Wednesday, May 30, 2012

Bilaaa la plak giliran aku, eh..??



Sayonara, gudlak, oldebes…
Sume tu adalah kata2 yg ku tujukan kpd rakan seperjungan kat dept… 
a.k.a NMI a.k.a kak shida.
Nak pindah dah ye… *sob sob*
Nek pangkat u olls…
Mak je yg maseh setia kat sini… *lap aimata*

So, smalam satu dept pi la makan2 kat Bumbu Desa @ Curve.
Meraikan kenaikan pangkat NMI ni.. *bukan meraikan kepergian akak taw*
Siap la beli kek segala.
Ekceli kek tu utk belated besday FML jugak.
Dah alang2, kita wat farewell cake gak la.. 2 dlm 1.


Bersama yang dirai kan... 

Tokey kek adalah CJ.
Baik hokkay mamat nih.
Sgt suka bantu membantu.
Dia la yg akan volunteer kalo kitorang ada sebarang kesulitan.

Mcm kes ni, sape yg nk pi beli kek.
Then cepat2 dia menawarkan diri.
I boleh pegi ambil & orderkan..
Haaa… tak cukup baik ke camtu.

Kek tanak kalah.. nak yg sedap jer..
So, dia tlg call kan BR outlet yg kat Bangsar tu.
Katanya situ yg paling dekat..
So, otw ke Curve nnti, bole la singgah amik.

Aku pun memula cam pelik, tak kan la BR xde kat area Curve tu?
Dgn kondipen ye dia menjawap, xde lorrr…
One Utama ada, Curve takde.
Ok, nemai…
Oder je la kat Curve tu.
Memandangkan dia yg akan drive, so aku ok je la kalo kat Bangsar pun.

10 minit selepas order… dia masih lagi membelek2 website BR tu.
Geswattt???? Jeng jeng jeng..

CJ:     Lin, ayooo ada outlet la kat Curve. Saya tak perasan tadi. I ingat benda ni tak boleh scroll down.
Me:    Haha…. Kan I dah ckp kat u. Takkan la xde kat Curve. Ok nemai, call balik Bangsar tu, kata kensel la.
CJ:     Ya hoh.. *terus la pakcik ni call taim2 tu gak* tapi…. Tak boleh lorr… dia sudah tulis.. (dah tulis atas kek tu la)
Me :   Hurm.. xpe la.. kita pegi je la amik nnti.
CJ :    *angguk2 pala dgn penuh rasa bersalah*

Hahah… lawak kan dia ni.

The best part... BR kat Curve tu adalah selang 1 kedai je ngan Bumbu Desa ni..
Boleyyy?
Pitam jap aku kat situ.. *rasa nak tikam dada bertubi tubi*

Ini la kek penceria suasana

Ok, so kitorang sampai kat Curve tu lambat skit la.
Semua2 dah sampai dulu.
Ni yang tak suka bila sampai lambat.
Seat kita akan diaturkan oleh orang lain.
Tak boley pilih sendiri.
Ye la, sume dah amik spot yg best2.
Mencik mencik mencik!!

Aku dah aim dok tepiiii skali.
Ada 2 seat kosong kt situ.
Ok latuh, utk aku & NMI.. cun cun..

Tapi, baru je tarik kosi, ada plak yg bersuara..
NMI, dok la sini… *centre table, hokkay*
Muka NMI dah macam.. erkkkk, perlu ke, perlu ke ?
Hahha…
Aku tetap la tarik kosi tepi tu.

Nak taknak gagah gak la NMI pegi dok kt tetengah tu.
TAPI… diseretnye aku sekali.
Kekdahnye… dengan menggunakan signal mata kelip2 & mulut kumat kamit + moncong2…
Aku pun pi la.. x sampai hati nk bior dia sensorang di sittew.
Auuww.. aii kan rakan yang perihatin.. hahaha..
Akan ku tempuh bersama, gitu.. J

Ok, aku oder es kelapa bulat *tak igt nama sebenar dia*
Lauk plak.. banyak giler kot dorang oder.
For me, takde la sedap sangat foods kat situ.
Ok la… tapi takde la sampai ko akan datang lagi semata2 nak makan kt situ.
Tu pada aku la.
So so je…


Komdian, ada sorang waiter tu, muka semedang masam mencuka.
Tapi pakai badge button.. ‘MURAH SENYUM’.
Sangat la tak seswai taww.
Pastu dah la paksa2 kitorang soh oder cecepat.
Dah la nama makanan & minuman ko tu sume cam pelik2 di pendengaran aku kan,
so, stended la aku belek2 dulu sebelum order.
Sengal hokkay.
Me not looiike.

