Thursday, April 25, 2013

Semangkok Soto & Secawan Teh ‘O






Yummyy..licious !
Sarapan di suatu pagi sabtu.
Lama dah ni..
Cuma tu la, kekangan masa menghalang aku utk menghapdet.
Ekekeke… kekangan masa lahhh sangat !
Wateva.

Jom.. wat julung2 kalinya aku nk share resepi.
Kalo rajin, salin.. kalo maleh, print je la..

Utk nasi impit :
Beberapa bungkus nasi impit ready made.
Ko rebus je la.. 2 jam gitu.
Ikut je arahan kat peket dia tu.
Kalo nk makan pagi wat sarap, seeloknya rebus malam.
So, semalaman bg dia rest.
Pagi dia dh sejuk, senang nk potong.
Ada paham ??

Utk kuah soto :
Rebuskan beberapa part ayam.
Air biar lebih takpe.
Lepas ayam dh masak, angkat ayam tu & toskan.
Air rebusan tu biarkan diatas api, then masukkan perencah soto.
Masak beberapa minit, then bole tutup api.

Apa bahan rempahnya ??
Aku pakai je rempah yg dh siap.
Hahaha… dasar pemalas.
Excuse me, bukan malas ok, tapi nk jimat masa.
Lgpun aku suka membantu perniagaan org2 kita ni.
Produk muslim lagi.
Me loiike !


Ok, komdian, ayam tu bole la disiat2 kecil2.
Tulang2 ayam tu jgn dibuang ye, masukkan balik dlm periuk kuah tu.

Pastu sambil2 ko tggu ayam tu empuk masa rebus tu td, bole la goreng kacang & tauhu.
Tauhu tu komdian dihiris nipis.
Nak potong dadu pun bole, tapi nnti bagak sgt la, x cantik atas pinggan nnti.
Pastu celur sawi yg dh dipotong2 & tauge.
Bole jugak racik2 kan cili merah.


Untuk cili kicap :
Hahhh.. bahan ni adalah sangat penting.
Kalo xde cili kicap ni, mmg x complete la soto aku tu.
Yang first time dengar, meh la try buat.
Memey sedak !! Make bertamboh2.

Caranya :
Tumbuk lumat beberapa tangkai cili padi kampung bersama seulas 2 bawang putih.
Masukkan dlm mangkok.
Pastu curahkan kicap lemak manis – byk pun xpe, sampai dia jd mcm berkuah.
Then masukkan serbuk perasa sikit.
Kacau2 rata… taraaaaaaaa… dah siap !


Now, bole pi amik mangkok.
Masukkan beberapa potong nasi impit dlm magkok tu.
Pastu, letak tauhu, sawi, tauge, kacang & ayam yg dh disiat2 td.
Curahkan kuah soto & letakkan 2-3 camca cili kicap tu.
Amik sudu garfu.
Tuang air teh o ke dlm cawan.
Tadah tangan, baca doa.
  
Selamat menjamu selera





I'm Back!!


Dimulakan dengan bismillah...

Assalamualaikum & salam sejahtera yolls..
Blog ni akan bersiaran kembali seperti dolu2.
Yeehaaa… !!
In sya Allah, semoga dipermudahkan segalanya.

Lately ni byk sgt perkara yangberlaku dlm hidup aii.
Tapi cam biasa la, tu sume kan asam garam kehidupan.
So, usaha, tawakal, berdoa & redho.. *bukan redho airways taw !*

Ok, tu je utk masa ni.
Ada keje nk kena buat.
Nnti aku start hapdet.

See ya!








Friday, February 15, 2013

PickNik?? No TQ.



Hahaha… tajuk tak bole blah.
Tapi, betul la tu.
Biarlah ini menjadi titik mula & akhir aku ke PickNik.
Tu aku la.. Cik Ta & NJI nk pi lagi ke??
Kuikuikui..

Projek ke Publika ni adalah semalam.
Ye la, bersempena cuti raya cina ni kan, jalan adalah lengang & kawan2 opis adalah ramai yang bercoti.
So, peluang untuk drive ke opis sekaligus merebut parking kat basement adalah tidak patut dilepaskan.
So, 2-3 minggu yg lepas lagi kami2 dh merancang nk ke PickNik.
Baikk punya plan.

