Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Jom balik kampung !! - Part 2



Tik tok tik tok… dah kul 7.30..
Ooohhh.. beratnye mata ku.
Malam tadi gi Benut kan balik kul 3.
Taim bejalan tak hengatttt.
Gigih aku melawan setan yg bergayut2 di tubir mata.
Haha.. Buduss.

Bangun je tgk zara dah merayap 1 rumah.
Habis ditawap nye.
Sukati la dik… asal awak bahgia.


Ok, mandi cepat.
Kul 9 nak berurut.
Sila ambik nombor, hokkay.
Yang nak berurut sume 3 orang.
Mama, aku & wok.
Tukang urutnye sorang jer... *mampu ke macik nih??*
Gasak la...

Start kul 9.
Mama pelanggan yg pertama.
Sampai kul 10 baru setel.
Then, aku plak.
Kul 11 setel.
Pastu wok… kejapnye.. kul 11.30 dh siap.

Erkk, aku dgn nada pelik2 tya dia.
Apsal kejap sangat ko wok?
Wok kata, ntah, katanya aku xde penyakit.
Wahhh… ayat tak tahan.
Kiranya sihat sangaatt la ni eh?
Eleh, makcik tu dh penat la..
Mengurut 3 org non stop.

Memandangkan kul 12 baru memasing siap bersarapan, maka sesi memasak juadah makan tengahari adalah ditunda sikit.
Menu hari ni rasa cam nak buat soto jer.
Senang.
Tapi kena la ada ayam kan.
So, misi mencarik ayam, tak payah suruh, mmg dorang ni *sebut MP & cik is* yg akan dengan relanya mem’volunteer’kan diri.
Sementara yg lain di rumah, kita bersantai-santai, ye.
Tapi dengar2nya ada yg plan nak pegi kedai 2 hengget la, nak pegi beli popcorn la..
Haraaammmm… 1 pun tak menjadi.
Yoyo ooo je…

Yang pegi membeli ayam plak, makkk oiii kemain lama lagi.
Tak balik balik.
Dah tu, cemana nak masak, khannn? *alasan, padahal bole je duduk kopek2 bawang*
Layan la tv dulu.

Sebaik je deruman motorsikal kedengaran, memasing terus bergegas ke dapur.
Yang masak, masak.
Yang berkebun, berkebun.
Yang jadi mandor, jadi mandor.
Yang jadi penonton, sila amik port.
Hahaa..

Mama dok kerah cik jen amik daun pisang.
Amik pucuk ubi la bagai.
Pastu siap bawak balik benih pokok betik lagi.
Nak tanam kat tanah lapang tepi rumah katanya.
Waaahhh, lapang betul tanah tepi tu kan??
Haha… Selamat bercucuk tanam ye, ma.


Yang cik jen terus sambung menebas.
Elok la… terang skit rumah meknon tu.
Siap bakar2 sampah sume.
Nicee.

Cer carik... mana cik jen..??

Antara hasil bumi yg dibawa pulang...
Panas ye moksu, mujur ada topi apek tu ... Kiut la pulokkk.. :))

Adegan masak memasak pada hari ittew diselang selikan dengan siaran nona.
Seperti yang anda maklum, kegilaan terhadap DingDong Dantes sangat2 la berleluasa skang ni kan, pada yang mengikuti la *cam aku baru je tau hari tu*
Maklum la, aii kan wanita berkerjaya *kelip mata laju2*

Dek kerana keterujaan tukang masak a.k.a meknon & mok su terhadap DingDong, maka kitorang telah namakan bawang goreng itu sebagai DingDong.
Sebab, taim tu meknon tgh menggoreng bawang utk dijadikan bawang goreng.
Bila DingDong keudara je, berlari2 ke depan tgk tv.
Pastu kembali semula ke dapur – masa ni tgk bwg tu ok lagi, so x yah la angkat lagi.
DingDong keudara kali ke-2 – Again, berkejaran ke depan.
Haa….. Taim ni la meknon tgk bwg ittew sudah rentungs.
Yang mama & org2 kat luar tu boley plak tya, bau apa ni eh ??
Sedapnye bau. Hahaha
Sabo je la kan.

Ni la chef yg bertanggungjawab memperkenalkan bwg goreng DingDong
Ok, soto siyap.
Hari ni kita makan luar ye.
Cam best je kan.
Angin bertiup sepoi2 bahasa jerman.
So, sila la bentang2 kotak *sebut tikar*, amik pinggan, cawan, air sume la.
Let’s party !!


