Wednesday, November 14, 2012

Jom pi Putarajaya



Tajuk kemain kan.
Korang ingat sesuka ati je pegi Putrajaya ni?
Aku ada misi ke sini tau.

Seperti yang dijanjikan di n3 lepas, ni le susulan hari raptai pulok.
Cam biasa, kome nengok le gambo ye.
Nnti aku bercerita la sesikit kat gambo2 tu, k.
Moh kita mula..

Berkumpul dia auditorium sebelum bertolak ke Putrajaya

Ni la tuan pengurus pasukan.
Bercekak pinggang ko menunggu anak buah yg lmbt. Hehe..

Ok, sume dah ada.. Lets go bebeh!

Me with Hajah Ayu.
Cam nak pegi hantar rombongan pegi haji kan.
Cer tgk tudung hajah, labuh kemain.. haha..

Panggilan hajah ni ada kisahnya.
Kak ayu ni la, bila menari over yolls.
Orang kaki tutup rapat.
Dia bole lak berposing2 atas stage tu laksana show sendirik.
Tu yang cikgu aris spontan terus jerit..
"Hajah, jgn lupa diri hajah. Tutup kaki tu sikit."
Hahaha..

Sume tak melepaskan peluang bergambar dgn hajah.
Jgn lupa diri ye hajah.. ekekeke...

Haaa... dah ingat dah nama pianist ni. Siti namanya.
Siti with Aina, assistant cikgu syafie.

Aina memberikan komen tentang nyanyian kitorang dlm bas tu.
Kata dia, sedap kot dari kat auditorium.
Ater kalo gitu, bwk le bas tu naik ataih stage nnti. Bule??

Sampai suda... Tuan rumah sibuk membuat persiapan sblm menjelang hari esok.

Smile everyone.

Antara pesaing2 sihat kami. Hehe... 

Dah macam afundi lak kan. Memasing dok sms undi ke tu?

Me with my kembar. *kembar lah sangat*

Ok, next entry aii citer pasal hari langsung ye.
Haha… Dasat tak aii hari ni?
Sekali sampai 3 n3 aku balun.
Sempat je kot kan.
Kuikuikui..
Ntah ek, hari ni cam rasa lapang & tenang jer..
Tu yang rajin semangat kemain.

Minggu tu, 4 hari sederat aku tak masuk opis.
Isnin je keje.
Selasa-Rabu aku course.
Kamis dah raptai kat Putrajaya.
Jumaat hari langsung.
Yeehaa!!! Suka kot x keje.
Best best!

Btw, esok aii berpergian okeh.
Ke Utara plak kali ni.
Nnti kita update eh, apa yg best kat sana.

Ok guys, take care.
Ta-ta.





Catch-up time with BFF



Haha.. cam tak caye plak aku ada BFF.
Tapi apa2 pun, yezza, mmg dorang ni la diantara BFF aku.
Kawan dari zaman sekolah rendah.

Lama gilers kot x jumpa.
So, we decide nak jumpa sebelum Diana berlepas g obersi.
Kursus ko.. sampai ke obersi tu.

Walaupun hujan lebat selebat lebatnya mlm perjumpaan kitorang tu, tapi ianya tetap tidak mematahkan semangat yg berkobar2 ni.
Malam yang dijanjikan, aku pi amik Diana dulu.
Then janji ngan Maa jumpa kat Ayam Penyet Gombak tu je.

Kuyup si Maa tu. Lencun.
Merempit nek moto ngan en asben dia.
Diana ni jer yg masih single mingle.

Gambar x banyak la aku snap.
Coz asik sangat la berborak + gelak2 + gosip2.
Haha..
Best la. So, bile nak jumpa lagi nih??
Diana aku rasa dah balik sini kan??

Nampak nooo lama betul aku peram cite ni kan.
Org tu pegi smpai dah balik KL balik, n3 x sesiyap.
Wateva. Mak bz nok.

Ni la BFF kittew. Sayang korang!

Ni la Maa

Ni plak Diana

Maa kalo dh start bercerita, beriya-iya betul.. Haha..