Tu pun dek kana si NJI ni la yg dok baca review pasal PickNik ni.
Dlm review tu kemain kata sedap la, berbaloi la, sume yg best2 je la.
Gambar foods sume yg menggiurkan.. meleleh2 menengoknye.
Perot pun x semena2 berkeroncong.
Haiihh.. x ley jadik ni.
Ater, untuk merasai sendiri darjah kesedapan makanan yg diwar2kan tu, maka kami orang pun gigih la pergi ke Publika.
Walaupun nak mencari tempat tu adalah a bit tricky.

Sesi order mengorder.
Aku tak suka tgk menu dia.
Sbb xde gambar.
Letak la gambar kat menu ko tu kan.
Supaya org bole tgk & order dgn senang hati.
Ni main belasah je la order pun.
Yess.. mmg ada description kat situ, tulis apa benda nye..
Tapi if ada gambar kan lebih meriah yolls.. *fine, kedai aku nnti aku buat camtu*

Dah la.. jom menjamu.. mata je la.


Yeahh.. Iced caramel - Fresh Mango Juice - Macchiato

Review:
Iced Caramel tu katanya cam rasa valilla ice cream. Sedap la. Should try.
Hakikatnya: Hanya rasa susu semata.. caramel tu ada lah rasa tapi cam manja2 je rasanya. Rasa susu melampaui rasa caramel. So, rasa cam ko minum susu lembu tu je la.
Damaged: RM12.00

Fresh Mango Juice: Fresshhhh "sangattt"!!! Rasa air cordial je, okeh!! For this I’ve paid RM8.

Macchiato: Hah, ni best ni… cawan tu adalah sebesar.. besar apa eh? Kecik je la sebenarnya.
Sangat kecik cenonet. Harga secawan RM7.00
Padan la dgn nama dia, macchiato. Bila sampai je air tu, perasaan nk maki tu berkobar2.
Hahaha…

So, kitorang pun try la rasa iced caramel & mango tu sorang sikit.
Tu yang sume pun bg feedback sama.
Cuma, kitorang x sampai hat ink rasa air si NJI tu.
Mana taknye, dh la cawan kecik, pastu kacau2, buih hilang, air tinggal setengah je..
Hahaha… sangat tak sampai hati nk mintak skit.
Boley?? Siryes, mmg kecik cwn tu yolls.

Now, kita tgk dia pya main menu plak.

Alfredo = RM18
Creamy gilers alfredo dia ni. Tapi aku rasa ok la. Sedap gak.

Ni NJI pya.. Alfredo & Macchiato.
Hehe.. senyum jannah, senyumm... jgn maki2..

Nyum2... Lamb Cutlet = RM55

Tgk la ke'moist'an lamb tu. Ni medium cook. Not bad.

Aku rasa aku cam oder TAPAS lamb cutlet je tadi, baru RM20.
TAPAS tu cam LITE la kot.
Skali waitress dia bercakap cam dlm kelambu.
Dia tya apa tah kat aku & ntah apa yg aku jawab, skali sampai, hamikk kao... RM55.
Sila bayar dengan senyuman.

Time for dessert...

Pavlova - Peanut Butter Slice - Creme Brulee

Saiz sebenar. Comel je kot...
Pavlova & Peanut butter tu RM8, Creme Brule tu RM7

Dah sudah makan, tiba lah masa utk membayar.
Terkujat2 memasing tgk bil.
Mak oii.. bole tahan harganye.. *seb baik la kenyang sampai esok* 
Korang kira la sendiri nnti.. pastu tambah lagi 16% tax.

Aii ni bukan apa.
Aii domai berhabis duit utk makan if makanan tu adalah berbaloi.
Ni rasa cam tak kot.
Utk food kat sini, aku rasa yg ok hanyalah lamb cutler tu.
Air kordial aku tu & pavlova, OUT - sori to say.