Ni la tuan tanah... 


Taim makan ni, memasing dok la bercerita pasal raya yang akan datang.
Ada yang mencadangkan buat dodol.
Ada plak yang membantah.. soh buat lemang plaks..
Sebab katanya nak mengacau dodol tu cam malehh.
Haha… meriah sungguh rasanya.
Wateva, apa2 pun sila la carik buluh, kayu api segala ye..

Nampak?? Siap paspas calendar koo.. Nk plan bila nak balik kg taim raya sok...


Lepas makan, gigih pulak menyiapkan anak2.
Perancangan awal, nak balik lepas lunch.
Ini masak pun dah pukul berapa kan..
Makan lagi, nk siap lagi.
Sudahnya kul 6 kot baru gerak dari rumah meknon.


Ni nak ke rumah mak ngah plak.
Ye la kan, not nice la x jumpa mak ngah sume kan.
Ok fine.
Tapi sebelum tu jom kita ke kilang popcorn dulu.
Hajatnye nak memborong la barang sekilo dua.
Sampai2 je.. kilang tutup daaaa…
Ye la, dah tentu hari ahad kan.
Ko kalo soh keje hari ahad pun marah, ni plak soh org bukak kilang.
So, sila senyap.

Makanya, kita ke kedai kerepek2 je la.
Taim tu ada la macam pasal jualan amal kot.
Kecik je la pun.
Pastu aku tertariks plak menengok tikar upin ipin tu.
Harganya rm60 ye.
So, sekian.
Tapi sebelum sekian tu, aku cakap la ngan bdk yg jual tikar tu..
‘takpe ye dik, akak jalan2 dulu ye.. terima kasih’

Terus beransur ke dalam kedai kerepek.
Sedang enak memilih & merasa2 tester sume..
Wok datang kat aku..
Katanya..

Wok:  Long, bdk jual tikar tu tya kat aku, cemaner kak, jadi tak tikar ni?
Me:    Hahaha… bistu ko cakap apa?
Wok:  Aku ckp la… oh, bukan saya la… tu sorang lagi.
Kah kah kah… x boley tahan gelak nok..
Kes salah orang lagi nih.. *gelak berguling2*

Terus aku tukar strategy..
Okeh, balik kita jgn lalu depan gerai dia.
Kita lalu jauh sikit.
Motip: Aku tak nak dia tya aku.. sbb aku tak nak beli tikar tu.. kuikuikui..

Baru je kitorang nk melangkah lalu jalan jauh, MP & yg lelain dah memanggil2..
Cepat la, cepat la…
So, terus je menonong lalu depan gerai dia..
Tapi tak pandang pun dia.. boleyy ??
Keji giler kan..
Hahaha…

Sama ke?? Pening plotak aku nengok gambo ni...
Terteleng2 pala..

Waktu pun dah nak maghrib.
Ayuh, bergegas ke rumah mak ngah.
Minum kopi dulu la, sembang2 lagi, transfer2 gambar bagai..
Kul 9 kot baru gerak balik.

Kali ni MP cuma benti kat R&R terpilih je.
Aku sebagai co-pilot, berjaya menemani nya sehingga aikroh.
Pastu aii dah krohhh.. krohh.. kroohh…
Hahaha…
Tak boleh tolong lagi dah.
Ngantuks gilers.

Sedar2 jer dah sampai tol Sg Besi.
Lupa pesan kat MP, kalo sampai R&R Seremban kejut kan aii.
Nak beli waffle & corn in cup.
Kecewa sudaaa... Perot dh la terpekik terlolong...
Lapo lapoo... ku tahan kan jer.
Ok, fine... sambung tido lagi..

Sedar lagi skali dah sampai depan rumah.
Tengok jam dah 1.10 pagi.
Arrgghhh.. esok kejeeeee!!
MP bukak pintu sume, cek2 rumah atas bawah dulu, line clear baru soh aku masuk.
Sian MP, kuarkan barang sume, angkat yasmin lagi..
Aku?? Kompom la dah tergolek dok sebelah si zara.
Keh keh keh..
Teruk kan aii..??
Lempang kiri kanan kiri kanan laju2 baru tau!

