Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Happy Birthday, Marissa Zara!



20 Julai 2012.
Alhamdulillah.
Now Zara dah setahun.
Kejap je rasanya masa berlalu.

Tingat lagi masa memula susah payah menjaga anak kecik masa dlm pantang.. *hehe, dlm pantang taw*
Baby kan, very fragile.
Nak pegang pun takut.
Bila nangis sume serba tak kena.
Cek pampers, bagi susu, sapu minyak kat perut *kot2 kembung kan*.
Try and error je la.

Ye la, masa dapat Zara kak min dah 4 tahun.
Aku pun dah lupa kerenah menjaga baby.
Jadi cam kekok pun ye jugak..

Tapi lama2 jadi seronok.
Balik keje tgk kerenah Zara.
Kak Min pun dah semakin pandai menjaga adik.
TQ kakak.

Ekceli, dah buat pun birthday celebration last week.
Buat sekali ngan kenduri menyambut puasa kat rumah mama.
Nnti la kot, later2 la aii post.
Gambar pun dlm camera MP lagi.
Belom berkesempatan nk amik.

Mggu2 terakhir sebelum menjelang Ramadhan kan, agak sebok la jadual aii.
Kepadatan gitu.
Aii pun menjadi kepenatan.
Maka, idok le bertaip stori besday Zara tu.

Nanti2 la ye..
Mmg akan ku share moment2 berharga ittew.
Cuma antara cepat ngan lambat je la..
Hehe..


Fresh from oven.. Zara masa 5 hari.
  
MP & Kak Min asik mengelek adik jer.. Mami diketepikan.. tapi xpe.. :))

Kakak yg sayang sangat kat adik nya.

Zara masa umur 2 bulan

Apa2 pun, semoga Zara membesar dengan sempurna.
Jadi anak yang baik ye, dik.
Mami, abah & kak min sume sayang sangat2 kat awak.
Luve u darling !!
Muahh…

Keluarga bahagia. Bertambah bahagia setelah kehadiran awak, dik.











Thursday, June 7, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Mak Itam



Sabtu, 2Jun 2012 @ Kg Melayu Subang.
Jemputan perkahwinan anak mek tam yang sulung.
Pegi mengantar ke rumah pihak pompuan.

Aku sampai agak lambat la.
Orang sume dah bekompang.
Taim sampai, pantin dah berarak ke meja makan.
Hehe.. belum la terlepas peluang makan bersama.
So, duduk la kt meja yg dikhaskan utk VIPs tu.

Ramai gak sedara mara yang ada.
Makcik pokcik 3-4 orang je la yang takde pun.
Biasa la, org adik beradik ramai ni kan, mmg la meriah u olls.
Mek Tam ni adik ayah aku.
Adik beradik depa je ada 11 orang *erkk.. betul tak ? 11 ke 12 eh??*

So, sembang2 la kejap ngan mokcik2 aku sume tuh.
Oohh.. ada gak la terselit kabar gembira…
PP anak mak ngah samsiah dah dapat baby *itu adalah nama anak makngah ye, bukan anak makngah punya PP, hokkay*
Ok P, tahniah. Setelah sekian lama menunggu, ye..
Kalo dah rezeki ko, insyaAllah ada…
C C, ni la berkat kesabaran korang.. :))
InsyaAllah, nnti kak long dtg tgk ye..
Ok, habis kisah PP.

Weee… jumpa nenek.
Lama kot tak jumpa nenek. Lama sangatt.
Padahal bukannya jauh pun rumah nenek tu.
Tapi tak gak menjengah.. *teruk kan ada cucu camni…*

Aku ingat lagi, masa taim raya salam nenek, nenek ckp…
“Ingatkan tak ingat nenek lagi. Lama tak datang tgk nenek”
Mau tak sedih ko mendengo?? Gila sayu siot.
Aku peluk cium nenek.
Begenang air mata dia.. aku pun sama *lap aimata*

Ye la nek, nnti along datang tgk nenek selalu ye.
Ko dengar tu, selalu katanya, hokkay.
Tapi, nan adooooo.
Kalo takde apa2 majlis, harammm la nak berkunjung ke rumah nenek tu. *ye, saya sgt sedar diri*
Tapi tu la.. bukan tak nak datang.
Nenek ni ramai anak2 yg prihatin.
Weekend ni g rumah anak sana, mggu dpn anak sini, mggu lg satu anak yg lagi satu tu..
Semedang takde kat rumah.. *ini adalah alasan. Kalo dah tau, dtg la hari bekerja*

Ok, nek, along akan cuba ye..
Senang2 nnti, along singgah jengah nenek, okay.
Dah takmoh sesedih, ni nak tgk cucu nenek kawin ni.
Senyum skit…


Ini lah nenek saya!