Pavlova tu liat sangat, x sedap.
Pehtu, letak la stoberi yg meriah skit colornya.
Ni stoberi yg merah suam2.
Awak tu dh la restoran ala-ala.
Harga pun kemain. Bg la yg best skit utk customer tu kan.
Ehmm.. ntah la.. konsep meniaga memasing.

Cik Ta & NJI si kopi kecik tu pun sama.
Cik Ta hanya berpuas hati dgn Alfredo tu.
NJI pun sama, Alfredo gak.
And creme brulee tu pun.. boley la... katanya.

Mmg rasa tertipu idop2 ko dgn review2 yg dorang2 tu buat.
Mgkin dorang dijemput utk merasa makanan tu tanpa perlu membayar walau sesen pun.
Tu pasal la komen yg kuar sume indah2 belaka.
Cer kena kuar duit dari poket sendiri..??
Cer try tgk... pueh hati tak.

Enjoice!!

So beb, jadi ke nak ke OTT plak.>??
Dah habis pikir ke?
Banyak nk dilaburkan tu... 
Hahahaha...
















Thursday, February 14, 2013

14 Feb = Hari Valentino Rossi..??



Apakah??
Pagi tadi ler terdengar kat radio era.
Lain macam la plak… 14 Feb = Hari Valentino Rossi.
Sejak bila la pulak adanya Hari Valentino Rossi ni?
Sempena apa??
Tau la hari ni Valentine's Day.
Tak yah la nk cover2 line 'sangattt'.
Ehmm..

Adakah sbb hari Valentine dah diharamkan, maka depa2 ni nk pusing sana sini ckp hari valentino rossi la pulokk??
Pehtu, dicanangnya hari VR ni setiap kali habis 1 @ 2 lagu, okehhh??!
Tak berbulu tinga korang mendengo??

Bila dh dengar lama skit, rupanya sbb besday VR ni 16hb Feb.
2 hari lagi ye yollss.
So????
Celebrate je la on the 16th tu.
Yg sesebok nk wish ni hari ni pesal???
Pehtu sesikit bg fakta berkenaan VR ni.
Katanya kita kt sini celebrate in advance.
Weh, kemon la…..
Bangang ke apa korang ni??

Lg 1 yg aku rasa nak termuntah..
Org kalo betul nk celebrate besday, ko akan ckp, Slmt Hari Lahir/Ulangtahun kan???
Yg DJ ni bole plak ckp berulang2 kali.. Slmt hari VR.. *dgn nada yg melentok2. Nak ajer aku sepak*

Ater, teruih la eden tukaq channel lain.
Aman pendengaran telinga.
Nek meluat plak bila dgr DJ tu dok sebok wish slmt hari VR.
Macam megah gilers.
Motipp??

Ishh.. ishh.. ish... walau apa pun alasan depa, aku tetap rasa bnda ni tak rasional.





 *gambar credit to en google







Tuesday, February 5, 2013

Tok Bomoh diperlukan SEGERA!!




Yup, siryes!!
Saya benar2 memaksudkan apa yang saya tulis.
Ada sape2 tau tok moh mana yg power??

Huh.. ini sume gara2 saya kehilangan HP buat kali ke-2 dlm masa sebulan.
Mmg cam tutttt.

Kehilangan kali pertama adalah di Giant Batu Caves.
HP hilang bersama2 dengan wallet.
Dalam wallet stended la kan, ada ic, atm kad, kad hutang, lessen memandu segala.
Yang best nye, ic anak2 saya pun ada kat dlm tu skali.
Maka, sadakallahulazim.
Itu takpe, saya bole terima kerana kejadian itu adalah disebabkan faktor kecuaian saya sendiri.

Acaner ley jadi??
Sy pendekkan kan cite je la eh.
Pada hari kejadian, parking adalah penuh.
Maka MP turunkan saya dah anak2 kat entrance Giant tu.
*mmg aku x suka kalo turun asing2. Biar jalan sekali la, jauh pun x pe, yg penting bole bwk stroller*
MP kata xpe, letak je bebudak tu dlm troli.
Fineeeeeeeeee.