Hari ni mmg aku makan besar la.
Lunch tadi dah la kuar makan ngan Cik Ta.
Mana lagi, tempat fevret kitorang la, ThaiBase.
Lemon ciken + udang mentega yang menggiurkan ittew.
Nyam2. Tgh taip ni pun terliur2 aku dibuatnya.
Hahaha.. memang dasar.
Tapis iyes beb, makanan kat situ mmg heaven la wa cakap lu.
Harga very affordable. Tak rugi.
Cer cuba, cer cuba.

Menu wajib kalo ke sini.. Aku la.. Org lain x tau la plak.

Lemon ciken yang maveles.

Udang mentega yg ohsem.

Kailan garlic yang super sedappp.

Tak sempat nak snap gambar Cik Ta.
Punya la teruja x sabar sangat nak makan.
Hahaha…

Ok, to my BFF, bebile kome2 free, tepon je la aku ye.
Kita pi makan2 lagi. :))
Aku nk bawak korang pi ThaiBase ni plak.
No worries, anak2 aku akan ku kautim ngan MP.
Tlg jaga anak2 jap, eh bah. Lebiu.


Ta-ta.



Training Time!



Salam yolls.
Haha… kembali bersiaran, walaupun siaran ini adalah tertunda, ye.
Harap maklum.

Okeh, kali ni nk bercerita pasal koir inovasi.
Aii masuk koir yolls. Jangan x caye.
Bakat terpendam yg dah lama terendam.
Memang memula dh kuar kat EP tu, kata audition akan diadakan.
So, sesape yg berminat utk menyertai group koir ni, adalah amat dialu2kan.

Jauh disudut hati ku, mmg la macam tingin je nak masuk.
Tambah2 lps dah lama sangat tak bersosial camni ngan kengkawan.
Lepas bersalin kan Yasmin, aku dh terus stop utk xtvt2 camni.
Ok fine, lupakan je la.

Seminggu 2 minggu berlalu, tup2 kak ayu ST aii.
Katanya..

Her:   Lin, jom join koir. Tak cukup org la..
Me:    Errkk, bole lagi ke? Tanak arr, nnti kena g audition segala tu.
Her:   Tak payah, ko masuk je group kak ayu.
Me:    Ok kot, tapi jap, tya MP dulu.

Then email MP.
Tajuk email to MP: PLS SAY YESS!!!
Hahah… Motip: Tanak dengar lain selain yes taw.
And gotta green lite from him.
Yayy!!

Me:    Ok kak, MP kata ok.
Her:   Kak ayu dh tau dah. Laki ko tu sama je ngan laki aku. Sayang bini!
Me:    Hahahaha..

Well, mmg betul pun. *kan abah kan? Sambil kelip2 mata laju2*

So, bermula la kehidupan sebagai artis. *retis lah sangat*
Seminggu lebih je kot aku berlatih bagai.
Tu pun dari pukul 5-7mlm.
Tolak cuti raya haji lagi.
Wahh.. best!

Korang layan gambar je la eh..
Nnti aii describe sesikit kat gambo2 tu.
Maleh nak menaip benornye.

Group Suprano. Gaya nyanyi dah mcm Suparno, okeh.

Mak Hajah Ayu - org yg bertanggungjawab
menyeret aku ke lembah nyanyian ini.
Hahaha.. Jgn lupa diri hajah.

Memperkenalkan tenaga pengajar:
Cikgu Syafie AF.
Curlasss kan.

Cikgu Aris.. AF jugaks.

Ni our pianist. Alolo x ingat nama la.
Tapi aku cam terkagum2 tgk dia main piano. Cam best jer..
 
Jgn malas bukak mulut. Bulatkan bunyi sebutan tu.
Mak hajah kemain kat tepi tu.

Bersama DidiRahayu. Haha..

 Gambar ngan Didi ni masa hari raptai kat bank.
Nak menengok baju tu kena tak, seswai ke ngan tudung, etc etc.
Pastu Didi AF pun ada.
Skali si Didi ni pun buat statement yang mengjiwa kacaukan mak hajah.
Katanya "Saya suka la tgk akak kat atas stage"
Huahahua... 
Langsung mak hajah cam “apakah benar apa yang kau katakana ni, nak?”
Hahaha.. drama lebey taw.