Majlis pernikahan hari Jumaat, which is aku tak pegi.
So, takde la gambo ye.. harap maklum.

Kitorang kat sana pun kejap je kot.
Sbb lepas tu nak rush ke Melaka plak.
Me looike..
Makan ikan bakar..

Lepas makan, berposing2 cam biasa la kan.
Bila dah ramai2 tu, maka cameranye pun adalah banyak.
Jenuh nk senyum.
Dah la dengan panas lagi.
Tapi aii menten je… *sambil betulkan selendang*

Ok, layan je la gambar yg beberapa keping ni eh..

Anak2 beramah mesra ngan tok nenek deme..

Kitorang yg tak ikut tema... Dah sama tema sebelah pompuan plaks.

Khemah pun kaler biru. Maknanya aii tuan rumah la kan... Ngeh3.

Sedara kittew sume pakai pink karer..

Pink lagi..

Tahniah buat MekTam sekuarga. Bertambah sorang lagi ahli kuarga”.
Utk Pengantin a.k.a Iqkmal & Sheda… “Selamat melayari alam rumah tangga”.

TAHNIAH!!






Wednesday, June 6, 2012

Jom balik kampung !! - Part 2



Tik tok tik tok… dah kul 7.30..
Ooohhh.. beratnye mata ku.
Malam tadi gi Benut kan balik kul 3.
Taim bejalan tak hengatttt.
Gigih aku melawan setan yg bergayut2 di tubir mata.
Haha.. Buduss.

Bangun je tgk zara dah merayap 1 rumah.
Habis ditawap nye.
Sukati la dik… asal awak bahgia.


Ok, mandi cepat.
Kul 9 nak berurut.
Sila ambik nombor, hokkay.
Yang nak berurut sume 3 orang.
Mama, aku & wok.
Tukang urutnye sorang jer... *mampu ke macik nih??*
Gasak la...

Start kul 9.
Mama pelanggan yg pertama.
Sampai kul 10 baru setel.
Then, aku plak.
Kul 11 setel.
Pastu wok… kejapnye.. kul 11.30 dh siap.

Erkk, aku dgn nada pelik2 tya dia.
Apsal kejap sangat ko wok?
Wok kata, ntah, katanya aku xde penyakit.
Wahhh… ayat tak tahan.
Kiranya sihat sangaatt la ni eh?
Eleh, makcik tu dh penat la..
Mengurut 3 org non stop.

Memandangkan kul 12 baru memasing siap bersarapan, maka sesi memasak juadah makan tengahari adalah ditunda sikit.
Menu hari ni rasa cam nak buat soto jer.
Senang.
Tapi kena la ada ayam kan.
So, misi mencarik ayam, tak payah suruh, mmg dorang ni *sebut MP & cik is* yg akan dengan relanya mem’volunteer’kan diri.
Sementara yg lain di rumah, kita bersantai-santai, ye.
Tapi dengar2nya ada yg plan nak pegi kedai 2 hengget la, nak pegi beli popcorn la..
Haraaammmm… 1 pun tak menjadi.
Yoyo ooo je…

Yang pegi membeli ayam plak, makkk oiii kemain lama lagi.
Tak balik balik.
Dah tu, cemana nak masak, khannn? *alasan, padahal bole je duduk kopek2 bawang*
Layan la tv dulu.

Sebaik je deruman motorsikal kedengaran, memasing terus bergegas ke dapur.
Yang masak, masak.
Yang berkebun, berkebun.
Yang jadi mandor, jadi mandor.
Yang jadi penonton, sila amik port.
Hahaa..

Mama dok kerah cik jen amik daun pisang.
Amik pucuk ubi la bagai.
Pastu siap bawak balik benih pokok betik lagi.
Nak tanam kat tanah lapang tepi rumah katanya.
Waaahhh, lapang betul tanah tepi tu kan??
Haha… Selamat bercucuk tanam ye, ma.


Yang cik jen terus sambung menebas.
Elok la… terang skit rumah meknon tu.
Siap bakar2 sampah sume.
Nicee.

Cer carik... mana cik jen..??