Saya kalo pi jenjalan camni, mmg akan bwk wallet jer.
Salu wallet tu letak blkg stroller, so xde la kes tertinggal ke hapa kan.
Kali ni, sy pi letak wallet tu kat tempat sangkut kat pemegang troli tu.
Bila dh sudah sopink *xde beli apa pun*, amik anak2 je masuk kete.
Wallet sy dibiarkan tergantung kat troli tu.
Dh smpai bebetul dpn Batu Caves tu, baru gelabah cari HP.
Ehh, mana wallet eh??
Erkk.. tertinggal ke??

Sudahhhh… MP pusing balik pi kat tempat kitorang meninggalkan troli tu, nan hadooo.
Tya tukang kutip troli tu dia kata xde.
So, sekian la jawapnye.
Xpe, redho2..
Dlm hati x tau nk kata apa.
Nak nangis, tapi cam xde air mata.
Rasa cam ralat sangat.
Kenapa la bole cuai sampai camtu sekali.

OK, itu cite kes petama.
Now cite pasal kes kedua plak.
Kes yg membuatkan saya bebetul rasa nak carik bomoh yg terror.

Lokasi kejadian di KLCC, ahad lepas.
Bangang!!
Tgk la, belom cite lagi sy cam dh berapi2.
Mmg x ley terima hokayy!
Sebabnya, dia amik HP saya dari dlm henbag.
Mmg kurang ajar!!
Sy x ley terima.
Bongok tul.

Ni cite penuh:
Kali ni again, x bawak stroller.
Stroller tertinggal kat rumah mak mentua MP *mak saya la.. *.
Hishhh… mmg x suka.
Sy kalo jalan x bwk stroller cam x ley la.

MP dh pesan kat saya, “mami, pegang HP tu. Jgn letak kt dlm bag.”
Fine, saya yg menurut perintah.
Lgpun HP tu dh mcm kamera kan.
Tgk gelagat anak2 skit, snap gambar.
So, cam susah kalo nk amik letak amik letak dlm bag kan.

Sampai la kitorang nak nek eskeleter ke tingkat 1.
Ada la sorang wanita ni.
Dia seboleh2 nak bwk stroller tu nek eskeleter.
Eskeleter kat KLCC kan ada palang kat tengah2 tu.
So, ko x ley bwk troli/stroller lalu situ.
Ko kena naik lif.

Dia nak jugak bwk naik.
Laki dia dh selamat kat ataih eskeleter tu.
Dia terkial2 kat bawah ni.
Org dh ramai Q nak nek ni.
Aku pulak dh terpisah ngan MP.
MP di belakang beberapa org selepas saya.
Saya pun dgn niat yg baik & hati yg mulia nak menolong la.
Saya pegang stroller dia tolong tolak, tapi x lepas.
Fine, mungkin saya pegang x betul kot.

So, letak HP kat dlm beg, then tolong tolak stroller dia again.
Alhamdulillah, berjaya.
Lepas je turun eskeleter, sy raba2 beg cari HP.
Goshhh!!!! Takde.
Terus tya MP, abah ada amik HP mami tak?
Takde katanya.
So, pencopet la kan???
KURAnG AJARRRR!!
Ko mmg kurang ajar kan, amik dari dlm beg aku.
Tu yg x ley terima tu.

Dah la mangkok hayoon tu amik dari dlm beg sya, lepas saya tolong org, plus henpon tu adalah baru *x sampai sebulan hokkay*.
Camana hati saya tak panass?
Bangang.

So, kepada sesiapa yg kenal tok moh power, sy nak hantar santau.
Ehh, x mo x mo. Buat dia jadi busung je la.
Perot dia akan semakin membesar, pastu byk henpon kat dlm perut dia.
Mesti masuk suatkabar metro kan?
So, saya tau la dia yg mencuri HP sy tu.

Atau kalo santau pun bole gak la.
Dia akan muntah kuar henpon.
Belambak2 hempon berbagai jenis.