Ni la dia gerangan nye..
waiter yg masam mencuka tu... 

So, makan2 sambil sembang2.
Posing2 la bagai kan.
Sakan betul ambik2 gambor.
Mcm la nak pegi jauh nooo, khenn..
Wateva.


Siyap makan, masa utk meniup lilin plak.
Lambat betul kek tu kuar.
Kitorang tumpang kek tu dlm peti ais dorang.
So, bila sume dah ready, soh la kuarkan kek tu.
Ada la 15 minit kot menunggu, baru la sampai kek nye.
Aku dari jauh dah nampak bdk tu bwk kek, alih2 dia masuk balik.
Malu ke hapa ke, tak tau la..

Komdian, nyanyi2 bergumbira & potong2 kek.
Kul 2.30 baru memasing jumpa jalan pulang.
Sampai opis kul 3, boleyyy ??
Haha.. boley la..
Memasing pun wat tak tau je, ye la.. boss besar ada skali kan.
So, ok la tuh. Ngeh3.. *sangat mengambil kesempatan taw u olls*

Besday gurl & NMI

EDITED:  Nampak tak BR kat blkg CJ tu?? Saaaakit ati *gaya ropie*


Meh nak stori skit, NMI ni adalah partner yang dok sebelah haku.
Ekceli, ni partner aku yg ke-4 taw.
Sume yg dok situ, silih berganti.
Aku je yg masih kekal kaku di sittew.
Uwaaa…

So, lepas2 ni… kalo ada event kat dept, harus la aku memalaskan diri utk join.
Boleyy??
Ntah.. cam tak bole masukkk je la.
Dulu ada partner, bole la kitorang gagah kan gak la.
Aii tengok u, u tgk aii, khennn...
Laaa ni… vavai.
Korang tak invite pun, hakak tak kecik ati u ollss… *erkk, nak ke korang invite aii. Ferasan sungguh*

Weee.. bersama kwn2 se dept yg mengambil bahgian.. :))

Niway, selamat maju jaya la ye kak.
Jangan lah lupakan kami.
Ada kekosongan kat sana, halo halo la aii di sini.. *agagaga*

Sebelum balik, posing2 dulu.
Gambar ataih: RMK-Me-NMI-CJ  yg baik hati ittew *FML jadi photog*

Korang rasa, sape gaknye calon yg seswai & bertuah yang akan menggantikan tempat NMI?
Jangan la lama2 sangat post tu kosong.
Sangap aku dibuatnye.. *menadah tangan sambil mendongak ke atassss*




Majlis Pertunangan Ina *..lagi ??*



Fuuhh.. mencabar betul nak menyiapkan n3 nih.
Lama betul ku peram.
Niway, siyap sudahhh... yayy!! :))


Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis pertunangan Ina & pilihan hatinya, en Ejan.
Tema majlis kali ni adalah biru putih.. 

Apa ek nak bagi ina ni ?
Coklat – x ley, nnti cair.
Parfume – pun x ley, sbb nnti aii beli bau yg aii suka. So, jadi taste aii plak kan nnti.
Kasut, baju - No no… x seswai.
Ehmm.. sudahnya aku decide bagi kek je la.
Senang kojer..
Cam biasa, ofkos la dari si pembuat kek yang super gojes ittew.. :)

Hantaran cam biasa la kan.
Diserahkan kpd meknon yang mmg pakar & super kreatif.
Hantaran kali ni 9 dulang.
Wahh… kali ni okay katanya…
Macam la ada lain kali, kheennn… kihkihkih..

Majlis bertunang berlangsung lepas zohor.
Dalam kul 2.30 camtu kot pihak lelaki sampai.

