan dia..
Dlm hati aku, kawan lagi la x ley caye.
Sbb hanya kawan je yg makan kawan, ye dak.
Ok, nemai.. tolak tepi persepsi negative tu.
Moga2 sume berjalan lancar. Amin.
Bayar deposit RM500.

Beberapa minggu selepas tu, loan tak approve2.
Aku amik inisiatif call bank tu sendiri. *no bank tu aku ada simpan, masa dia interview haritu*
Geswat, dia kata loan mmg tak boley lulus.
Sbb harga kete utk tahun 2007 tu adalah sangat mahal.
Walaupun kete tu ada accessories sume, sunroof, lampu HID, body aero kit, tetap la tak boley diambil kira.
So, aku pun tanya MP, cemana yang?

MP bitau la kawan dia ni, pastu katanya nk try submit kat bank lain la.
For me cam tak payah la kot.
Sbb mcm leceh la..
Kang dingdong2 lagi, bila nk dpt kete kan..?

Jalan terakhir, we olls decide cari kete lain je.
Maka, berpusu2 la kitorang anak beranak call car dealer sana sini.
Sambil2 tu, aku pun belek2 gak la henpon.
Mencari2 kenalan yg berpotensi utk ditanya pasal kete idaman we olls ni kan.
So, terjumpa 1 number ni.

Mamat ni salu la sms kalo ada promotion ke, kete baru ke hapa.
Ok, y not kan, call je la.
Dia kata kete yg kitorang nk tu ada.
Apa lagi, tengah hari tu jugak carrgass ke tempat dia.. *gile gelojoh kan.. ahaks*

So, berjumpa la ngan En Nasir ni.
Berlaku la sesi soal jawab & dia pun explain2 segala.
Kereta yg dia offer tahun 2008, harga beza 5K kot dgn kete 2007 tu.
Nampak???

Jam2 tu gak bayar booking.
Dua minggu jugak la baru tau result..
Seb baik approved!!

Alhamdulillah.
Tapi masalahnya, kete tak boley jamin dapat sebelum raya.
Sbb puspakom sume penuh.

Me & MP x kisah.
After raya pun no hal..
So, tunggu je la..

Berbalik pada cite En Azhar proton Preve tu.
Adakah wajar aku mintak balik duit booking tu?
Dh berkali2 aku ajak MP.
Jom la kita pi amik balik duit booking kita tu yang.
Tapi MP diam je.
Mmg patut la kan kalo aii amik balik duit tu.
Bukan nye aku tanak amik kete ko tu.
Dah ko tak hapdet2 aku, acaner tu??
Kan, kan, kan..??


Walaupun seratussss je, ianya tetap duit saya!!


Next entry, aii cite pasal pi beli nombor kete kat JPJ, eh.

So, stay tune.

Ta-ta









Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran 2012




Ouch!! Berdebu & bersawang lagi sekali nampaknya belog aii ni.
Hurm.. mmg tgh dilanda kebizian yang teramat sangat.
Ni pun mencuri2 masa menaip skit2 ni.
Hadoyaii..
Wat to do.. Ayam patuk itik sudu..
Haha..

Ok la, nk citer apa pun x tau nih.
Sbb byk sgt cite yg nk diceritakan.
Tak tau mana satu patut kuar dulu.
Ngeh3…
Life aii kan best! *lempang laju2 smpai berpusing*

Fine..
Memandangkan kita dah nak menyambut raya, maka elok lah kiranya topic raya yg didahulukan, ye dhark..
Laa ni masih bekerja.
Aku start bercoti mggu depan le..
Amik sederet seminggu tu.

Esok baru nak balik BP.
Ni kiranya first taim aku beraya kat BP, kampong MP.
Bukan tak penah beraya kat kg dia taw u olls.
Salu beraya kat kg MP taim raya ke-3 camtu.
Kali ni mlm raya di sana.
Weee…. Eksaited seyh !

Itu pun bersebab.
Sebabnya rumah pusaka atok tu dh nak dirobohkan.
Nak dimajukan tempat tu.
So, x reti2.. harus lah mencari rumah lain.
So, sblm upacara pecah rumah tu, kitorang pakat2 sume balik.
Sambut raya kat sana.. utk aku kira 1st & last la.

