Showing posts with label project. Show all posts
Showing posts with label project. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Semangkok Soto & Secawan Teh ‘O






Yummyy..licious !
Sarapan di suatu pagi sabtu.
Lama dah ni..
Cuma tu la, kekangan masa menghalang aku utk menghapdet.
Ekekeke… kekangan masa lahhh sangat !
Wateva.

Jom.. wat julung2 kalinya aku nk share resepi.
Kalo rajin, salin.. kalo maleh, print je la..

Utk nasi impit :
Beberapa bungkus nasi impit ready made.
Ko rebus je la.. 2 jam gitu.
Ikut je arahan kat peket dia tu.
Kalo nk makan pagi wat sarap, seeloknya rebus malam.
So, semalaman bg dia rest.
Pagi dia dh sejuk, senang nk potong.
Ada paham ??

Utk kuah soto :
Rebuskan beberapa part ayam.
Air biar lebih takpe.
Lepas ayam dh masak, angkat ayam tu & toskan.
Air rebusan tu biarkan diatas api, then masukkan perencah soto.
Masak beberapa minit, then bole tutup api.

Apa bahan rempahnya ??
Aku pakai je rempah yg dh siap.
Hahaha… dasar pemalas.
Excuse me, bukan malas ok, tapi nk jimat masa.
Lgpun aku suka membantu perniagaan org2 kita ni.
Produk muslim lagi.
Me loiike !


Ok, komdian, ayam tu bole la disiat2 kecil2.
Tulang2 ayam tu jgn dibuang ye, masukkan balik dlm periuk kuah tu.

Pastu sambil2 ko tggu ayam tu empuk masa rebus tu td, bole la goreng kacang & tauhu.
Tauhu tu komdian dihiris nipis.
Nak potong dadu pun bole, tapi nnti bagak sgt la, x cantik atas pinggan nnti.
Pastu celur sawi yg dh dipotong2 & tauge.
Bole jugak racik2 kan cili merah.


Untuk cili kicap :
Hahhh.. bahan ni adalah sangat penting.
Kalo xde cili kicap ni, mmg x complete la soto aku tu.
Yang first time dengar, meh la try buat.
Memey sedak !! Make bertamboh2.

Caranya :
Tumbuk lumat beberapa tangkai cili padi kampung bersama seulas 2 bawang putih.
Masukkan dlm mangkok.
Pastu curahkan kicap lemak manis – byk pun xpe, sampai dia jd mcm berkuah.
Then masukkan serbuk perasa sikit.
Kacau2 rata… taraaaaaaaa… dah siap !


Now, bole pi amik mangkok.
Masukkan beberapa potong nasi impit dlm magkok tu.
Pastu, letak tauhu, sawi, tauge, kacang & ayam yg dh disiat2 td.
Curahkan kuah soto & letakkan 2-3 camca cili kicap tu.
Amik sudu garfu.
Tuang air teh o ke dlm cawan.
Tadah tangan, baca doa.
  
Selamat menjamu selera





Friday, February 15, 2013

PickNik?? No TQ.



Hahaha… tajuk tak bole blah.
Tapi, betul la tu.
Biarlah ini menjadi titik mula & akhir aku ke PickNik.
Tu aku la.. Cik Ta & NJI nk pi lagi ke??
Kuikuikui..

Projek ke Publika ni adalah semalam.
Ye la, bersempena cuti raya cina ni kan, jalan adalah lengang & kawan2 opis adalah ramai yang bercoti.
So, peluang untuk drive ke opis sekaligus merebut parking kat basement adalah tidak patut dilepaskan.
So, 2-3 minggu yg lepas lagi kami2 dh merancang nk ke PickNik.
Baikk punya plan.

Tu pun dek kana si NJI ni la yg dok baca review pasal PickNik ni.
Dlm review tu kemain kata sedap la, berbaloi la, sume yg best2 je la.
Gambar foods sume yg menggiurkan.. meleleh2 menengoknye.
Perot pun x semena2 berkeroncong.
Haiihh.. x ley jadik ni.
Ater, untuk merasai sendiri darjah kesedapan makanan yg diwar2kan tu, maka kami orang pun gigih la pergi ke Publika.
Walaupun nak mencari tempat tu adalah a bit tricky.

Sesi order mengorder.
Aku tak suka tgk menu dia.
Sbb xde gambar.
Letak la gambar kat menu ko tu kan.
Supaya org bole tgk & order dgn senang hati.
Ni main belasah je la order pun.
Yess.. mmg ada description kat situ, tulis apa benda nye..
Tapi if ada gambar kan lebih meriah yolls.. *fine, kedai aku nnti aku buat camtu*

Dah la.. jom menjamu.. mata je la.