Payment time. Dah stended retis skang awak ni haa.. Ko hadoo?

Cepat sign tu hajah. Panjang lg list penerima tu.

Keterujaan untuk menunjukkan skill memasing dihari pertandingan sok.

Ok, next n3 aku cite pasal hari raptai plak eh.
Doa2kan bitamin M aii tak menggunung.

Ta-ta.







Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha



Bole jugak kalo nak sebut Selamat Hari Raya Haji.
Tapi ada org yg salah sebut..
Selamat Hari Raya.. Haji. *ni kalo cakap ngan Haji Karim ke, boleh la.. *
Cam partner lama ku.. a.k.a RA.
Haha…
Anda di sini ke kak ayu??

Esok dah raya ek?
Huh, cepat sungguh masa berlalu.
Hari ni aii hapday.
Ptg kang tggu MP balik kojer, maka teruih le berdezuuppp kami2 nk balik ke kampong.
Mana lagi kalo bukan SImpang Renggam.

Salu raya haji tak balik kg pun.
Tapi disebabkan tahun ni ada special pogrem kat kg, so berbondong2 la balik memasing.
Nnti kalo berkesempatan, aii update yoll ye.. *kaalaau ye.. diulangi.. kalau berkesempatan*
Rasanya elok le kome2 x yah berharap cerita nye ye.
Bukan apa, cerita raya aidilfitri pun teman x nyempat nak sharing2 yolls.
Usah le berharap ye.
Kalo ada rezki sok, insyaAllah teman update.
Haaa.. bila dh diupdate tu, korang baca je le dgn hati yg gembira.
Kalo xde citenye.. usah la ditanya2.

Bulan November tahun ni adalah bulan yang bizi dengan acara kekeluargaan.
Memacam planning yg telah diatur.
Tetiap mggu adaaaa je pogremnye.
Kita tggu je la.. jadi ke idok ye…

Ok yolls, selamat hari raya aidiladha.
Kepada yg memandu, berhati-hati dijalanraya.
Kepada yg menjadi co-pilot, bwk2 la berborak ngan pemandu anda.
Kalo dah nmpak matanya dok terjegil2, terkenyit2.. tu menandakan anda perlu berbuat seswatu.

Tapi yang sakit ati, if accident yg bukan disebabkan oleh kecuaian kita.
Haaa… kalau ittew terjadi, tak ley nak cakap la.
Mmg kena lekok la dreber lahabau tu.. *erkk.. nape aritu aku tak lekok ogtua tu kan..??*
Haha… cite tu pun x sempat nak hapdet.
Kete baru aii kena zaaaaaaaaassssss kebabomm.
Sebulan kete dok spital.
Heiiii.. Sakeet ati!! *gaya Ropie*

Tggu la nnti.
Dah dpt gambo & plate number kete satria tu, nnti teman kabo2 ke kamu org ye.
Tak sabooo benornye nk bercherita kesah kejadian dipagi nan hening 28 Ogos ritu.

K la, ada bnda nak buat ni.
Till then, take care yolls…

Ta-ta

Satu2 nye gambar raya yang ada.
MP kemain senyum lagi. Yg lain2 mata melilau memasing..



Tuesday, October 16, 2012

Bizi lettew!



Yezzaaa….
Ni la jwpn yg paaaaling tepat kepada soalan drpd pembaca tegar blog aii nih.. *tegar lah ‘sangat’*
Sekaligus menjawap kenapa blog aii ni sunyi sepi.
Nampak tu, dh bersarang dh sumenya.
Berabuk jgn ckp la.. haha..

Ye dik non.
Lately ni mmg aii biziss.
Tambah2 setelah diri ini dibohongi.
Sayuuuu je rasa hati.
Nape lah tergamak ko buat cenggitu kan.
Tapi xpe la.. aku ni hanyalah manusia biasa.