Antara hasil bumi yg dibawa pulang...
Panas ye moksu, mujur ada topi apek tu ... Kiut la pulokkk.. :))

Adegan masak memasak pada hari ittew diselang selikan dengan siaran nona.
Seperti yang anda maklum, kegilaan terhadap DingDong Dantes sangat2 la berleluasa skang ni kan, pada yang mengikuti la *cam aku baru je tau hari tu*
Maklum la, aii kan wanita berkerjaya *kelip mata laju2*

Dek kerana keterujaan tukang masak a.k.a meknon & mok su terhadap DingDong, maka kitorang telah namakan bawang goreng itu sebagai DingDong.
Sebab, taim tu meknon tgh menggoreng bawang utk dijadikan bawang goreng.
Bila DingDong keudara je, berlari2 ke depan tgk tv.
Pastu kembali semula ke dapur – masa ni tgk bwg tu ok lagi, so x yah la angkat lagi.
DingDong keudara kali ke-2 – Again, berkejaran ke depan.
Haa….. Taim ni la meknon tgk bwg ittew sudah rentungs.
Yang mama & org2 kat luar tu boley plak tya, bau apa ni eh ??
Sedapnye bau. Hahaha
Sabo je la kan.

Ni la chef yg bertanggungjawab memperkenalkan bwg goreng DingDong
Ok, soto siyap.
Hari ni kita makan luar ye.
Cam best je kan.
Angin bertiup sepoi2 bahasa jerman.
So, sila la bentang2 kotak *sebut tikar*, amik pinggan, cawan, air sume la.
Let’s party !!


Ni la tuan tanah... 


Taim makan ni, memasing dok la bercerita pasal raya yang akan datang.
Ada yang mencadangkan buat dodol.
Ada plak yang membantah.. soh buat lemang plaks..
Sebab katanya nak mengacau dodol tu cam malehh.
Haha… meriah sungguh rasanya.
Wateva, apa2 pun sila la carik buluh, kayu api segala ye..

Nampak?? Siap paspas calendar koo.. Nk plan bila nak balik kg taim raya sok...


Lepas makan, gigih pulak menyiapkan anak2.
Perancangan awal, nak balik lepas lunch.
Ini masak pun dah pukul berapa kan..
Makan lagi, nk siap lagi.
Sudahnya kul 6 kot baru gerak dari rumah meknon.


Ni nak ke rumah mak ngah plak.
Ye la kan, not nice la x jumpa mak ngah sume kan.
Ok fine.
Tapi sebelum tu jom kita ke kilang popcorn dulu.
Hajatnye nak memborong la barang sekilo dua.
Sampai2 je.. kilang tutup daaaa…
Ye la, dah tentu hari ahad kan.
Ko kalo soh keje hari ahad pun marah, ni plak soh org bukak kilang.
So, sila senyap.

Makanya, kita ke kedai kerepek2 je la.
Taim tu ada la macam pasal jualan amal kot.
Kecik je la pun.
Pastu aku tertariks plak menengok tikar upin ipin tu.
Harganya rm60 ye.
So, sekian.
Tapi sebelum sekian tu, aku cakap la ngan bdk yg jual tikar tu..
‘takpe ye dik, akak jalan2 dulu ye.. terima kasih’

Terus beransur ke dalam kedai kerepek.
Sedang enak memilih & merasa2 tester sume..
Wok datang kat aku..
Katanya..

Wok:  Long, bdk jual tikar tu tya kat aku, cemaner kak, jadi tak tikar ni?
Me:    Hahaha… bistu ko cakap apa?
Wok:  Aku ckp la… oh, bukan saya la… tu sorang lagi.
Kah kah kah… x boley tahan gelak nok..
Kes salah orang lagi nih.. *gelak berguling2*

Terus aku tukar strategy..
Okeh, balik kita jgn lalu depan gerai dia.
Kita lalu jauh sikit.
Motip: Aku tak nak dia tya aku.. sbb aku tak nak beli tikar tu.. kuikuikui..

Baru je kitorang nk melangkah lalu jalan jauh, MP & yg lelain dah memanggil2..
Cepat la, cepat la…
So, terus je menonong lalu depan gerai dia..
Tapi tak pandang pun dia.. boleyy ??
Keji giler kan..
Hahaha…

Sama ke?? Pening plotak aku nengok gambo ni...
Terteleng2 pala..

Waktu pun dah nak maghrib.
Ayuh, bergegas ke rumah mak ngah.
Minum kopi dulu la, sembang2 lagi, transfer2 gambar bagai..
Kul 9 kot baru gerak balik.