Dari Rawang ke SR.. jauh tul perjalanannya..


Ohsem, huh!

Santik khennn.??!!

Dalam episod pertama, kan kitorang sume balik rumah meknon bersiap2 kan, skali lambat sampai da…
Aku, angah & MP.
Mama, wok & meknon dah pegi dulu.
Taim kitorang sampai, rumah penantin dah penuh dengan kerabat pihak lelaki.
Aku & angah apa lagi, masuk kot pintu blkg la.


Camaner la tak lambat, siap bole pegi kedai dulu tapau teh o ais.
Panas giler kot hari tu.
Tekak aku asik kehausan jek.
MP asik la berkicau kat tinge aku soh minum air masak je.
Tak elok minum air manis2 mi, katanya.
Haus2 ni minum la air masak *Ye kanda, kan dinda minum gak air masak tu. Tapi sbb hari ni panasss sgt, dinda tingin nak minum teh o aissss. Pelis pelis pelizzzzzzz..*
So, MP pun layan kan je la… *bebel2 pun dia singgah gak kedai tapaukan teh o aissss tu. Hehe… lap u la yg!*

Okkay, sampai2 je aku terus terjah bilik pantin.
Wahh, tgk ina dah ready + neves sesikit.
Biasa arr, aku pun penah melalui detik2 manis ittew.. *sambil kelip mata laju2*
Aku pun saje je acah2 dia..

Me :   Jap lg ko kena kuar tau, na.
Her :  Isshhhkk, tanak la kak long. Tak moh tak moh tak moh… *sambil geleng pala x benti*
Me:    Iye, mana ada org sarung cincin dlm bilik dah skang. Sume kena kuar.
Her:   Takpe takpe, dah ckp ngan en tunang… takmoh kuar2. Nanti soh mak dia masuk sarung cincin kt bilik jer.
Me:    Wahh.. kondifen eh ko.. ok, wait & see.
Her:   *masih menggeleng2 kan kapla…* hahaa…

Sebelum bergelar tunangan orang..

Pastu kitorang bersuka ria kat dalam bilik pantin tu.
Amik2 gambo bagai.
Pastu tgk gambo balik, gelak2.
Dah la bilik pantin sebelah ngan hall.
Yang angah & wok gelak tak cover2.
Pantin pun sama, tak cover2 langsung.
Sengal.

Mana satu pantin nye nih? wateva... Dua2 pun sama jer..
tetap ada word LAGI kt blakang tu.. majlis tunang @kahwin... LAGIIII..
Tapi.. erkk.. sila abaikan yang tudung biru tu.. ngeh3


Sedang enak bersosial kat dlm bilik, tertiba terdengar sore memanggil2…
“Mana pantin? Soh keluar la… Orang nak sarung cincin nih.”

Hahaha… c c.. I told u.
Mana ada sarung cincin dlm bilik dah laa ni.
Skang trend kat luar je.
Senang, sume org bole tgk.

Yang ina dah macam..
“eh kak long, betul ke ni ?? alamak…” *sambil tarik2 napas*
Lek la na.. pegi je.. *wahh, cer kalo kena kat haku? Mau kaku di sittew*

Apa2 pun, acara menyarung cincin berakhir dgn jayanya.
Syabbash tolin.. *oppss, terkeluar plak nama manja. Ahaks*



So, hasil perbincangan tadi, aku rumuskan je la eh.
Majlis akad nikah akan di langsungkan pada 20-12-2012 *cantik kan date tu. Me looiike*
Majlis reception belah pompuan pada 22-12-2012.
Majlis belah lelaki plak pada 23-12-2012.
InsyaAllah.
Mudah2an dipermudahkan semua urusan2 bakal mempelai ni.

Sementara tetamu sume sedang menjamu selera, mari kita berposing2.
Lepas ni nak kena bersiap utk majlis keduri doa selamat plak mlm ni.
So, sila layan je la gambar2 ni super cun ni ye.
Hehe..

Keluarga Mak Ngah

Adun SR turut meluangkan masa menghadiri majlis bersama isteri tersayang.. :))
Mementang la nk pilihanraya.. Peace yooo!