Balik kampong kali ni takde bawak balik buah tangan pun.
Lengkali la eh..
Balik raya nnti ke..
Raya nnti plannye balik awal 2-3 hari sebelum raya kot.. *kan MP?? kan kan.?? sambil angguk pala lelaju*
Projek kacau dodol & buat lemang segala.
Meriah u oollss.
Tak sabar i olls menunggu detik ittew.. :))






Wednesday, May 30, 2012

Majlis Pertunangan Ina *..lagi ??*



Fuuhh.. mencabar betul nak menyiapkan n3 nih.
Lama betul ku peram.
Niway, siyap sudahhh... yayy!! :))


Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis pertunangan Ina & pilihan hatinya, en Ejan.
Tema majlis kali ni adalah biru putih.. 

Apa ek nak bagi ina ni ?
Coklat – x ley, nnti cair.
Parfume – pun x ley, sbb nnti aii beli bau yg aii suka. So, jadi taste aii plak kan nnti.
Kasut, baju - No no… x seswai.
Ehmm.. sudahnya aku decide bagi kek je la.
Senang kojer..
Cam biasa, ofkos la dari si pembuat kek yang super gojes ittew.. :)

Hantaran cam biasa la kan.
Diserahkan kpd meknon yang mmg pakar & super kreatif.
Hantaran kali ni 9 dulang.
Wahh… kali ni okay katanya…
Macam la ada lain kali, kheennn… kihkihkih..

Majlis bertunang berlangsung lepas zohor.
Dalam kul 2.30 camtu kot pihak lelaki sampai.

Dari Rawang ke SR.. jauh tul perjalanannya..


Ohsem, huh!

Santik khennn.??!!

Dalam episod pertama, kan kitorang sume balik rumah meknon bersiap2 kan, skali lambat sampai da…
Aku, angah & MP.
Mama, wok & meknon dah pegi dulu.
Taim kitorang sampai, rumah penantin dah penuh dengan kerabat pihak lelaki.
Aku & angah apa lagi, masuk kot pintu blkg la.


Camaner la tak lambat, siap bole pegi kedai dulu tapau teh o ais.
Panas giler kot hari tu.
Tekak aku asik kehausan jek.
MP asik la berkicau kat tinge aku soh minum air masak je.
Tak elok minum air manis2 mi, katanya.
Haus2 ni minum la air masak *Ye kanda, kan dinda minum gak air masak tu. Tapi sbb hari ni panasss sgt, dinda tingin nak minum teh o aissss. Pelis pelis pelizzzzzzz..*
So, MP pun layan kan je la… *bebel2 pun dia singgah gak kedai tapaukan teh o aissss tu. Hehe… lap u la yg!*

Okkay, sampai2 je aku terus terjah bilik pantin.
Wahh, tgk ina dah ready + neves sesikit.
Biasa arr, aku pun penah melalui detik2 manis ittew.. *sambil kelip mata laju2*
Aku pun saje je acah2 dia..

Me :   Jap lg ko kena kuar tau, na.
Her :  Isshhhkk, tanak la kak long. Tak moh tak moh tak moh… *sambil geleng pala x benti*
Me:    Iye, mana ada org sarung cincin dlm bilik dah skang. Sume kena kuar.
Her:   Takpe takpe, dah ckp ngan en tunang… takmoh kuar2. Nanti soh mak dia masuk sarung cincin kt bilik jer.
Me:    Wahh.. kondifen eh ko.. ok, wait & see.
Her:   *masih menggeleng2 kan kapla…* hahaa…

Sebelum bergelar tunangan orang..

Pastu kitorang bersuka ria kat dalam bilik pantin tu.
Amik2 gambo bagai.
Pastu tgk gambo balik, gelak2.
Dah la bilik pantin sebelah ngan hall.
Yang angah & wok gelak tak cover2.
Pantin pun sama, tak cover2 langsung.
Sengal.

Mana satu pantin nye nih? wateva... Dua2 pun sama jer..
tetap ada word LAGI kt blakang tu.. majlis tunang @kahwin... LAGIIII..
Tapi.. erkk.. sila abaikan yang tudung biru tu.. ngeh3


Sedang enak bersosial kat dlm bilik, tertiba terdengar sore memanggil2…
“Mana pantin? Soh keluar la… Orang nak sarung cincin nih.”

Hahaha… c c.. I told u.
Mana ada sarung cincin dlm bilik dah laa ni.
Skang trend kat luar je.
Senang, sume org bole tgk.