Kali ni MP cuma benti kat R&R terpilih je.
Aku sebagai co-pilot, berjaya menemani nya sehingga aikroh.
Pastu aii dah krohhh.. krohh.. kroohh…
Hahaha…
Tak boleh tolong lagi dah.
Ngantuks gilers.

Sedar2 jer dah sampai tol Sg Besi.
Lupa pesan kat MP, kalo sampai R&R Seremban kejut kan aii.
Nak beli waffle & corn in cup.
Kecewa sudaaa... Perot dh la terpekik terlolong...
Lapo lapoo... ku tahan kan jer.
Ok, fine... sambung tido lagi..

Sedar lagi skali dah sampai depan rumah.
Tengok jam dah 1.10 pagi.
Arrgghhh.. esok kejeeeee!!
MP bukak pintu sume, cek2 rumah atas bawah dulu, line clear baru soh aku masuk.
Sian MP, kuarkan barang sume, angkat yasmin lagi..
Aku?? Kompom la dah tergolek dok sebelah si zara.
Keh keh keh..
Teruk kan aii..??
Lempang kiri kanan kiri kanan laju2 baru tau!

Balik kampong kali ni takde bawak balik buah tangan pun.
Lengkali la eh..
Balik raya nnti ke..
Raya nnti plannye balik awal 2-3 hari sebelum raya kot.. *kan MP?? kan kan.?? sambil angguk pala lelaju*
Projek kacau dodol & buat lemang segala.
Meriah u oollss.
Tak sabar i olls menunggu detik ittew.. :))






Friday, May 25, 2012

Penetapan Hari Kawen


  
“Salam, jemput sume dtg rmh mak lps maghrib esok, nk bincang pasal hari kawen kojo. Harap sume dpt hadir. Mkn malam ditanggung beresss..” – sms dari mak mentua ku.

Maka, esok nye pun berpusu2 la kitorang ke rmh mak.
Ekceli, the planning for majlis kahwin ni adalah in Jun yaitu bln depan.
Tapi oleh kerana ada masalah teknikal here & there, then kita bincang utk pospon.
But, nk pospon ke bile??
Sumenye akan terjawab mlm ni… J

Menu malam ni, mak masak mee kari & soto.
Besttt..
Tapi, MP plak demam. Hurmm…
Sila tgk je la org mkn ye, yg…

Kitorang adalah org yang terakhir sampai.
Kakak & eda sume dah ada.
Mak ngah MP pun ada skali.
Lama dah x jumpa mak ngah.
Padahal bukan dok jauh pun.. selang beberapa taman jer..

Acara dimulakan dengan ucapan alu2an oleh pengerusi mejlis a.k.a tok j *sebut pak mentua aku*
Pastu kojo plak bg sepatah dua kata.. ceaa..
For info, kojo ni adik MP yg nombor 5.
Atas2 kojo tu sume dah kawen.
Tinggal jaz sorang je la pun yg x abis skolah lg.

So, ni la conclusion drpd apa yg telah dibincangkan.
Akad nikah: Pagi, 8 September 2012 (Sabtu)
Reception pompuan: 8 September 2012 (Sabtu)
Reception kitorang: 9 September 2012 (Ahad)
Majlis akan di adakan di dewan.
So, tak de la fening fala nk kemas rumah sume.

Katering pun dah decide nak amik sape.
Deposit pun dh bayar utk secure date.
Door gift utk tetamu sume settled.
Hantaran & mak/pak andam pun bereh.

Now, pembahagian2 tugas *sebut sponsor* plak.
Kakak sponsor AV
Eda plak bunga pahar
Abg ajul kompang
Me & MP… goodies utk kanak2.

Tema pengantin: Hijau + Putih
Gadis bunge: Yasmin, Zeti & Izzah *zeti & izzah tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari mak masing2. Bole ke anak aku dok dendiam atas stage nnti? Haha…*

Let’s cerita pasal part aku.
Gudis utk kanak2 riang tu kan.
In my mind…. mcm dah ada kot apa yg aku nk bagi.
Tapi, rasa nak cari idea yang lagi best.
Plus memorable.. kihkihkih…

Aku ingat nak bagi biskut gula ponjot warna warni tu.
Letak dalam bekas yg clear..
So akan nmpk la nnti kewarna warnian yg ceria tu kan..
I think it’s nice enough for kids.
Tapi masalahnye, mana aku nk carik bekas clear tu eh?
Kalo nk bg kaca, cam x seswai la plak.
Nk bg utk bdk2 je pun.
Tapi kalo bg yg plastik, takut lemau la plak…
Hurmm.. ok takpe, tu nnti bole tya en google.