Rasmi sudah menjadi tunangan owang.. ceaa..

Ragam si Zara



Yasmin.. satu2 nya gambar yang ada..

Ok, selesai part bertunang… lagi. *hahaha*
Now, berlangsungnya majlis kenduri plak.
Aku kan tak attend majlis ni.
So, gambar amik frm camera mek je la.

Alhamdulillah.
Majlis semua berjalan lancar.
Masalah kecik2 tu biasa la..
Berehh..

Yang pegi yaasinan ni mama & meknon je.
Moksu & busu sume pegi la.
Angah & adik pegi lambat skit.
Kul 10 kot baru dorang sampai rumah makngah.
Tu namanya datang utk mengisi tangki *sebut perut* masing2 jer, hokkay.

MP & cik Is ntah ek.
Pegi ke tak??
Aku rasa tak pegi kot.
Cuma dorang kuar kejap la pi hantar angah ke rumah makngah.

Dlm episod pertama tu kan aku dh cite, aku adalah sangat mengantuk.
So, charge betri utk nak pegi benut mlm kang.
Haha.. buruk tul pangai.
Ok, wateva.

So, layan pic kenduri plak eh..
Erkk.. nak layan cemaner.. gambo x banyak la...
apa yang ada je la eh..


Penat betul mokcik tu.. sampai belunjur2 kaki haa.... :))


Itu la saje laporan dari SR.
But sebelum tu.. 
Utk Ina & family.
Tahniah ye atas pertunangan ni.
InsyaAllah, lepas ni angah & mek plak menyusul…. *senyum meleret2 sampai ke dahi. Cer buat, cer buat..*
Amin.



Monday, May 28, 2012

Berbudi pada tanah





Nampak tak, nampak tak ???
Hehe.. meloyot2 kan buah2 mangga tu..
Ni la pokok mangga kat rumah kittew.. *ayat mintak lempangs*

So, hari sabtu ritu xtvt menuai hasil tanaman pun berlangsung.
Dapat lah ku petik 2 bijik buah mangga tu..
Eh.. bukan aku.. MP yg petik.
Yang lelain tu belum tiba masa lagi.
2-3 mggu lagi, ok la kot.

Ekceli pokok mangga tu dah berbunga & berbuah berkali2.
Tapi tetap lah bukan rezeki aku nak merasa buah2 mangga tu.
Sebab, tetiap kali berbuah, jgn harap la buah tu akan membesar dgn jayanya.
Memang la tak berjaya.
Masa nak gi keje ku tgk buah tu ada lg.
Taim balik.. aikkk, hilangggg…
Sabo je la… 

Bila balik tgk mangga dah hilang, aku dah naik seh la.. *sebut mengamuk*
Ye la kan, bertahun menunggu pokok tu berbuah oooii..
Tetiba, dicantas oleh org2 yang tak berhati perut.
Mau mak tak sentaps u olls ?
Mujur ada MP menenangkan mak.. 
Akhirnya, merasa jugak memetik buah2an di halaman sendiri..
Eh, belum rasa lagi.. tgh peram mangga tu.. :))



Pagi menebas blkg rumah.
Cam dah merimbun sangat ku nengok pokok lengkuas tu.
So, ku tebasss.
Bila la nak mengorek lengkuas2 tu gaknye.
Asik xde masa je la.. huih..

Pokok limau purut pun dah bercabang2 sangat.
So, aku cantas jugak.
Daun limau purut tu bole bawak ke kantin.
Free je aku kasi.


Pokok belimbing buluh pun dah mengeluarkan hasil.
Belimbing buluh ni baru 1st taim berbuah.
Yayyy.. suka suka.. :)))
Walaupun baru berputik 2 biji.. *bukan 2 gugus ye*
Tu yg eksaited lebey… haha.. 2 biji pun 2 biji la..
Ok la tuh… Ko ada??


Ni plak, anak2 yang kepenatan menuai hasil.
Anak2 ni plak hasil penat lelah aku & MP.. *agagaga*


Ok, kang kalo berhasil lagi, aku hapdet yeah...
Tgh gigih berusaha skang nih.. *sambil lap2 peluh* :P

Ta-ta. 