Yang ina dah macam..
“eh kak long, betul ke ni ?? alamak…” *sambil tarik2 napas*
Lek la na.. pegi je.. *wahh, cer kalo kena kat haku? Mau kaku di sittew*

Apa2 pun, acara menyarung cincin berakhir dgn jayanya.
Syabbash tolin.. *oppss, terkeluar plak nama manja. Ahaks*



So, hasil perbincangan tadi, aku rumuskan je la eh.
Majlis akad nikah akan di langsungkan pada 20-12-2012 *cantik kan date tu. Me looiike*
Majlis reception belah pompuan pada 22-12-2012.
Majlis belah lelaki plak pada 23-12-2012.
InsyaAllah.
Mudah2an dipermudahkan semua urusan2 bakal mempelai ni.

Sementara tetamu sume sedang menjamu selera, mari kita berposing2.
Lepas ni nak kena bersiap utk majlis keduri doa selamat plak mlm ni.
So, sila layan je la gambar2 ni super cun ni ye.
Hehe..

Keluarga Mak Ngah

Adun SR turut meluangkan masa menghadiri majlis bersama isteri tersayang.. :))
Mementang la nk pilihanraya.. Peace yooo!

Rasmi sudah menjadi tunangan owang.. ceaa..

Ragam si Zara



Yasmin.. satu2 nya gambar yang ada..

Ok, selesai part bertunang… lagi. *hahaha*
Now, berlangsungnya majlis kenduri plak.
Aku kan tak attend majlis ni.
So, gambar amik frm camera mek je la.

Alhamdulillah.
Majlis semua berjalan lancar.
Masalah kecik2 tu biasa la..
Berehh..

Yang pegi yaasinan ni mama & meknon je.
Moksu & busu sume pegi la.
Angah & adik pegi lambat skit.
Kul 10 kot baru dorang sampai rumah makngah.
Tu namanya datang utk mengisi tangki *sebut perut* masing2 jer, hokkay.

MP & cik Is ntah ek.
Pegi ke tak??
Aku rasa tak pegi kot.
Cuma dorang kuar kejap la pi hantar angah ke rumah makngah.

Dlm episod pertama tu kan aku dh cite, aku adalah sangat mengantuk.
So, charge betri utk nak pegi benut mlm kang.
Haha.. buruk tul pangai.
Ok, wateva.

So, layan pic kenduri plak eh..
Erkk.. nak layan cemaner.. gambo x banyak la...
apa yang ada je la eh..


Penat betul mokcik tu.. sampai belunjur2 kaki haa.... :))


Itu la saje laporan dari SR.
But sebelum tu.. 
Utk Ina & family.
Tahniah ye atas pertunangan ni.
InsyaAllah, lepas ni angah & mek plak menyusul…. *senyum meleret2 sampai ke dahi. Cer buat, cer buat..*
Amin.



Thursday, May 17, 2012

Jom balik kampong!! - Part 1



Best! Best! Besttt!!!
Tapi penat.
Tapi ke‘best’an tu mengatasi rasa penat.
So, ok la.. hehe…

Balik kampong kali ni sempena pertunangan ina a.k.a tolin, anak mak ngah.
Eksaited seh, maklum la dah lama sangat tak balik kampong kan.
Bukan setakat menghadiri majlis bertunang, siap berurut la, main pondok2 la, trip to benut lagi.. haha..
Penuh xtvt kali ni.

Bagi hint pic dulu eh.. :)

Hari jumaat dlm kul 9.30 mlm gerak dari sini.
Bajet dalam kul 12-1 pagi sampai la SR.
Aku bawak mama je.
Angah & wok satu kete.
Dorang gerak lambat sbb cik jen keje ptg.
Tggu cik jen balik keje kul 12 t/mlm, then lps2 tu la baru gerak kot.
Kira pagi subuh la baru sampai.

Nak dijadikan citer..
Aku sampai rmh mek non kul 4.30 pagi.
Apa dia ?? Kenapa lambat ??
Sebabb…. MP benti di setiap perhentian.
Termasuk hentian yg bukan r&r pun (yg just ada toilet je tu)
Setiap kali benti aku tya, nape bah??
Ngantuks katanya.
Oo.. aku pun ok je la.
Takde la nk komen lebey2.
Dah la awak pun x menyumbangkan langsung.
Layan borak ke, suap2 kacang ke… haraammm.
Masuk kete je.. zzzzzzzzzzzz…
Sian laki ku drive sensorang.
Jadi, pls sadapp, hokkay! *ye kanda, dinda rasa sgt bersalah*

4.30 pagi sampai, pastu borak2 ngan mek non.
Dalam kul 5 camtu, angah & wok pun sampai.
Cepat betul.
Dari rumah kul 2 pagi.
Ok la, org muda bwk kete lain la skit.
Wahh.. alasan kan.