Hari tu katanya 1 Oktober nak membebaskan aii dari belenggu ni.
Tup2 tak jadi plak.
Ada masalah yang pada aku bukan masalah pun sebenarnya..
Now janji 16 Nov plak.
Well, tggu je la…
Malas dah nk berharap.
Kalo ada jodoh ada la.. kalo x, cari lain jer..
Ramai je kot kat luar tu yg lebih baik & lebih layak.

Apa2 pun, kita tggu je la 16 Nov nnti ye.
Akan ku hapdet yolls.
Hari yang sangat bermakna dlm hidup aku.
Hari pembebasan diri ini dari ….

Well, doakan yang terbaik utk kittew k.. *Ye, saya sedang mencari pasangan yang baru*

Ta-ta.

Sape la h gerangan yg berjaya menakluki tempat ni.
Sekaligus menjadi pasangan baru aii.. 







Tuesday, September 25, 2012

Our Wish come true



Susulan dari n3 1 dan 2, maka tunggu je la panggilan daripada car dealer dengan penuh kesabaran.
Finally, 4 hari sebelum menjelang nye Syawal, our car dealer a.k.a En Nasir call MP.

Him:  Bang, kete dah bole amik esok.
MP:    Ooh, dah siap ke?
Him:  Dah, tapi cuma polish je saya tak buat lagi. Saya try buat esok pagi, tapi kalo tak sempat, maknanya saya hutang abg la – saya buat lepas raya.
MP:    Ok, boleh, takde masalah. So, esok lepas balik keje la saya jumpa En Nasir, ye.
Him:  Ok bang.

Weee… Alhamdulillah.
Impian menjadi kenyataan.
Syukur padaNYA.

MP dapat call tu sebelum buka puasa.
MP berbuka ngan kawan2 kat opis dia.
Aku plak berbuka ngan anak2 & wok anak beranak @ Sogo.

So, MP terus call aku bitau.
Maka, lepas berbuka tu, aku pun heret la anak2 aku yg 2 org ni nek tren.
Turun kat Sentul.
MP tggu kat situ.

Motip:
Nak pi survey kedai accessories.
Fine, ikutkan ajer.

Tya2, kautim rege sume mlm tu, esok tinggal bawak kete je.
Banyak gak modal yang dilaburkan.
Huhu…
Tinted, alarm, radio & paddle lock.
Hamagaddd… ber KKK hokkay.

Mahal gilers beli radio.
Aku ingat dalam 3-4 ratuih je.
Ini sampai ribu riban.. gilosss.
Tercekik2 aku bila diberitahu harga sebijik radio tu.
Lagi baik punya pun ada maaa.. ini harga kasi u.. *tot tet tot tet tekan kakisurat.. 3200*
Tak pengsan koo???

Tak payah kata aku.
Hamik yg ni je la *lebih murah dari 3200 tu kan*.

Aku pun bising2 kat MP..

Me:    Bah, mahalnye… Radio je kot.
MP:    Memang la mi, tapi ni macam2 ada.
Me:    Apa yang adanya?
MP:    Bluetooth, gps, bla bla bla…
*ntah, segala mcm la ada. Tapi yg pastinya bukan bole bancuh kopi teh pun. Tekan2, tadah je ngan cawan, nahhh.. dapat air kopi. Best la kalo camtu, khennn..*


Tu baru radio.
Alarm pun mahal gak.
Adeideideidei…
Wateva la yang oii.
Aii folooo..

Esoknya lepas keje, terus berdezupp ke sana.
Terus ke kedai accessories tu.
Tgk2 kete dh ada kat sana.
Tgh bikin.

Ok, sementara dorang kerjakan kete tu, jom cari juadah berbuka dulu.
Ni la dapatnya..


Teh ais 2 & sate 15 cucuk


Kerja2 pembikinan yg sedang rancak dijalankan..

Taraaa... No plate dah pasang.


Dlm kul 10 kot baru selesai sume.
Termasuklah penerangan oleh org kedai tu tentang penggunaan radio & alarm tu.
Lepas tu En Nasir plak xplain pasal kete ni.
Tayar spare kat ne, button ni utk apa, button tu utk apa, etc etc la.