Friday, May 25, 2012

Penetapan Hari Kawen


  
“Salam, jemput sume dtg rmh mak lps maghrib esok, nk bincang pasal hari kawen kojo. Harap sume dpt hadir. Mkn malam ditanggung beresss..” – sms dari mak mentua ku.

Maka, esok nye pun berpusu2 la kitorang ke rmh mak.
Ekceli, the planning for majlis kahwin ni adalah in Jun yaitu bln depan.
Tapi oleh kerana ada masalah teknikal here & there, then kita bincang utk pospon.
But, nk pospon ke bile??
Sumenye akan terjawab mlm ni… J

Menu malam ni, mak masak mee kari & soto.
Besttt..
Tapi, MP plak demam. Hurmm…
Sila tgk je la org mkn ye, yg…

Kitorang adalah org yang terakhir sampai.
Kakak & eda sume dah ada.
Mak ngah MP pun ada skali.
Lama dah x jumpa mak ngah.
Padahal bukan dok jauh pun.. selang beberapa taman jer..

Acara dimulakan dengan ucapan alu2an oleh pengerusi mejlis a.k.a tok j *sebut pak mentua aku*
Pastu kojo plak bg sepatah dua kata.. ceaa..
For info, kojo ni adik MP yg nombor 5.
Atas2 kojo tu sume dah kawen.
Tinggal jaz sorang je la pun yg x abis skolah lg.

So, ni la conclusion drpd apa yg telah dibincangkan.
Akad nikah: Pagi, 8 September 2012 (Sabtu)
Reception pompuan: 8 September 2012 (Sabtu)
Reception kitorang: 9 September 2012 (Ahad)
Majlis akan di adakan di dewan.
So, tak de la fening fala nk kemas rumah sume.

Katering pun dah decide nak amik sape.
Deposit pun dh bayar utk secure date.
Door gift utk tetamu sume settled.
Hantaran & mak/pak andam pun bereh.

Now, pembahagian2 tugas *sebut sponsor* plak.
Kakak sponsor AV
Eda plak bunga pahar
Abg ajul kompang
Me & MP… goodies utk kanak2.

Tema pengantin: Hijau + Putih
Gadis bunge: Yasmin, Zeti & Izzah *zeti & izzah tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari mak masing2. Bole ke anak aku dok dendiam atas stage nnti? Haha…*

Let’s cerita pasal part aku.
Gudis utk kanak2 riang tu kan.
In my mind…. mcm dah ada kot apa yg aku nk bagi.
Tapi, rasa nak cari idea yang lagi best.
Plus memorable.. kihkihkih…

Aku ingat nak bagi biskut gula ponjot warna warni tu.
Letak dalam bekas yg clear..
So akan nmpk la nnti kewarna warnian yg ceria tu kan..
I think it’s nice enough for kids.
Tapi masalahnye, mana aku nk carik bekas clear tu eh?
Kalo nk bg kaca, cam x seswai la plak.
Nk bg utk bdk2 je pun.
Tapi kalo bg yg plastik, takut lemau la plak…
Hurmm.. ok takpe, tu nnti bole tya en google.


Gini le ghupanya ye.. comey je kan?? me loooikee.. :)


Tetiba....
Plotak aku gatal nak carik yang lebih special & sweet.
So, i'm thingking to give the kids helium balloons & chocolates.
Cool, huh??
Aku dah dapat bayangkan kat blkg tempat door gift tu nnti, akan ada la belon2 helium ni as a backdrop.
Cun woooo... *tersengeh2 sampai tinge*
Lagipun wat kat dewan kan, so seswai la kot.
Kalo kat rumah, lupakaaaan je la..
Hari panas2 tu apa kejadahnya nk berbelon2 bagai kan.
Mau meletop, hah... kerugian modal aii di sittew..

TAPIIII, when comes to the budget… errkkk rasanya bagi biskut wana wani je la kot.
Hahahha…
Angan2 kemain tinggi melangit.
Nak special la, memorable la, khennnn…
end up.. hampeh.
Ok, tak salah kan verangans.
Doa2 kan la… mana lah tau kot tetiba ada rezeki terpijak.
Then bole la aii merealisasikan hasrat nak belon segala tu..