Sambung borak2, kul 5.30 tido.
Yang anak2 sume x reti2 nak tido.
Kak min boley plak pepagi subuh tu nak buat keje sekolah.
Ayoo kak… esok2 kan bole buat.
Dah disuruhnye bukak lampu segala.
Biasa la, aku kan mak yang mithali.
Kosser aku nak melayan ko kak min.
Adalah menjadi keutamaan mak ko ni dalam keadaan genting ini, untuk mendahulukan tuntutan mata ku yang semakin nak terkatup.
Haha… sian anak aku.
Kak min, esok eh buat homework tu ye, nak.
Ibu nak tido dulu eh.
Kakak pun tido la dulu, eh.. *bercakap dgn nada sore yang paaaaling lembut* (tipu)
Hahaha…

Ok, setelah 2-3 jam tido, bangunnn.
Bersiap2 utk terus g rumah mak ngah.
Katanya breakfast kat sana je.
Ai ok jer. Ayuh anak2..

Jom breakfast!

Kejap kat abah, kejap kat ibu...

Gi rumah mak ngah, tolong la apa2 yang patut.
Jumpa la moksu sume kat sana.
Majlis pertunangan dijadualkan lepas zohor.
Dlm kul 2-3 petang camtu la.
Nanti aku create special entry eh utk cover pasal cite bertunang tu.
Sebab panjang kot cite tunang tu.
Malam ada wat kenduri doa selamat plak.
So,rasa better wat separate n3 la kot, kan.

Taim basuh & lap2 pinggan tu, Mok su dah sesiap sound aku.
Along, malam kang kita gi benut eh.. *lepas abis majlis lerr*
Aku ok jer… boleyyy.
Mmg ada benda nak carik pun.
Nak ke rengit mmg la tak kan.
Tak dann ooii..
Ahad dah nak balik. Tak bole tak bole.

Sebelum balik ke rumah meknon, jengah2 gak la bilik pantin.
Wahh.. tgh proses menacap muka.
Ok, ayuh balik sume.
Kita pun kena bersiap2 gak.

Me & MokSu

Orang2 di balik tabir pembikinan majlis.. :)

Proses pembikinan heroin utama 

So, masa untuk ke Benut.
Aku sangat mengelat.
Dah la tak pegi majlis kenduri doa selamat tu.
Sbb rasa badan cam dah penat sangat.
Plus zara pun x tido 1 hari.
Elok lepas mandi ptg tadi, bg susu… terus sleeping beauty anak dara tu.
Kak min pun ku kerah soh tido.
Kwn sepermainan dia pun dah selamat zzzzzzzz.
Sape lg kalo bukan si pacadil *sebut faris aidil*.
Mainnnnn je 1 hari ni.
Kang malam mengarok.
Aku kata, tido kak min.
Mlm nnti ibu nak pegi benut.
Kakak nak ikut x?
Kata nak beli beskal.
Dia pun tido la.
Tu pun selepas puas tunjuk perasaan + menangis2 nak ikut atok mama & tok cik pegi yaasinan kt rumah tok ngah tu.

Fine… got it kenapa aku rasa sangat mengelat??
Ye la, balik kg ni purpose nye nk meramai2 kan majlis.
Ni, majlis x pegi, benut yang di utamakan.
Hadooyaii… apa la nak jadi kan ??
Nemai.. cekalkan hati + tebalkan muka.
Huahuahua…

Kul 11.30 kot dorang sume balik dari rumah mak ngah.
MP kejut aku, wahh.. harus la terpisat2 bangun tido kan.
Kejut kak min, tya dia nak ikut x gi benut.
Of kos la nak kan.. dah katanya nak cari beskal kan.
Ok, bersiap ala kadar.. *cuci2 muka je pun*
Yg pegi 2 kete je.
Yang lain2 sume dh penat.
Jika diberi pilihan antara soping ngan bantal&tilam, kompom lah bantal& tilam jadi pilihan dikala badan tengah letih!
Memasing pun malas nk folo.
Plus, xde apa nak carik.