Baju2 sume mlm td aku dh siap packed.
Nak mengemas baju2 masuk beg ni mengambil masa selama seminggu okay.
Ye la, balik sampai rumah dh malam.
So, harini wat sikit, esok wat sikit.
Bilik aku tu pun dh jadi cam tongkang pecah.
Aku tahan kan je mata menengok sepah2 tu.

Tapi malam td balik rumah adalah lambat gilers.
Sian mama buka puasa sorang2.
Hanya ditemani cucu2 4 org tu.
Mak ngah & wok miaga kat bazar ramadhan.
Icam pun tolong dorang kat sana.
Ayah kat kantin.
Salu aku & MP yg teman mama berbuka.
Tapi semalam tak dapat berbuka sama..
Sebab, menjemput salah satu ahli keluarga baru.. :))

Setelah sekian lama mengidam, akhirnya sume nye terjawab semalam…

Kalo free nnti aku citer eh.
Ni kira intro je la dulu..
Hehe…

So, raya tahun ni nampaknya double celebration.
Alhamdulillah.
Sama cam last year, double celebration gak.. sebab beraya dgn baby baru.. *zara la, sape lagi*
Tahun ni pun sama, tapi bukan baby baru la..
Tapi.. ni dia..

  
Pandangan sisi je ye...

Ni lah idaman kalbu aii & MP.. tercapai sudaaaa..

So kepada sume, kawan2, silent readers.. *aii  know very the ramai rite.. Ngeh3*

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin.
Mintak maaf kot ada dlm penulisan saya ada yang terasa hati.
Bukan maksud pun taw.
Saya hanyalah manusia biasa yg serba kekurangan.
Belajar pun tak pandai, keje pun ala kadar.. ye la.. takat pembancuh teh je kan..

Ok, kepada yang balik kampung tu, berhati2 di jalanraya.
Drive safely & take care... *chewahh, pandei gak aku tulih omputih ye.. :))*


Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga!!

Ok, happy holiday yolls..
Ada taim nnti, aku corat coret lagi ye..

Ta-ta.













Monday, July 23, 2012

My Wishlist, Our new WISH & Wish me luck!



Poyo tak tajuk?
Haha…
Sukati aii la kan…
Haku dulik hapa..
Hari ni besday aii, yolls.. *pada yg tak tau, pada yg tau, udah di beli hadiah nye??*

Alhamdulillah.
Masih bernafas & sihat di kala usia menginjak masuk ke angka ‘3 series’.
Halooo… tak sume org merasa hidup smpai umor cenggini taw.
Tak sume org, hokkay.
Alhamdulillah kerana aku masih berkesempatan merasa nikmat hidup dimuka bumi Allah ni.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, meh aii senaraikan harapan2 sempena ulangtahun hari lahir ku yg ke dot dot dot… *haha.. retis lah sangat-tgn dibahu mata ke atas*

Kutulis kan satu persatu & sejelas2nya.
Ye la, cikgu kittew kata kalo nk mintak seswatu tu, bior lah jelasszzz & be specific.
Contohnye.. Kalo kita nak mintak BMW, jgn la doa nak BM.
Kang dapat BMX, marah plak.
Dah ko kata BM kan… BM la yg dapatnye…
Reti??
So, belajar melalui kesilapan.
Diulangi, be specific.
Baik, eden toraiii.

So, here we go..