Ko nak sangat henpon kan??
Sampai kena curik2 orang punya.
Nahhh, hameeekkk.
Bila dh byk tu, ko pilih la nak henpon yg mana 1.
Betri & charger je pi beli.
Kalo nak curik gak, aku santau lagi biar kuar charger & betri plak.
Nakkkk???

So, moral of the stori:
Tak payah nak tolong orang sangat.
Ko buat dekkk je la bila lau kat sblh org2 yg dlm kesusahan.
Pejam je la mata tu.

But MP said lain:
Redha je la mi.
HP je kot yg hilang.
BUkan ada emergency apa pun nak pakai phone kan.
Abah kan ada ni.
Bukan x bole tlg org.
Lengkali mami ckp kat org tu, cik kena guna lif, x bole lalu sini.
Tak yah tlg dia angkat segala bnda tu.
Tolong bitau dia je yg tempat ni hanya utk pejalan kaki je.
Tu je, yg.

Ok, thats MP. 
Dah tu, saya x yah pakai HP??
Separuh hati saya kata TAK PAYAH!
Pakai je walkie-talkie.
Senang, kalo hilang x sakit hati sangat.

Separuh hati lagi kata BELI JE HP BARU.
Yg ko nak sakit hati sangat pasal mangkok tu nape?
X yah sengsara sangat la.
Mangkok tu tgh berjoli & enjoice ngan phone ko tu.
Bole je kot ko beli HP yg lagi besh.
Apa ada hal. BELI BELI BEI BELI – kata separuh jiwaku lagi.

Oh, nooo… tak kan duit aku asik kije nak beli HP je kan?
Ehmm… ntah la.
Buat masa ni tak kot.
Biar la saya menyendiri.
Jgn nelpon nelpon saya.

So guys, sila bagi contact no tok moh yg terror tu taw.
Jgn lupa eh.

But, inner saya berkata... 
Sila la amal kan ini, mudah2an kamu mendapat ketenangan jiwa.
InsyaAllah.


OO yea...
Alhamdulillah. Amin.

InsyaAllah, ada kelapangan, saya menulis lagi ye.
Assalamualaikum.


** gambar kredit to en google**
  






Saturday, January 5, 2013

Ko ada??



Jumpa moto ni masa balik SR hari tu.
Balik hari je.. sempena meraikan perkahwinan Ina anak mak ngah tu.
Ehmm.. cam unik je kan.
Tak tau plak aku kat sini moto pun kena bayar tol.

Amacam, ada beran??

SmartTag lagi yolls.. Ko ada?? ekekeke.. 











Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013




Salam olls,

Hepi new year.. 2013.
Lambat kot aii update ek?
Takpe la, better late than never kata org kan.
Ngeh3..

Takde nak update apa pun.
Cite tahun lepas banyak yg tergendala.
Hopefuli tahun ni dapat la 1 hari 1 n3 *cayok2*..

Sepanjang tahun 2012 ritu, xde apa la yg menarik sangat kot.
Selain dapat kete baru, diaper bag baru, partner baru.. dan tahun 2012 merupakan ulangtahun perkahwinan aii yg ke 10 tahun. Ahaks..
Alhamdulillah atas sume rezeki yang diberikan. :))
Semoga tahun ni lebih banyak pencapaian yang memberangsangkan.
InsyaAllah. Amin.

Jom tgk gambar plak.

Yummy..

Sume ni sedap sehingga menjilat jari! 

This is super nice.. LemonCiken

Butter prawn & deep fried sweet sour

Kailan garlic & minced meet tofu

Muka2 org yg sedang kelaparan.

MP w Zara yg ketakutan tgk muka ikan dgn mulut ternganga tu. Haha..

Mok ncik & pok ncik.. Masing2 dh kenyang katanya.
Tapi sepinggan sorang pun licin gak akhirnya. Kuikuikui..

Makan busat semalam.
Kat mana lagi kalo bukan kat LemonCiken yg besh tu.. ThaiBase @ Bdr Sri D'sara.
Must try okeh!!

K la, need to go now.
Nak balik Rawang.
Esok kak min start skolah.. skolah baru.
No more smart reader.
So, esok aii citer eh..

Vavai olls.