So, aku terus angkat je zara, ingat nak bawak.
Malas nak tinggal kan si kenit tu.
Sbb dah tau.. mama mesti cam malas nak jaga dh memalam ni kan.
Ye la, dh penat sehari suntuk kan..
Yee.. pahammm.
Skali mek non offer diri daaa… along nak bawak zara ke ?
Tinggal je la, nnti mek non tlg tgk2 kan.
Aku dah macam..
“eh, xpe ke ? bole ke mek non?” *pertanyaan ayat2 skema, padahal… yabedabedu… bole bersoping dgn tenteram.. gagaga*

Ho ho let’s go!
Salu kalo balik kampong mmg tak sah kalo tak ke benut @ rengit @ kedua2nya skali.
Tapi memandangkan kali ni balik tak lama, plus masa sangattt lah mencemburui kita, maka memadailah dengan hanya ke Benut sahaja ye puan2.
Kalo nak ke rengit tu, mau makan masa 1 hari.
Pegi pagi, petang tak tentu balik.
Iyee.. betul.
Macam2 ada kat sana.
Siapkan je la duitnye & lori 2-3 tan.
Kau pasti tak kan menyesal.

Deretan kedai2 kat Benut

Camni a rupa dalam kedai2 jual barang terpakai.. Pilih pilih pileyyy..

Ok, target kali ni nak carik beskal utk yasmin jer.
Banyak gak la pilihan.
Bila tya dia, tak moh la plak beli beskal.
Nak beli skuter plak.
Boley dia kata tak cantik beskal ittew.
Sudahnye ku beri kata 2, take it or leave it??
Kalo kakak tak nak yg ni, no more lg eh.. *again, dgn nada sore yg paaling syahdu* (& again.. tipu J)

Last2 dia kata.. ok la, apa2 je la.
Wahh.. anakku…
Saje je membuatkan aku rasa serba salah.
Tapi aku rasa beskal tu ok je kot.
Cantik je dimata ku.
MP pun agreed.
So, rembat je la..
Nego2, bayar, jalannnn……..

Beskal perompak kat ats tu RM250.
Yang kak min naik ngan faris tu RM180 *beskal ni bole lipat 2*

Singgah minum dulu sebelum pulang..

Sampai rumah kul 3 pagi.

Zara dah tergolek dok dah.
Sian anak ibu, kena tinggal eh?
Ok, tido la sayang.
Mami peluk awak eh..

Pogrem esok, nak berurut la plak.
Kul 9 pagi ye tukang urut tu nak datang.
Repeat.. 9 pagi.
Erkk… sila tidor cepat.
Ok, kepada yang berkenaan, cecepat la bagi gudnite kiss… *erkk, ada ke?*
Cepat kanda, dinda nak tido dah ni… *ayat mintak lempang*
Hahaha…

Esok punya cite, next entry la ye…
Dah panjang berjela dah ni.


Ni la beskal baru kak min. Cute kan.>??
Cer teka berapa hengget?? hehe..

Skuter yang di idam2 kan. Next taim la ye kak...

Zara yang terkurung...
Tergelak2 tgk kak min main beskal kat luar.. :))


Tuesday, May 15, 2012

Jalan Jalan… @ Fraser’s Hill - Part 2


Mari sambung cite jalan2 yang tak habis lagi tu.
Lama betul ek ku peram cite ni.
Hehe..

Okay, pada hari kejadian.
Sesubuh hening aku dh bangun, kejut mak ngah skali.
Bersiap2 utk masak breakfast.
Aku tgk bilik wok dh kosong.
Ehmm… rajinnye laki bini ni gi berjoging, menghirup udara segar.
Turun bawah, rupanya memasing bergelimpangan depan tv.
Pasal si Qisya meragam.
Tu la… soh dok bilik bwh tu tak nak.
Eksen…
Tahan la berebut2 ngan icam.
Kalo dok bawah boleh je bwk buai tu masuk bilik, khenn..
Dogeeeey …

Ok, jom start masak.
Menu pagi ni nasi goreng kampung, kueteow goreng, nasi lemak sambal sardin. *nasi lemak smalam elok lagi, aku just buat sambal sardin je pun*
Belen ayam bbq smalam pun ada lagi, just panas kan je la.
Buat tambah2 lauk.
Ok, siyap, sila makan.

Siap masak awal dah.
Abah plak pi pasang dvd apa tah, dah memasing tak ley bergerak.
Sampai la kakak call, bitau dorang dh otw ke ladang kuda.