1.           Seiring dengan penambahan angka, diharapkan agar kehidupan ku menjadi semakin sempurna & bahagia, dunia & akhirat. Semoga diri ini semakin matang dan tabah dlm mengharungi liku2 kehidupan.
2.           Now anak dah 2. Semoga diberikan sifat sabar yang menebal kepada diri ku dlm mendidik anak2 yang semakin membesar. Semoga dikurniakan lagi anak2 yang soleh & solehah, anak2 yg comel & sempurna sifat & akalnya *ye, tentunya bersama suami ku nan tunggal ittew*. Aku ingin menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang hayat bersama keluarga tersayang & suami tercinta.
3.           Kerja… apa nak mintak eh? Oh, semoga di luaskan pintu rezeki, dilimpahkan rahmat & diberikan kekuatan untuk menyelesaikan tugas2 yg diamanahkan.. *no more backlog2*
Tak naik pangkat pun takpe, asal keje hepi.
Ye dhark?? Ni kalo pangkat bebeso pun, balik rumah serabai je, hati tak tenang, stress lagi, baik takyah, khennn.
Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang.
Alhamdulillah. Bior le selamanya menjadi pembancuh teh a.k.a cleaner. Ada aku kesah???
Janji bahagia. Weee…
4.           Bila umor dah bertambah, haruslah harta pun nk bertambah gak. Harap2 dapat lah membeli seekar tanah kat area rumah mak aii tu. Nak bikin rumah banglo setingkat, anak2 dh nk sekolah ni susah dok jejauh.
5.           Moga diberikan kesihatan yang terbaik.
6.           Nak buat full settlement utk kete yg sedang digunakan – Ooh, geswat, MP just bitau aii tis morning. Katanya.. “Mi, FYI je, kete ni abah dh habis bayar. Abh dh buat full settlement laswik”. Hamagad!! Baru wish dh menjadi kenyataan. Alhamdulillah. *boley la WISH kita kuar soon. Amin*
7.           Kek?? Boley la.. tapi tamo nyanyi2 & tiup2 lilin sume tu, eh.. *aii dh pesan kat MP, “bah, nnti x yah la beli kek besar2 bagai tu eh”. Tau dia jawap apa.. “eh, sape yg kata nk beli kek?”. Huh, kejam taw!*

Wah.. banyak nye mintak kan.
Takpe, Allah pun kata, mintak lah.. Dia akan bagi.
Cepat ngan lambat jer.
Ni nak mintak pun malas.. Apa cer??

Ok, meh sini aii senaraikan my wish list plak.

Yang pertama2 nya saya sangat suka sekiranya mempunyai aipod *hajat yg ini telah disempurnakan oleh MP pada minggu lepas*
So, sepanjang memiliki aipod baru nih, takde lagi terdengar hingar bingar pekikan lolongan anak beranak MP di dalam kete *me & k min ler.. sape lagi*

Yang ke-2, saya nak beli mixer sebelum raya ni.
Mixer yg ke berapa tak sure la plak.
Sbb saya suka buat2 kek/kuih ni.
Tu la pasal asikk la rosak.
So MP, sila take note ye…
Opps, ini pun telah MP sempurnakan wiken lepas.
Aku yg mcm riso menengok nye.
Tertelan2 ailioq.
Cam canggih sangat.
Beli yg biasa2 sudahhh.
Tapi MP kata, “xpe la, abh belikan yg terbaik utk ibu”.. *wahhh, terharu aii taw*
Fine, orang memberi kita merasa, ye dhark?
Hehe.. TQ yg!

Yang ke-3, perlu ke tak nak tulis kat sini?
Ada lagi sebenarnya hot2 items yg aii nk grab nih.
Tapi takpe la..  Cukup la setakat ini.
Bimbang plak somi ku pitam bila membaca belog aii ni sehingga ternampak bintang2 di angkasa.

Oh, dlm kul 11 tadi ada org call.
Nak ckp ngan aii, soh turun bawah amik munge..
Erkk, apakah???
Hahaha… rupanya dari somiku tersayang.
Kwn2 lain jelezz je nengok aii bwk munge.
Ye la, pembancuh teh dpt bunga, apa kes ??

Ok la..
Sebelum boley saya mengishtiharkan aipod & mixer ittew sebagai hadiah besday aii yg ke dot dot dot, kita tunggu lah dulu sehingga mlm kang, ye..
Kot ada yg lebih special sedang menunggu ku…
Hehe..
Kalo takde apa2 yg berlaku mlm nnti, maka nya boleh la diishtiharkan itulah hadiah besday saya.
Keji giler, dh dapat banyak ni, masih gak mengharap dapat lagi & lagi & lagi.