Yeahh.. Iced caramel - Fresh Mango Juice - Macchiato

Review:
Iced Caramel tu katanya cam rasa valilla ice cream. Sedap la. Should try.
Hakikatnya: Hanya rasa susu semata.. caramel tu ada lah rasa tapi cam manja2 je rasanya. Rasa susu melampaui rasa caramel. So, rasa cam ko minum susu lembu tu je la.
Damaged: RM12.00

Fresh Mango Juice: Fresshhhh "sangattt"!!! Rasa air cordial je, okeh!! For this I’ve paid RM8.

Macchiato: Hah, ni best ni… cawan tu adalah sebesar.. besar apa eh? Kecik je la sebenarnya.
Sangat kecik cenonet. Harga secawan RM7.00
Padan la dgn nama dia, macchiato. Bila sampai je air tu, perasaan nk maki tu berkobar2.
Hahaha…

So, kitorang pun try la rasa iced caramel & mango tu sorang sikit.
Tu yang sume pun bg feedback sama.
Cuma, kitorang x sampai hat ink rasa air si NJI tu.
Mana taknye, dh la cawan kecik, pastu kacau2, buih hilang, air tinggal setengah je..
Hahaha… sangat tak sampai hati nk mintak skit.
Boley?? Siryes, mmg kecik cwn tu yolls.

Now, kita tgk dia pya main menu plak.

Alfredo = RM18
Creamy gilers alfredo dia ni. Tapi aku rasa ok la. Sedap gak.

Ni NJI pya.. Alfredo & Macchiato.
Hehe.. senyum jannah, senyumm... jgn maki2..

Nyum2... Lamb Cutlet = RM55

Tgk la ke'moist'an lamb tu. Ni medium cook. Not bad.

Aku rasa aku cam oder TAPAS lamb cutlet je tadi, baru RM20.
TAPAS tu cam LITE la kot.
Skali waitress dia bercakap cam dlm kelambu.
Dia tya apa tah kat aku & ntah apa yg aku jawab, skali sampai, hamikk kao... RM55.
Sila bayar dengan senyuman.

Time for dessert...

Pavlova - Peanut Butter Slice - Creme Brulee

Saiz sebenar. Comel je kot...
Pavlova & Peanut butter tu RM8, Creme Brule tu RM7

Dah sudah makan, tiba lah masa utk membayar.
Terkujat2 memasing tgk bil.
Mak oii.. bole tahan harganye.. *seb baik la kenyang sampai esok* 
Korang kira la sendiri nnti.. pastu tambah lagi 16% tax.

Aii ni bukan apa.
Aii domai berhabis duit utk makan if makanan tu adalah berbaloi.
Ni rasa cam tak kot.
Utk food kat sini, aku rasa yg ok hanyalah lamb cutler tu.
Air kordial aku tu & pavlova, OUT - sori to say.

Pavlova tu liat sangat, x sedap.
Pehtu, letak la stoberi yg meriah skit colornya.
Ni stoberi yg merah suam2.
Awak tu dh la restoran ala-ala.
Harga pun kemain. Bg la yg best skit utk customer tu kan.
Ehmm.. ntah la.. konsep meniaga memasing.

Cik Ta & NJI si kopi kecik tu pun sama.
Cik Ta hanya berpuas hati dgn Alfredo tu.
NJI pun sama, Alfredo gak.
And creme brulee tu pun.. boley la... katanya.

Mmg rasa tertipu idop2 ko dgn review2 yg dorang2 tu buat.
Mgkin dorang dijemput utk merasa makanan tu tanpa perlu membayar walau sesen pun.
Tu pasal la komen yg kuar sume indah2 belaka.
Cer kena kuar duit dari poket sendiri..??
Cer try tgk... pueh hati tak.

Enjoice!!

So beb, jadi ke nak ke OTT plak.>??
Dah habis pikir ke?
Banyak nk dilaburkan tu... 
Hahahaha...
















Friday, December 7, 2012

TEASER: Special Celeration Photoshoot



21 days to go..

Yeah, we had a photoshoot session early Nov ritu.
Hehe.. best!
Apa occasion nya??
Tadek apa pun ekceli.. just a special celebration for me & MP.
Ader la.. nnti2 la aii story eh..