Ekceli, aku rasa ok je kot.
Sebiji belon tu rm2.
Kalikan dengan 300 biji.
Ko akan dapat rm600.
Pastu aii nak oder coklat wrapper mengikut tema.
Wahh.. kat situ je dah berapa kan.
Belum campur beli coklat lagi.
Kalo sekali pikir, aku jalan jer… tutup mata.
Tapi bila pikir berkali2, tu yg jadi lain.
Cam, watpe nak membazir kan.
Baik duit tu aku tlg part mana2 yg x setel lagi ke..
Korang rasa cemana?? Ok ke??
Ataupun itu hanya lah napsu semata???
tapi aku sukaaa....
Rasa puas bile tgk muka bdk2 tu nnti eksaited & happy...
Best nye perasaan tu... hehe..

Ok, part gudis lom settle lg kan, plotak aku dah memikiorkan design dress utk anak2 dara gadis bunga tu.. *pun dah ada in mind.. J*
Aii kan multi tasking.
Lapan belas keje dlm satu masa.. berehhh.. *pose gigit jari*
Mmg saje kan… Gaaatals ! *kalo MP tau ni, mau bedondang sayang kt tinge aii*
As usual, anak2 la yang akan melaram sakan nnti.
Tapi, Kojo dah bagi kain untuk warga2 ibu.
So, pandai2 la nak wat baju kurung ke, pesen ke, kebaya ke…
Sukati korang la katanya.
Haha.. Cuma warga2 bapa, kena carik sindrik la ye.
Harap maklum.

Tu belum lagi aku verangans nk buat button badge.
Erkk.. nak ke mak & pak mentua aku pakai ek?
Hahaha…
Mgkin x yah kot.
Plus kitorang pun dah sumenye sedondon.
Button badge tu utk org yang ramai kaum kerabat, yg akan parah kalo nak sponsor baju sedondon ni kan.
So, seswai la wat button badge tu.
Kalo kitorang takat 5-6 kerat ni, plus baju setema, kejadahnye kan nk berbutton badge bagai.

Tapi ok je kot.
Ala dia mcm ala2 bunga penaggah la...
Kalo nak buat pun cool gak… sesaje je kan.
Nampak cam suwiiit je.
Takde la org ter tya2 mana satu mak pengantin, mana satu ayah pengantin.
We olls & mak kan nampak cam sebaya2 jer gitu, khennnn..
So, kalo ada button badge, terjawap sudah soklan di minda tetamu.
Hahaha… mmg aku ni over *ye, saya sangat sedar diri*
U olls nak tak??? Kakak, Eda, Kojo??
Kalo nak, cam biasa.. hakak ni sponsor.. *sambil kelip mata lelaju*
Tapi jangan bitau MP *sambil geleng pala lelaju*

Cool kan?? -pic credit to PreetyLittleBadges-

Pic from en google

Pasal gudis tu.. hurmmm..
Ntah la ek.
Belon ke biskut, belon ke biskut ??
Tgk le camana nnti.
Ilham tok mari lagi…

Ok, will update later.
Ta-ta.

Tuesday, May 22, 2012

Ntah la.. tak tau nak letak tajuk apa.



Hari ini adalah hari lemau sedunia.
Hadooyaii….
N3 ina bertunang dah lama dok dlm draft.
Tapi malasnye la aku nk watermark gambar bagai.
Apa la nak jadi kan… kuikui…

Oleh kerana hari ni adalah hari kemalasan aku bermaharajalela, maka aku just taip2 je la eh.. no gambar2 penceria suasana.
Hari ni nak cite pasal kenduri.

Salu penah gak aku dengar majlis2 orang yang tak menjadi.
Majlis yg di'sabotaj'.
Just wanna share kejadian yg pernah aku alami sendiri.

Ekceli, aku pun tak tau la nak cite cemana.
But.. ok, aku cite la skit2.
Ambik ni sebagai iktibar, ye.
Bukan nak mengaibkan sesape.