Setelah meng hand-over kete lama kitorang tu, skali dia tya kunci spare takde ke bang??
Hahha…. Konfem la lupa kan.
Ok, esok la saya bagi, kata somi ku.
Fine.

Taim serah kunci spare tu, nampak la ni..


Babai sweet heart... Nnti dapat tuan baru, jaga tuan kamu elok2 ye..
Jgn byk ragam ye..  :'((

Sedey la.. *sob, sob.. lap aimata*
Ni la our first car.
Yang telah berjasa selama hampir 7 tahun.
Kemana2 pun dengan dia.
Kete yang tak mendatangkan byk masalah.
Me looike.

Tapi lepas kena langgar dek lori @ Cameron Highland aritu, mmg dh tak sedap bwk.
Tu yang berkira2 gak nk amik kete baru.
Kalo tak, mmg ku lenjan je kete ni.
Pakai je la.. mmg xde masalah pun.

Tapi apakan daya, jodoh tak panjang untuk kita bersama.
Setakat ni je la ye.
Ada rezki sok, kita jumpa lagi.
Semoga dapat tuan yg lebih baik dari kami ye. :))

Ta-ta.













Thursday, September 20, 2012

Misi ke JPJ



Hari tu aii dh cite loan dah lulus kan?
So, masa untuk mendapatkan no plate yang chanteek.
Beli kete bukan nye setahun sekali *aku la.. bukan nye kaya tahap dewa nk beli kete tetiap tahun*
So, moh kita ke JPJ.

Pepagi dinihari aku dh bertenggek kat atas moto.
Seawal kul 7:10 pagi kot kuar rumah.
Jalan kat KL ni, start kul 7 pagi dah jem.
Nice huh??

Seb baik la aii nek moto.
Kul 7:30 dah sampai Maju Junction.
Gigih naik lif ke tingkat 3 kot.

Borang aku dh sesiap isi.
Download je kat website JPJ tu.

Untuk korang yang bercita2 nak beli plate number, pegi la pagi2.
Senang, takde orang.
Aman damai, tenteram je rasa.

Kul 7:45 pagi aku sampai sana.
Amik nombor giliran, kejap je dah dipanggil.
Kul 8 pagi, dah selesai urusan.
Prosedur yang sangat senang.

So, tips untuk korang yang nak beli plate no.
Tak kisah la untuk moto ke, kete ke, lori pun boley..

1.            Dapatkan borang M.V. 10A kat website JPJ tu.
2.            Buat sesalinan IC & lesen memandu.
3.            Sesiap la list kan nombor apa yang korang nak beli tu.
4.            Pegi JPJ, amik nombor giliran.
5.            Sediakan bayaran RM10 untuk bayaran perkhidmatan.
6.            Kat sana ada screen besar, korang tgk la no apa yg tengah running.
7.            Sediakan bayaran RM200 untuk running number – Maksudnye, kata lah masa korang pegi JPJ tu, running number dia 3000-6000. No yang korang nak tu kata la 4684. So, bayaran yang dikenakan untuk nombor tu adalah RM200.
8.            Jika sekiranya korang nk beli nombor 6846, ianya bukan lah running number. Maka korang kena bayar extra RM100 kot (yg ni aku tak berapa sure, sbb aku amik running number aritu).
9.            Total yang perlu dibayar adalah RM210 (plus RM10 bayaran perkhidmatan)
10.         Tunggu makcik kaunter tu print resit & bole la bagi resit tu kat car dealer korang.

Nombor tu boley digunakan dalam masa 30 hari saje ye..
Maka, elok la kome2 tunggu loan approve dulu, baru ke JPJ ye.
Harap maklum.


C..C.. kul 7:56 dah selesai... No plate idaman korang akan tertera kat ataih tu ye..
Sila cek sebelum beredar.

Bagi resit & borang M.V.10A ni kat car dealer.

Selesai sume, tunggu je la kete korang kuar sehari dua lagi.
So, selamat melaram & enjoice ngan kete baru.
Lalalalalalala….

Amacam, senang kan?