Layan gambar je la dulu, k…

Antara props2 yg dibawa..

MP with Zara

Zara

Kak Min

MP yg tetap setia melayan anak2.

Our official photographer


Ok ok, dah la tu.
Sesikit jer..
Nama pun teaser kan..
Haha…

Yang ni baru dapat from official photographer semalam.
Sample layout katanya.
So, sharing with yolls.. :))
Nice kan, me loiikkeee..!!

One happy family.. :))















Thursday, December 6, 2012

It’s Arrived!!



Wau weeee….
Eksaited giler nih.


Huge box

Tadaaaa..... Olivia black.

Eh, ada lagi satu..? *wink*

Really nice.

Helena Rose... this one nice. Tantik, tite tuke... :))

Ready to go home.. 

Ok guys.
Penantian berakhir.
Cam lama kot menunggu... hahaha...

Last but not least, let me tell you, the leather smell is ohsem!



Nice huh..!!



Kembali bersiaran seperti dulu, insyaAllah.
Now dah December.
Kojap yoo kan..?
Masa berlalu begitu cepat.

So, sepanjang tahun ni, dlm lebih kurang 5 bulan la aku menjadi seorang pekerja yang sangat tak terurus.
Ye la, 5 bulan kot nak menunggu dapat pengganti NMI.
Segala kerja sume campak kat aku.
Ni dah nak sampai time for PRIME.
Prime ni cam penilaian kerja kita sepanjang tahun la.
Markah penuh 5, tapi adalah struggle nak mendapat 4 tu pun yolls.

Prime ni akan menentukan bonus & increament.
So, biasanya time2 prime ni, akan terjadi la perang2 dingin anak2 buah bersama bos2 memasing.
Termasuk la aku, tapi aku tak main la perang2 dingin ni.
Aku hantar bom terus. Huahahuahua…
Tapi itu kejadian 3-4 tahun lepas.
Now Alhamdulillah, better kot dari sebelum ledakan bom tu.
Boss lebih memahami kerja aku & lebih bijak menilai kerja2 aku.
Ahaks..!

Ok, so berapa ek aku letak for this year…?
Ok la kot… x letak tinggi pun.
Sebab, sendiri pun x puas hati dengan pencapaian sendiri, acaner nk letak lelebey..
And kata la kalo aku letak tinggi & approved, rasa cam not fair plak.
Keje sume biasa2 jer, tapi dapat 4 plus.

Yess, walaupun work load aku adalah super melambak utk 5 bulan tu, tapi ntah la…
Rasa cam tak puas dengan kerja2 aku tu.
Ye, mmg aku sorang yg buat, tapi buat setakat buat je la.
Takde la penambahbaikan dalam kerja2 aku tu.
So, tu pasal la rasa cam x syiok nk letak lelebey.
No no… Itu bukan hak aku.
Tak gamak kot nk ambik duit tu.
Just letak yang aku rasa berpatutan dengan kerja aku sepanjang tahun ni.
Biar tak banyak, asalkan berkat. :))

Keadaan huru hara & tak terurus aku tu dah pun berakhir.
Hehe… dah nak masuk 3 minggu kot.
Alhamdulillah, sume berjalan lancar.. smooth transition kata orang.
Yayyy!!

My new partner.. NJI. Dulu NMI. hehe...

Setel part tu.
Now mission utk clearkan tempat sendiri yang dah serupa cam kedai menjual barang2 terpakai.
Bila nak buat ek?
Last weekend x sempat, coz ada org kawen.
This week nak pegi Muar plak + percutian sehari di tengah2 kota.
Next week la kot..

Sape la aku nak mintak tolong ni eh..
Any volunteers?

My workplace

Lagi...

dan lagi....

dan lagi....


Ehmm.. really nice huh..??









Wednesday, November 14, 2012

Jom pi Putarajaya



Tajuk kemain kan.
Korang ingat sesuka ati je pegi Putrajaya ni?
Aku ada misi ke sini tau.

Seperti yang dijanjikan di n3 lepas, ni le susulan hari raptai pulok.
Cam biasa, kome nengok le gambo ye.
Nnti aku bercerita la sesikit kat gambo2 tu, k.
Moh kita mula..

Berkumpul dia auditorium sebelum bertolak ke Putrajaya

Ni la tuan pengurus pasukan.
Bercekak pinggang ko menunggu anak buah yg lmbt. Hehe..

Ok, sume dah ada.. Lets go bebeh!