Kan biasa org buat majlis 2 dlm 1 *cam pagi wat cukur jambul & ptg wat besday, hari yg sama*
So, kebiasaan nye lauk2 sume tu masak sekali je la kan.
Majlis pagi & ptg menu yang sama.
Tak payah la nak masak 2 kali kan, masak utk t/hari & ptg.
Sama la jugak dengan tuan rumah ni.
Menunya nasi putih, ayam masak merah, ayam masak kicap, sayur sambal goreng.
Pastu kuih muih la.

Start masak dalam kul 8-9 pagi kot.
Gitu la.
Geswat, dalam kul 2 ptg camtu, sume lauk basi.
Hamagad.
Lauk2 tu sume x pakai santan hokkay !
Sume berasakan goreng2 + tumis2 jer.
Pastu dengan nasi yang mentah.
Giler !

Lauk ayam tu ada setengah piok lagi, okkay.
Tapi ayam nya dah rasa lembik tau.
Tah, tak tau la camaner.
Sambal goreng tu pun sama.
Padahal kalo raya kita masak, boleh je tahan sampai esok pagi.
But, ok la.. mungkin ada yang cekut2 pakai tangan kot lauk dalam piok2 tu *berfikir menggunakan akal waras ku*.
So, saya terima alasan ittew.

Ofkos la ayam & lauk2 tu tak boley dimakan kan.
So, misi memasak lagi sekali.
Menu yang sama.
Kalo nak masak ayam masak merah & masak kicap, ayam tu haruslah digoreng dulu kan?
Kali ni, ayam yang digoreng2 tu tak garing2.
Boleeeyy??? Camner tuh??
Korang pikir??? Keee.. aku sorang yang terpikir benda bukan2 tuh.
Hurmmm…

Ok, habis part lauk.
Tang nasik ni plak… tak boley blah kot.
Nasik mentah.
Pagi tu masak nasi penuh 1 piok.
Penuh sangat2.
So, mungkin la sebab penuh + air tak cukup agaknye.
Fine.

Lepas majlis doa selamat, masak lagi skali utk tetamu besday.
Kali ni masak separuh piok & lebihkan air.
Geswat ???
Nasi masih mentah, hokkay !!!!
Sejurus lepas nasi tu masak, dorang kacau2 la nak tgk keadaan nasik tu.
Katanya nasik lembik sikit.
Ok la, better then tak masak kan.
Tutup la balik piok tu.
Nak bagi dia tanak.

Taim nak transfer ke dlm bekas nasik, hamagadd.
Nasik mentah beb.
Again.
Tak ke gile.
Tak munasabah munasarawak kaannn??
Taim ni kat plotak aku dh berfikir yg bukan2 dah.
SMI la kan.

Part yang paling best, kuih muih & kek span tu pun bole basi *kek yg org bagi2 utk pencuci mulut tu. Bukan la kek besday*.
Kek span je, hokkay.
Bukan nye cheese or samting.
Even kalo cheese sekalipun, tahan je kot aku rasa kalo sehari dua.
Kuih muih sume gone!
Shit!
Walaupun aku xde masa taim masak memasak tu, tapi bila dorang postmortem, aku dah macam… F*KKK!!! *bila berfikir menggunakan akal yang kurang waras. Sila jgn ikut*

Astagfirullahalazim.
Tak baik tak baik.
Segala yang baik datangnye dari Allah swt.
Segala yang kurang sempurna adalah dari kita.

Takpela, ni sume dugaan Allah.
Take it positively *ishh2, bole ke ?? w/pun keraguan tetap bermaharajalela di dlm minda*

Bak kata sorang mokcik tu, takpe la..
Mungkin ada salah silap kita pada DIA.
So, dia turunkan peingatan dalam bentuk camtu.
Sebagai hambanya, kita terima dgn redha & perbaiki diri.
And yang paling penting, ni adalah tanda dia sayang kat kittew. *sob sob… tertouching tau*
Bila mokcik tu cakap camtu, aku terinsaf seketika *lap aimata*
Ye, betul la tu.

So, plsss…. Jgn pikir yang bukan2.
If betul pun yang bukan2 tu adalah benar, moga2 diberi petunjuk & hidayah Allah.
Doakan yang terbaik untuk sume.

Assalamualaikum.