Tapi bila dipikir2 kan balik, cukup la apa yang ada pada saya skang.
Sudah cukup cukup sudah…
Cukup sudah apa yg ada…
Tak perlu apa2 lagi yang..
Tapi kalo nk bawak mami pi berchoti mahupun bersopink, mami adalah suka lapanplo jota kali. :))

Apa2 pun, selamat hari lahir buat diri saya & semoga apa yang terjadi adalah ketentuan yang terbaik untuk saya.
Dan yang paling utama:
Semoga saya dikurniakan iman yang sempurna
Akhlak yang terpuji
Pekerti yang mulia
Umur yang bermanafaat
Rezeki yang halal
Ilmu yang berguna
Serta hidup yang dirahmati dunia & akhirat.
Amin.

TQ for the nice flowers... Sebakul ko dia hantor...








Wednesday, July 18, 2012

Yayyy!! I got it !



Weee..
Tak sangka ! :))

Baru smalam tergerak hati hint2 dlm belog aii nih.
Skali balik je dah dapat..
Hehe…
Maknanya apa ??
Me & MP adalah sehati sejiwa.
Dia tau apa yg aii pikir & terus usaha mendapatkannya utk menggembirakan hati ku.. *lap u la yg!*

Ekceli aku rasa cam tau kenapa aku dapat adiah nih..
Sbb MP tak tahan mendengar aku begadoh ngan kak min dok berebut nk men game kat hp aii.
Hahaha…
Keji giler, ngan anak pun tanak mengalah.
Ada skali tu aku termarah kak min.
TER hokkay !

Aku main game hello kitty salon tu.
Pastu aku dh letak la nama aku & kak min sesiap.
Aku ckp kat dia, kalo kakak nk main, kakak tekan ni tau.
Ni kakak punya kedai.
Pandai la…. dia click nama dia kalo dia nk main.
Ok fine, mendengar kata.

Bila salon aku maju & memberangsangkan, so dpt la byk duit kan.
Boley la beli memacam kan?
Boley upgrade segala barang kan?
Dia sebok ckp, nape salon ibu cantik?
Kenapa ibu ada kosi ni?
Kenapa kak min takde ?

So aku xplain, kakak kena la keje rajin2.
Jangan bagi org tu tggu lama.
Nnti dia lari.
Haha..

Tah cemana taim aku nk main, tgk nama aku dh takde.
Ceh! Ini bole mendatangkan marahhh!
Dia pegi delete aku pya nama (TERdelete kot).

MP geleng pala je dengor aku membebel2 kat kak min.
Pastu sedas dia sound aku..
“Aii mi, ngan anak pun nak bertekak ke? Pasal game je pun..”
Ok, fine… *terus tersandar sambil peluk tubuh sambil memandang ke luar tingkap kete*
Emo giler.. haha..

Jadi, atas sebab musabab di atas la aku rasa aku di‘anugerah’kan gajet ini.

So, smlm masa balik keje, aku cam pelik je.
Rajin no laki aii mengangkat kan segala beg2 aii sume masuk bilik.
Salu aku bawak sendiri jer..
Ehmm, mgkin dia tgk aku sebok berborak ngan wok & angah kot.
Ok la tu..

Pastu otw aku nk masuk bilik, nmpak MP ngan kak min berbisik2.
Skali kak min ckp kat aku..
Ibu, abah nak pinjam aipod..
Aku cam.. aipod?? Ke henpon..??
Wateva.
Terus masuk bilik bukak henbeg..
Skali.. taraaaa…..

Lepas ni xde la gadoh2 lagi ngan anak aii tu.. :))

MP senyum je kat aii… *sayang kittew lettew*
Hahhaa… terharu la plak.
TQSM yang !
Really apprecite it !

Ni hadiah besday mami ke?
MP diam je… Tak jawab pun.
So, I assume, ni baru warm up present *erkk, ada ke?*
So, tggu la besday kittew nnti eh… :))


Nota utk diri sendiri:
Sesungguhnya manusia ni mmg x penah puas kan?
Dah dapat apa yg diminta, tetap gak tak mencukupi.
Lempang laju2 baru tau..
Sepatutnya mulut perlu mengucapkan Alhamdulillah.
Bersyukur dengan setiap pemberiannya.
Ini tidak… hambik balik kang baru tau!! *ye ye, aii insap... sambil betulkan selendang*