Apa lagi, bergegas le memasing.
Ada yang baru nak makan la, baru nak mandi la.
Hayooo.. cepat dol !

Zara tido la plak.
So, MP mem’volunteer’kan diri utk jaga zara. *eley, cam mami tak tau, nak tgk tv lettew*
Whateva.

Ok anak2, jom kita berseronok tanpa abah di sisi. *tak suke taw!*
Kita ke ladang kuda dulu ye, anak2.

Ayah dah macam polis pencen. Amacam, ada beran??

Kakak yang dah lama menunggu
Yasmin macam biasa, kalo jumpa kuda mmg eksaited.
Tak sah kalo tak ride kuda tu.
Fine, aku pun pi la beli tiket.
Harga tiket kat sini, dewasa RM5, kanak2 5 tahun ke atas RM4.
Kalo mak naik ngan anak2 bawah 5 tahun, harganya RM8.
So, faris tak ley ride sorang.
Mak ngah kena la nek kuda skali, ye.

Kuda bukan islam. Ada nandek lagi tuu... haha..

Kak min kalo soh posing, kat mana2 pun boleyy..

Mak ngah yang kejung , 1st taim nek kuda.. 

Ada 1 insiden kelakar yg berlaku masa tgh posing2 nak tangkap gambar.
Elok je mama, ayah, wok berposing membelakangkan track kuda tu.
Photog nye aku la.
Kunun nk dapat background santiks kan, aku nak tggu la kuda tu lalu kt blkg dorang, so nnti baru aku snap.
Taim kuda tu lalu je blkg dorang, skali dia mendegus kooooo.
Tak terperanjat kak tipah, mak jemah tu sume.
Menjerit2 la. Hahahaha..
Yang aku dh gelak bergolek2 sampai sakit2 perut.
Bengong si jibs, dia la yg paling kuat menjerit.
Anak ko kan dh biasa menyembor2 tu, nak terkejut apanya.
Sama je bunyik nye pun. *larik laju2*

Tgk dada memasing.. tgh menahan gelak lg tu.. yg ketara tgk muka wok. tahan napas...

Then, jaz & biras ku gi archery.
Kitorang tggu je kat atas tu.
Tempat archery tu kat bawah.
Maleh nak naik balik nnti.
Haha.. Pengumpul lems lems *sebut lemak* tegar kan.

Anak2 berposing kat tepi bukit

Tuuu haaa tempat archery. Jauh ke bawah..

Yeaaa.. sila menonggek naik tangga, ye.. Kakak maintain, siap bole pose lagi.. :)
   
Lepas ni nak gi clock tower & playground jap.
Mak & kakak balik apartment, bersiap2 sebelum ke banglo utk lunch. *habiskan breakfast tadi, malas nk tapau2 bawak turun*
Aku je bawak anak dara kakak 2 org tu.

Anak2 yang gembira

Anak dara kakak yang aku kidnap

Wahhh.. gembira betul korang kan..

Bila wok beraksi.. Mamat kat blkg tu ushaaa baeekk pya..

Ooo.. tgh amik gambo rupanya. Pulak ko yg lebey2 berposing..?? Hurmm..

Me & Wok - MakNgah, Me & Wok - Ni la susunan yg betul, Me, MakNgah & Wok-

Aku yang tanpa MP di sisi...
Ok, cukup la bergambar tu ye...
Jom balik, mngemas plak apa2 yang patut.
Cekaout kul 12 dolll..
Copekkkk !!

Kronologi gambar:
Ehmm, tinggi eh tangga ni. Cer la try naik...
- Uwaaa, sakit plotak, terantuk kat bucu pemegang tangga tu
- Ok, berjaya jugak naik, walaupun mata bergenang2. ishk..ishkk.. -

Ragam anak2. Geram tgk..

say cheeeseee..
Ok, time to go home.
Sayonara…..

Aku, MP & Icam takde dlm gambar ni (tgh pi carik sepit rambut kak min). 