Gini le ghupanya ye.. comey je kan?? me loooikee.. :)


Tetiba....
Plotak aku gatal nak carik yang lebih special & sweet.
So, i'm thingking to give the kids helium balloons & chocolates.
Cool, huh??
Aku dah dapat bayangkan kat blkg tempat door gift tu nnti, akan ada la belon2 helium ni as a backdrop.
Cun woooo... *tersengeh2 sampai tinge*
Lagipun wat kat dewan kan, so seswai la kot.
Kalo kat rumah, lupakaaaan je la..
Hari panas2 tu apa kejadahnya nk berbelon2 bagai kan.
Mau meletop, hah... kerugian modal aii di sittew..

TAPIIII, when comes to the budget… errkkk rasanya bagi biskut wana wani je la kot.
Hahahha…
Angan2 kemain tinggi melangit.
Nak special la, memorable la, khennnn…
end up.. hampeh.
Ok, tak salah kan verangans.
Doa2 kan la… mana lah tau kot tetiba ada rezeki terpijak.
Then bole la aii merealisasikan hasrat nak belon segala tu..

Ekceli, aku rasa ok je kot.
Sebiji belon tu rm2.
Kalikan dengan 300 biji.
Ko akan dapat rm600.
Pastu aii nak oder coklat wrapper mengikut tema.
Wahh.. kat situ je dah berapa kan.
Belum campur beli coklat lagi.
Kalo sekali pikir, aku jalan jer… tutup mata.
Tapi bila pikir berkali2, tu yg jadi lain.
Cam, watpe nak membazir kan.
Baik duit tu aku tlg part mana2 yg x setel lagi ke..
Korang rasa cemana?? Ok ke??
Ataupun itu hanya lah napsu semata???
tapi aku sukaaa....
Rasa puas bile tgk muka bdk2 tu nnti eksaited & happy...
Best nye perasaan tu... hehe..

Ok, part gudis lom settle lg kan, plotak aku dah memikiorkan design dress utk anak2 dara gadis bunga tu.. *pun dah ada in mind.. J*
Aii kan multi tasking.
Lapan belas keje dlm satu masa.. berehhh.. *pose gigit jari*
Mmg saje kan… Gaaatals ! *kalo MP tau ni, mau bedondang sayang kt tinge aii*
As usual, anak2 la yang akan melaram sakan nnti.
Tapi, Kojo dah bagi kain untuk warga2 ibu.
So, pandai2 la nak wat baju kurung ke, pesen ke, kebaya ke…
Sukati korang la katanya.
Haha.. Cuma warga2 bapa, kena carik sindrik la ye.
Harap maklum.

Tu belum lagi aku verangans nk buat button badge.
Erkk.. nak ke mak & pak mentua aku pakai ek?
Hahaha…
Mgkin x yah kot.
Plus kitorang pun dah sumenye sedondon.
Button badge tu utk org yang ramai kaum kerabat, yg akan parah kalo nak sponsor baju sedondon ni kan.
So, seswai la wat button badge tu.
Kalo kitorang takat 5-6 kerat ni, plus baju setema, kejadahnye kan nk berbutton badge bagai.

Tapi ok je kot.
Ala dia mcm ala2 bunga penaggah la...
Kalo nak buat pun cool gak… sesaje je kan.
Nampak cam suwiiit je.
Takde la org ter tya2 mana satu mak pengantin, mana satu ayah pengantin.
We olls & mak kan nampak cam sebaya2 jer gitu, khennnn..
So, kalo ada button badge, terjawap sudah soklan di minda tetamu.
Hahaha… mmg aku ni over *ye, saya sangat sedar diri*
U olls nak tak??? Kakak, Eda, Kojo??
Kalo nak, cam biasa.. hakak ni sponsor.. *sambil kelip mata lelaju*
Tapi jangan bitau MP *sambil geleng pala lelaju*

Cool kan?? -pic credit to PreetyLittleBadges-

Pic from en google

Pasal gudis tu.. hurmmm..
Ntah la ek.
Belon ke biskut, belon ke biskut ??
Tgk le camana nnti.
Ilham tok mari lagi…

Ok, will update later.
Ta-ta.