Thursday, September 20, 2012

Misi ke JPJ



Hari tu aii dh cite loan dah lulus kan?
So, masa untuk mendapatkan no plate yang chanteek.
Beli kete bukan nye setahun sekali *aku la.. bukan nye kaya tahap dewa nk beli kete tetiap tahun*
So, moh kita ke JPJ.

Pepagi dinihari aku dh bertenggek kat atas moto.
Seawal kul 7:10 pagi kot kuar rumah.
Jalan kat KL ni, start kul 7 pagi dah jem.
Nice huh??

Seb baik la aii nek moto.
Kul 7:30 dah sampai Maju Junction.
Gigih naik lif ke tingkat 3 kot.

Borang aku dh sesiap isi.
Download je kat website JPJ tu.

Untuk korang yang bercita2 nak beli plate number, pegi la pagi2.
Senang, takde orang.
Aman damai, tenteram je rasa.

Kul 7:45 pagi aku sampai sana.
Amik nombor giliran, kejap je dah dipanggil.
Kul 8 pagi, dah selesai urusan.
Prosedur yang sangat senang.

So, tips untuk korang yang nak beli plate no.
Tak kisah la untuk moto ke, kete ke, lori pun boley..

1.            Dapatkan borang M.V. 10A kat website JPJ tu.
2.            Buat sesalinan IC & lesen memandu.
3.            Sesiap la list kan nombor apa yang korang nak beli tu.
4.            Pegi JPJ, amik nombor giliran.
5.            Sediakan bayaran RM10 untuk bayaran perkhidmatan.
6.            Kat sana ada screen besar, korang tgk la no apa yg tengah running.
7.            Sediakan bayaran RM200 untuk running number – Maksudnye, kata lah masa korang pegi JPJ tu, running number dia 3000-6000. No yang korang nak tu kata la 4684. So, bayaran yang dikenakan untuk nombor tu adalah RM200.
8.            Jika sekiranya korang nk beli nombor 6846, ianya bukan lah running number. Maka korang kena bayar extra RM100 kot (yg ni aku tak berapa sure, sbb aku amik running number aritu).
9.            Total yang perlu dibayar adalah RM210 (plus RM10 bayaran perkhidmatan)
10.         Tunggu makcik kaunter tu print resit & bole la bagi resit tu kat car dealer korang.

Nombor tu boley digunakan dalam masa 30 hari saje ye..
Maka, elok la kome2 tunggu loan approve dulu, baru ke JPJ ye.
Harap maklum.


C..C.. kul 7:56 dah selesai... No plate idaman korang akan tertera kat ataih tu ye..
Sila cek sebelum beredar.

Bagi resit & borang M.V.10A ni kat car dealer.

Selesai sume, tunggu je la kete korang kuar sehari dua lagi.
So, selamat melaram & enjoice ngan kete baru.
Lalalalalalala….

Amacam, senang kan?








No comments:

Post a Comment