Me with Hajah Ayu.
Cam nak pegi hantar rombongan pegi haji kan.
Cer tgk tudung hajah, labuh kemain.. haha..

Panggilan hajah ni ada kisahnya.
Kak ayu ni la, bila menari over yolls.
Orang kaki tutup rapat.
Dia bole lak berposing2 atas stage tu laksana show sendirik.
Tu yang cikgu aris spontan terus jerit..
"Hajah, jgn lupa diri hajah. Tutup kaki tu sikit."
Hahaha..

Sume tak melepaskan peluang bergambar dgn hajah.
Jgn lupa diri ye hajah.. ekekeke...

Haaa... dah ingat dah nama pianist ni. Siti namanya.
Siti with Aina, assistant cikgu syafie.

Aina memberikan komen tentang nyanyian kitorang dlm bas tu.
Kata dia, sedap kot dari kat auditorium.
Ater kalo gitu, bwk le bas tu naik ataih stage nnti. Bule??

Sampai suda... Tuan rumah sibuk membuat persiapan sblm menjelang hari esok.

Smile everyone.

Antara pesaing2 sihat kami. Hehe... 

Dah macam afundi lak kan. Memasing dok sms undi ke tu?

Me with my kembar. *kembar lah sangat*

Ok, next entry aii citer pasal hari langsung ye.
Haha… Dasat tak aii hari ni?
Sekali sampai 3 n3 aku balun.
Sempat je kot kan.
Kuikuikui..
Ntah ek, hari ni cam rasa lapang & tenang jer..
Tu yang rajin semangat kemain.

Minggu tu, 4 hari sederat aku tak masuk opis.
Isnin je keje.
Selasa-Rabu aku course.
Kamis dah raptai kat Putrajaya.
Jumaat hari langsung.
Yeehaa!!! Suka kot x keje.
Best best!

Btw, esok aii berpergian okeh.
Ke Utara plak kali ni.
Nnti kita update eh, apa yg best kat sana.

Ok guys, take care.
Ta-ta.





Catch-up time with BFF



Haha.. cam tak caye plak aku ada BFF.
Tapi apa2 pun, yezza, mmg dorang ni la diantara BFF aku.
Kawan dari zaman sekolah rendah.

Lama gilers kot x jumpa.
So, we decide nak jumpa sebelum Diana berlepas g obersi.
Kursus ko.. sampai ke obersi tu.

Walaupun hujan lebat selebat lebatnya mlm perjumpaan kitorang tu, tapi ianya tetap tidak mematahkan semangat yg berkobar2 ni.
Malam yang dijanjikan, aku pi amik Diana dulu.
Then janji ngan Maa jumpa kat Ayam Penyet Gombak tu je.

Kuyup si Maa tu. Lencun.
Merempit nek moto ngan en asben dia.
Diana ni jer yg masih single mingle.

Gambar x banyak la aku snap.
Coz asik sangat la berborak + gelak2 + gosip2.
Haha..
Best la. So, bile nak jumpa lagi nih??
Diana aku rasa dah balik sini kan??

Nampak nooo lama betul aku peram cite ni kan.
Org tu pegi smpai dah balik KL balik, n3 x sesiyap.
Wateva. Mak bz nok.

Ni la BFF kittew. Sayang korang!

Ni la Maa

Ni plak Diana

Maa kalo dh start bercerita, beriya-iya betul.. Haha..

Hari ni mmg aku makan besar la.
Lunch tadi dah la kuar makan ngan Cik Ta.
Mana lagi, tempat fevret kitorang la, ThaiBase.
Lemon ciken + udang mentega yang menggiurkan ittew.
Nyam2. Tgh taip ni pun terliur2 aku dibuatnya.
Hahaha.. memang dasar.
Tapis iyes beb, makanan kat situ mmg heaven la wa cakap lu.
Harga very affordable. Tak rugi.
Cer cuba, cer cuba.

Menu wajib kalo ke sini.. Aku la.. Org lain x tau la plak.

Lemon ciken yang maveles.

Udang mentega yg ohsem.

Kailan garlic yang super sedappp.

Tak sempat nak snap gambar Cik Ta.
Punya la teruja x sabar sangat nak makan.
Hahaha…

Ok, to my BFF, bebile kome2 free, tepon je la aku ye.
Kita pi makan2 lagi. :))
Aku nk bawak korang pi ThaiBase ni plak.
No worries, anak2 aku akan ku kautim ngan MP.
Tlg jaga anak2 jap, eh bah. Lebiu.


Ta-ta.