Masa amik gambar ni, aku agak sentaps ok dgn MP.
Aku tya mak ngah, mana sepit kak min?
Katanya kat blkg pintu bilik air bilik dia.
Aku soh la icam amik kan.
Pastu icam kata xde plak.
Yang lain2 tu dh standby posisi masing2.
Tinggal tggu aku je la.
Tetiba…

MP : Dah la mi, kalo xde tu x yah la… *dengan nada tinggi + muka yang garang (‘garang lah sangatt’ – tangan dibahu mata ke atas), hokay !!!! Dah la depan sume org plak tuhhh!*
Me : (dlm ati) apa ni? Ckp leklok x ley ke ? Nak marah2 pahal plak? Dah la abah angkat barang masuk kete je kan? Yg mengemas sume mami kan??? Kemas baju, kemas dapur, kemas barang sume mami kan??? Yg bawak anak gi jalan pun mami kan??? Yg patut marah mami la kan, sebab mami adalah super penat!! *sambil menjeling muka tak puas ati*

Terbantut sume plan aku nak bergambar cam hari raya.
Go family by family.
Mencik mencik mencik!!!
Dah la bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni.
Tah apa yg dia nak kejar tah.
Nak kata cuaca panas, tak pun.
Hisshhh, tak paham aku.
Pastu taim nak bergambar, aku pi la berdiri sebelah mak ngah.
Sebok plak panggil2 ai soh gambar kat sebelah dier, huh, x suka taw.
Aku rasa sume perasan aku tgh sentaps ngan MP.
Sume pun diam jer. Hahaha..
Sori la, tercalar skit kegembiraan pada hari ittew.

Ok tak muka aii?? Dapat disorok tak kesentapan ittew?? hehe..

Satu2 nye gambar yang ada icam. Aku dah berammmm pi pulang kunci.

Pastu dalam kete boleh lak dia buat biasa2 je ngan aku.
Ajak borak2 la, tya2 la.
Kosser aku nk melayan.
Dah la x say sori ke, pujuk ke.
Hisshhh, x paham aku.
Ke, aku yg emo terlebey? *dah taim utk luka lama berdarah kembali*
Mungkin la kot.

Sooo greenery... Kabus sepanjang perjalanan.. *sgt bagus utk terapi jiwa yang sedang kacau*

So, sepanjang perjalanan turun tu aku tidoooooo jer.
Aku tau MP ngantok, tapi AAK! *matik la jadi isteri derhaka kan*
Sampai la tiba kat empangan besar tu, MP benti.
Nak amik air bukit katanya.

Ok la, aku cam malas nk pjg2 kan rajuk.
Dinda maafkan kanda.
Nemai.
Tapi lengkali jgn buat lagi taw !! Promise ??!
Kak min pun dh bangun tido, aku soh la dia tadah air bukit tu.
Masuk2 kete je dia tya MP..

Her : Bah, bukuit tu bahasa inggeris kan ? Bahasa melayu apa ?
MP : Errkk, bukan la kak min. Bukuit tu sebenarnye bukit. Tu bahasa melayu la.

Hahah.. tu la, ajar lagi anak yg bukan2.

Ye.. ini la dia air bukuit
Sama tak muka? Taim ni rambut kak min ok skit.

Malam tu sambung lagi BBQ kat rumah mama plak.
Memandangkan brg basah ada belen lagi kan.
Kang simpan2 kang, tah bila la nak buat lagi.
So, adalah sangat bijak utk menghabiskan sume2 tu mlm ni jugak!

Wok & angah order dominos.
Sampai 6 regular ko.
Jenuh nak mengabiskan.
Ok la, utk mkn malam.
Makan reramai sambil sembang2.
  
Master chef. Ayoo icam, ayer2 keti sume gugur la... *seb baik aku makan yg MP masak*

Nyum nyum.. sedappp..

Kepuasan jelas terpancar di muka memasing

Tetiba zin tya, raya ni tak nak wat dodol ke?
Wahhh… best nye.
Boleh.. boley.. boley..
Harus la aku amik cuti 2-3 hari sebelum raya kan.
Eksaited.. seumur hidup x penah merasa pengalaman buat2 dodol sume ni dol.
Mesti best kan.
Pastu kata nak kemas besar-besaran + cat rumah mama la sume.
Aku ok je, tapi kena plan awal2 la kalo nk wat sume2 tuh.
Takmoh la wat taim2 puasa.
Mak tak sanggup nyah.

Ehmm.. baru bln 5 dah cite pasal raya kan ?
Bln 7 dah nak puasa balik.
Cepat betul masa berlalu.. *puasa dah abis ganti lom? erkk..*

Ok la, sekian cerita trip kali ni.
Next trip, we are planning to go….

THERE!!!
That will be on wok’s treat.
TQ bebeh… *lama betul ko nak melunaskan janji ko kan. Sampai dah beranak sorang la..*
Haha…